Halaman

Ahad, 12 Februari 2012

Hafalan Shalat Delisa

Cerita ni dah lama berada di panggung wayang
ASTRO FIRST dah siap beli dah pun..
Hari ini tergerak hati nak tonton cerita ini sebab nampak sangat BEST..
Jadi, Dieyna ambil jalan mudah.. cuba cari cerita ni kat YOUTUBE.COM
dan hasilnya korang boleh tengok di sini


Ringkasan cerita daripada pandangan Dieyna

Delisa merupakan seorang anak kecil yang sangat pintar dan aktif. Dididik dengan baik oleh kedua ibu bapanya iaitu, Abi Osman dan Ummi Salamah serta dikelilingi oleh kakak- kakak, Fatimah, Aisyah dan Zahra yang sangat menyayanginya. Delisa diminta menghafal bacaan dalam solat dan dijanjikan dengan hadiah yang berharga oleh kedua ibu bapanya. Namun, tatkala amali solat sedang diadakan, bencana melanda.. Ombak tsunami menyelimuti perkampungannya dan turut membawa pergi orang- orang yang disayangi...Kerana kusyuk solatnya, Delisa dilindungi dan kerana tulus hatinya, Delisa redha dengan tragedi menimpa... 

Untuk tahu cerita ini dengan lebih lanjut.. korang tontonlah sendiri ye..
Sangat meruntun jiwa... huhuhu

Kepada para ibu bapa.. tontonlah cerita ini kerana ada ilmu mendidik anak diselitkan..

Credit to : YOUTUBE.COM

1 ulasan:

amirah berkata...

teringin nak tengok cuma takde masa lagi

Catatan Popular