Halaman

Selasa, 27 Mac 2012

Penuh

Tak tahu nak start menulis dari mana, banyak sangat aktiviti yang dibuat hari ini, baru je dapat peluang untuk taip entri baru dalam blog kesayangan ni. Letih rasanya tapi rasa tak best plak kalau blog tak berupdate. Sebenarnya tak de idea jugak nak menulis apa. Kalau boleh malas nak bercerita hal peribadi tapi memandangkan takde idea som entri peribadi jugak yang dipilih.


Kesibukan bermula seawal pagi lagi, menyediakan sarapan untuk bapa si kecil dan si kecil untuk dibawa sebagai bekal. Ibunya? Makan kat rumah sahaja sambil melayan si kecil yang banyak ragam pulak pagi ni. Time ibunya kelam- kabut time nilah dia nak merengek huhu sabor jelah . 

Usai menghantar si kecil ke rumah pengasuhnya, terus pergi ke PPD Dungun untuk menghadiri kursus Pedagogi Literasi dan Numerasi. Kalau korang nak tahu apa itu? Korang boleh baca di SINI yer. Banyak input yang diterima, dan esok kena jadi output pulak. Kena sampaikan maklumat yang diperoleh ke rakan sekerja yang berkenaan. Semoga dipermudahkan. Kursus yang dijadualkan tamat pukul 4.30 petang disingkatkan kepada pukul 2.30 petang. Terima kasih ye pihak penganjur sebab ada budi bicara ye.

Memandangkan dah sampai ke Dungun, so, curi peluang untuk membeli peralatan di Mydin dan Pustaka Seri Intan. Ambil beberapa barang yang dikehendaki, menuju pula ke Tabung Haji. Kononnya nak simpan duit tabungan si Kecik. Buka je pintu Tabung Haji, alamak.. ramai pulak orang berurusan hari ni. Jam dah 3.30 belum solat zuhur pun lagi. Maka, Dieyna ambil keputusan untuk pulang sahaja. Lenkali laa urusan Tabung Haji. Tak berapa rajin nak menunggu. hehe

Sampai Paka, terus balik rumah solat Zuhur dan Asar kemudian keluar semula untuk ambil Si Kecil. Malangnya, Hannah baru je tidur. Takkan nak kejut pulak, kesian. Jadi, minta izin pengasuhnya untuk ambil semula Hannah selepas dia bangun tidur. Lagipun Dieyna nak pergi tempah rubber stamp KSSR di Purnama Art dan juga menonton perlawanan Bola Jaring di SK Paka. 

Pukul 6 ambil Hannah, bawa dia ke Pusat Niaga. Niatnya nak cari tudung je, tapi jadi lain sebabnya kat situ ada playground. Layan pulak Hannah main buaian sambil nyanyi lagu "Buai laju-laju". hehe  nyanyian ini menyebabkan hujan turun seketika. 

Malam pulak, pergi rumah ibu mertua. Dan sekarang baru berpeluang untuk menaip entry. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhir rncangan. hehe 

9 ulasan:

Unknown berkata...

Asalam..
Sibuk kita untuk menyuluhi masa depan orang lain dan anak2.Pengorbanan pasi Dia melihatnya..tahniah ya cikgu...

Cik Ai berkata...

hurm...biasa la,kdg2 activiti seharian kat umah pun penuh sama mcm wat activiti luar jgk kan=p

LYAfrina berkata...

GITULAH RUTIN HARIAN IBU BEKERJAYA.. KDG2 MCM XDE RUANG REHAT LGSUNGKAN.. REHAT2 PON TIME TIDUR LA.. DIEYNA DUK CHUKAI KAN?? KAT NER?

Tanpa Nama berkata...

Salam Dieyna,

Tabung Haji di Dungun tu akan ada pengalaman di sana. Ketika masuk ke Pejabat TH tu orang tak ramai, jadi akak ingat tak lamalah berurusan di situ. Tapi di luar jangkaan, lamanya menunggu sehingga hati rasa tak sabar.

Semenjak tu tak pernah singgah lagi di situ..... serik.

RHI berkata...

biasalahkan...ragam anak2..ibu memang seorang yang sibuk, apa lagi kalau bekerja...moga selamatlah semuanya

Alana Qistina berkata...

ni jadual utk maring ke ari ni??? rase mcm jumpe je mu kt sk td...

Miss N™ berkata...

wahhh..padatnya, yg membaca pun terasa letih, yg menghadapi lagilah letih kan..?
jangan lupa rehat2 kan diri sama ye... :)
ksihatan tu juga penting.. :)

~Cik Sweety~ berkata...

sepanjang hari memang sibuk ye cikgu..tapi tetap bersemangat tuk tulis entry.. yangpenting, apa yang kita buat berbaloi2 tuk jangka masa panjang..(^_^)

Arina Shamsul berkata...

assalammualaikum kak..hihi ya memang penuh kak.hihi.

baru dapat jenguk blog akak selepas beberapa hari..:) sihat kak?

Catatan Popular