Halaman

Ahad, 15 April 2012

Macam mana nak buat ???


Cerita utama untuk hari ni ialah macam mana nak buat pada anak murid yang bermasalah dalam kelas.. Jika korang yang membaca ni adalah seorang guru, korang pasti berjumpa dengan anak murid yang sebegini. Jika korang yang membaca ini selaku ibu bapa, inilah kenyataannya sikap anak murid yang terpaksa para guru hadap setiap hari.
  • Murid yang samaaaaaaaaaaaaa je tak siapkan kerja sekolah. Macam - macam cara guna, tapi still tak siapkan kerja sekolah. Kadang- kadang dengan selambanya diorang boleh kata 

"Cikgu, saya dok siap kerja sekolah" 
"Ckgu, saya dok dang nok buat kerja sekolah sebab dok ingat"

  • Murid tertinggal buku latihan, buku aktiviti ataupun buku teks. Time nak guna, boleh pula dengan selambanya diorang bagitau dengan tersengih- sengih. 
"Cikgu, saya tinggal buku di rumah" 


  • Buku kerja dikenalpasti ditulis oleh orang lain bukannya oleh murid tersebut. Bukan main cantik tulisan, padahal kita yang duk tanda bukunya hari- hari dah boleh cam macam mana tulisannya kan, tiba- tiba tulisan lain pulak.. Apa perasaan korang kalau kena macam ni??? Biarkan je, Ataupun suruh dia padam n tulis semula.. Itulah yang Dieyna buat.. Siap tulis dalam buku latihan diorang besar2 "Tulisan Siapa ?????" Dengan harapan, biarlah orang yang rajin nak buat tu, baca.. Tak salah nak menolong tapi janganlah sampai tolong tulis, mungkin kita boleh tulis kat lain n suruh anak tiru je..Nak salahkah ibu bapa, tak boleh jugak, dang si anak merayu- rayu, menangis-nangis, kalah juga akhirnya kan.. Yang ada anak pasti tau ye ke tak statement ni...


Dieyna cuma kongsikan tiga isu sahaja di sini, bukannya tujuan untuk menghentam atau apa, cuma nak kongsi dan minta pendapat korang semua, Macam mana cara nak menangani semua masalah yang disebutkan di atas? Pendapat yang bernas boleh diaplikasikan dalam realiti sebenar.. Bukannya untuk kita seorang tetapi untuk semua yang membacanya pasti mendapat manfaat bersama. Bukan senang nak MEMANUSIAKAN MANUSIA..tetapi itulah yang harus para pendidik perjuangkan.. 

p/s : Petang ni nak pi dengar BICARA INTELEK kat SMK PAKA... Isinya nanti ye DIeyna kongsikan.. 




25 ulasan:

inazamri berkata...

saya kalau bab2 keja sekolah ni mmg tegas dgn anak2..kalau la anak kak buat perangai camni..mmg siap la.Ibubapa mmg kena luang masa cek buku anak2.Anak kalau tulisan halus sgt pun akak akan tegur.

~Cik Sweety~ berkata...

kalo saya, habislah budak sya kerjakan.. bkn memukul ke apa..masa meting PIBG tu la nnti sya hentam..hihihi

9n0L4 berkata...

kalau jaa, denda/hukum ikut tahap budak. kalau budak advance, suh die buat semula/buat dlm buku khas then amek name, rekod kesalahan die. tiap kali die tertinggal/tak buat kerja, rekod dan tunjuk pade die. ckp pada die, sampai satu tahap nnt, rekod tu akan sampai pada cekgu disiplin/GB utk tindakan lanjut.

Miss N™ berkata...

waktu nur sekolah dulu, ade sorang cikgu ni, selalu bagi something sebagai imbuhan untuk 3 murid yg siap buat kerja rumah.

cikgu ni tak bagi duit, tapi bagi mcm coklat, buku yg comel2, atau apa sj yg menarik minat budak2.

memang berebutlah kami2 dalam kelas 2, bila ingt balik, senyum sorg2 di buatnya..hihihi

tapi bukanlah hari2..seminggu sekali...sebab cikgu tgk prestasi siapa yg ok..

