Halaman

Khamis, 8 Mac 2012

Melaka with ❤❤ : 2nd Day

Entri ini kesinambungan daripada entri terdahulu.. Sesi promosi negeri Melaka tak bergaji..

Awal- awal pagi dah bangun.. bersiap- siap sambil mengemas homestay.. Kami kena keluar dari homestay ini sebab ada penyewa lain nak masuk lak.. Maka, kami perlu berpindah ke HS lain.. Dari rumah berpijak di bumi kepada rumah yang tinggi melangit.. hehe rumah flat..

Kami bersarapan di Kedai Ikan Bakar Malim.. Boleh panggil sarapan ke sebab menu yang dimakan ialah makanan tengahari, nasi putih + ikan pari asam pedas.. Memang lazat... Sungguh tak tipu..
Ini kedainya.. Puas hati makanan kat sini dengan harga yang berpatutan..
pinjam gambar en Google
Dah isi minyak perut.. kami bergerak ke Jaya Jusco Ayer Keroh.. Tujuan utamanya ialah membeli kasut untuk diri sendiri, Selipar yang ada sangat2 nazak untuk dipakai.. last2 pinjam selipar jepun anak sedara untuk merayau bandar Melaka.. Kiranya hari pertama di Melaka tu, pakai selipar jepun saja.. hehe

 Destinasi seterusnya ialah Zoo Melaka.. Kadar bayaran masuk RM10.00 untuk dewasa, RM 4 untuk kanak-kanak dan warga emas.. Setelah pembayaran tiket dibuat, kami bergerak masuk ke dalam zoo dengan senang hati.. Nampak keretapi yang bawak pengunjung zoo pusing-pusing dalam zoo, tetapi kami buat keputusan untuk jalan kaki sahaja.. haha keputusan yang membuatkan kami keletihan yang amat,,, punyalah luas kawasan zoo ni sampai kaki lenguh gila2.. rasa macam tak mahu berjalan dah.. nak merangkak plak.. letihnya...


Memandangkan dah letih gila2 kami pulang berehat dahulu dan petangnya kami ke Bandar Hilir. Tujuan kali ni ialah menyusuri tebing sungai dengan berjalan kaki. Kononnya nak cari Kampung Mortem. Bayangkanlah kami berjalan lagi . .aduh mahu tercabut kaki ni.. Penamat edisi lawatan untuk hari kedua ini  Dah lebih separuh berjalan, baru kami sedar bahawa lokasi kampung tu amatlah jauhnya, so, kami patah balik semula.. dan terus  ke Jonker Street.. Cuci mata sambil membeli.. Danglah rembat 5 6 jenis fridge magnet untuk ole- ole sahabat..

Perut sudah mula berkeroncong.. Memainkan muzik Dondang Sayang.. Kami memulakan operasi mencari kedai makan.. Dah jumpa kedai makan tetapi sungguh menghampakan.. Kedai nampak glemer.. Tetapi makanan yang kami order takde.. Dah lama tunggu baru nak bagitau takde makanan.. tak ke sakit jiwa namanya.. Last2 kami angkat kaki, cari kedai lain.. barulah puas hati..kenyang perut balik tidur...

p/s : Boleh pelayan kedai makan yang kami pi tu kata, "telur dadar sini tak goreng"... huhu apa maksudnya itu..??


3 ulasan:

Ayu berkata...

Slm perkenalan.nmpknya kita ni berjiran area je,:-) sy stay kat kerteh.:-)

dieyna berkata...

salam perkenalan jugak.. betul2 jiran ni.. hehe ada masa leh panjangkan ukhuwah kan...

amirah berkata...

hah? kedai mana la tu gamaknya ye..

Catatan Popular