Unknown berkata...

Tips2 masuk kelas: 1. Doa, semoga anak2 tak nakal, mudah dengar nasihat,cepat faham, rajin menulis dan tak ada ganggu2 kekawan sesama.Pohon pada Allah ya.
2. Langkah kaki kanan awal Bismillah..wajib dalam hati.
3. Ikhlas, lihat ketersediaan anak2.Mulakan dengan penuh ikhlas, jujur eyes konteks menyeluruh.tentang mata satu persatu dalam keadaan secara langsung.
4. tegur ikhlas, jangan kita ucap sumpah seranah, kerana kuatir balik pada diri sendiri dan harus ingat anak2 kita juga bermasalah.So, harus adil dalam menghukum cara berhikmah.
5. Sabar dan terus sabar, percaya yakin dan teguhkan pendirian bahawa teruskan teguran membina, pasti disuatu saat teguran ikhlas akan meresep ke dalam jiwa anak2.
6. rajin bercerita hakikat insan2 berjaya diteladani, walau sekejap, kaitkan dengan kuasa Allah bahawa "malas itu racun kepada kejayaan"
7. bagi kerja mudah, ayat2 mudah duduk sebelah dengan penuh ikhlas, bawa dia membaca, menulis lihat, sesekali pegang tangan dia, dia akan rasa getaran kasih sayang kita sebagai guru berhikmah.
8. Ingat guru penyalur ilmu harus adil dan ikhlas kerana Allah nilai cara kita bekerja di kelas.
9. Sudah semua itu bersatu dihati teruskan pendidikan dari masa ke semasa. Pasti dapat perubahan secara mendadak, murid itu akan lebih hormat dengan kita dan jangan hairan semasa hari guru hadiah untukmu guru tersayang akad dihulur.
10. Pulangkan pada Allah usaha kita.Isnyaallah pasti tak stres bila kita anggap kerja guru bukan bebad dan menysahkan.
( Off! tolong ...bukan nak ajar itik berenang tetapi inilah amalan saya selalu, hingga saya dipeluk dan tangan disalam lalu dicium oleh seorang murid, ya Allah terkedu seketika, hingga anak saya kelihatan cemburu perlakuan budak lelaki tu baru tujuh tahun, benar, tiap kali saya keluar kelas mereka nak salam, ini pula di kelas tahun lima)

Unknown berkata...

Menjawab pertanyaan, inilah selalu berlaku di sekolah saya juga, tak hairan ada ja yang tak bawa buku teks, latihan dan tak ada pensil.
Cikgu percaya ke tak! sebenarnya semua itu alasan bagi murid yg malas ya.Sebab alat tulis, teks semua diberi percuma. tak ada alasan tak ada buku. Saya terus cek beg, ada pula pensil, cek buku teks di sorokkan.
Situasi saya kalau di tulis oleh orang lain, ni yang payah ni. bagi nasihat dengan ikhlas, esok kata tak buat lagi, usahakan sendiri. Dan paling terbaik, hehe....ini saya ya, bawa dia dan bagi dia tulis balik apa yang perlu di tulis, tapi dekat meja kita ke di bilik guru, tak ganggu dia tu, kita boleh buat kerja lain. Bagi semangat, kalau dia siap ada hadiah tahniah ke atau puji2 tepuk2 bahu. Insyaallah nama Cikgu Dieyna melekat dalam hatinya.Dengan anak2 saya buat macam tu, yag dah remaja saya sedang menrungainya..aduhai kuatlah cabaran mendidik anak ni ya.Kita sabar jalah dan doa selalu. Hemmm! berjela2....macam keretapi dah mentera saya. Ok balik Keningau dululah ya. Tq wallahualam.

Alana Qistina berkata...

ape2 lthn, buat kt sk, jgn bg kj 2 dibuat kt umh...tujuannya spy x sakit hati bile dgr bdk2 jwb x siap keje sk...ok dok gitu???

Granny Hani berkata...

bagi 'penampar kapit' atau penampar burger setengah orang panggil gitu. Kalau anak saya yg macam tu saya relakan cikgu buat macam tu tapi kalau anak org lain saya tak tau.

fatmasha berkata...

tu lah..selamba je dia org ni...buatlah macam mana pun....tidak terkesan sedikit pun...mak bapak dia org tak kisah pun kita pulak terlebih kisahnya....so...ajar pada yang nak belajar...yg malas tahap gaban tu? apa nak buat?

Yumida berkata...

klo budak skolah rendah senang sikit tegur...klo yg menengah tu..payah sket...sy dulu pun hampir2 hilang sabar ngn perangai diorg...

Siti_btp berkata...

Itu sekolah Dieyna tu, kalau kat KL ni lagi payah Cikgu tegur dia pancitkan kereta cikgu..Sekolah rendah tu..
Walau apapun sekolah Terengganu terbaik dlm peperiksaankan..Ini bermakna cikgunya pun terbaikkan mcm Dieyna..
Kalaulah anak akak normal pening juga memikirkan tingkah lakunyakan..terutama yg 17thn..Dah remaja sepatutnya anak akak..
Byk pahala mendidik anak bangsa teruskan pejuangan!!

Deru Ombak berkata...

Salam Ana ..

Kerenah murid2 yang sgt2 mencabar kesabaran. Ana pernah jumpa Mak ayah dorang tak.

Bebudak mcm ni kena pantau kat rumah.. Mak bapak memainkan peranan penting memastikan kerja sekolah di siapkan tanpa sebarang alasan.. Itulah sebabnya kakya tak jadi guru kot. Cukup lah anak 3 org darah naik kepala kengkadang tu.. Dah lama sungguh berlalu. Hari ni kakya mampu tersenyum.. :)


Ps. Klik terus dpt masuk sekelip mata. Terima Kasih Ana...

dieyna berkata...

Sepatutnya macam tulaa akak.. bagus cara akak.. guru dan ibu bapa saling bantu membantu.. saling bekerjasama, hasilnya anak yang berkualiti kan???

dieyna berkata...

xde kekuatan nak hentam laa sweety hehe ..

dieyna berkata...

Masalahnya Jaa.. dah bagi dah budak2 tu pada cikgu disiplin,, macam tulaa jugak, anto gb je belum..

dieyna berkata...

guud idea... hehe noted...

dieyna berkata...

Komen cikgu etuza ni boleh dibuat satu entri.. tunggu ye.. saya akan kongsi idea ini... thanks..

dieyna berkata...

betul tu.. kalau cek beg diorang, memag akan ada yang kantooi.. angin je satu badan,,

dieyna berkata...

Dokleh gok, kalau dok bagi kerja sekolah, balik rumah diorang releks, pahtu dok ingat doh ilmu yang belajar tadi.. huhu

dieyna berkata...

takleh sentuh murid dengan kekasaran doh. kalau tak "I see u in court" haha

p/s : idea brutal ni...

dieyna berkata...

simpan dalam tong, peram haha boleh gitu. esoknya masuk paper.. ckgu dera murid

dieyna berkata...

Sek menengah lain pulak cabarannya, lagi besar, lagi hebat.. makin besar makin panjang akalnya kann>>>??

dieyna berkata...

thanks akak... pahala akak lagi banyak dalam mendidik insan istimewa, saya kagum dengan ketabahan akak...

dieyna berkata...

Untuk tahun ni tk jumpa lagi, biasanya kami akan ada perjumpaan dengan ibu bapa, masa tu memang akan lapor abis-abisan.. biasanya diorang akan cerita jawapan standard.."Diorang ni malas buka buku kat rumah. Puas suruh dah"

Tahun lepas, ana kol ibu bapa inform kerja yang patut dibuat.. rasanya tahun ni kena wat jugak...

9n0L4 berkata...

tu namenye budok dok makan saman. huhu. cikgu disiplin dok brape main psiko kot. klu budak slow, jaa umpan hadiah je yg mane siap tu. puji² byk sket. jeles la org tak siap ;)

Catatan Popular