Halaman

Selasa, 15 Februari 2011

Petua Meredakan Selsema & Batuk Bayi

Sepanjang dua minggu yang lalu, Dieyna rasa susah hati sangat... Apa taknya, Hannah demam + batuk + selsema.. Aduss.. bila kita sendiri rasa susah nak bernafas dan sakit dada akibat batuk, pasti itulah yang Hannah rasa.. Badan dia pun dah nampak susut sedikit.. huhu

Macam- macam cara kami buat untuk legakan batuk dan selsemanya, dari cara moden yakni bawak pi klinik dan makan ubat, kami juga tak lupakan cara tradisional... Maka, Dieyna nak kongsi di sini dua petua yang bagi Dieyna berkesan untuk Hannah.. dan seterusnya mengurangkan selsema dan batuknya.. Alhamdulillah, Allah yang inginkan Hannah sembuh melalui cara ini...
Cara 1 - Meredakan batuk

Campurkan air limau nipis bersama kapur masakan dan sapu di kawasan bawah leher bayi... selepas Dieyna buat ini, batuk hannah berkurang dan dia mampu tidor lena hingga ke pagi.. Cuba kat diri sendiri pun oke, sebab rasa berangin je bawah leher tu.. lega

Cara 2 - Mengeringkan selsema

Ambil kunyit hidup, gosok pada bawah punggung lesung, ambil airnya dan campurkan bersama kapur masakan.. sapu di kawasan hidung bayi anda.. Insya Allah, selsemanya akan berkurangan...


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam...utk bayi 3bln sesuai tak guna cara ni? kapur tu x panas ke?

dieyna berkata...

rasanya tak apa.. kita kena usaha banyak cara untuk melegakan selsema n batuknya, lagi pun mengurangkan kebergantungan kita kepada ubat2 moden ni

Tanpa Nama berkata...

Hi. Salam. Tumpang tanya kapur masakan yang dimaksudkan kapur yg org2 tua gunakan dengan memakan sireh ke?

Unknown berkata...

nak tanya, sapu air limau ngan kapur kat leher tu baper lama baru nampk kurang? anak saya baru nk masuk 3 bulan ni batuk n ada kahak...br try sapu arini

dieyna berkata...

masa saya buat kat anak saya hari tu, dia batuk2 malam then saya sapu,, batuk dia kurng lah malam tu.. kita kena sapu selalu baru leh nampak kesannya... letak sekali kat bahagian belakang dadanya...

Tanpa Nama berkata...

selsema bby da kering.. tpi hidung dia masih lagi tersumbat.. sian dia nk nafs susah.. nk buat cmne ag erk..?

Tanpa Nama berkata...

kurang kn batuk baby akhma biasa sapu vic kt telapak kaki baby n sarungkn dgn stokin kapas.. alhamdulillah pagi esok batuk dh xde.

Normah Wahid berkata...

anak saya sekarang tengah selesema dan batuk belum lega...baru nak pi cari ubat spray untuk mengeringkan selesema..namanya iliadin..boleh untuk baby...dah seminggu..kesian asyik bg ubat...nak try la pakai kapur dengan limau nipis tu...

mamatz berkata...

terima kaseyyy atas maklumat... saya sekarang kena selsema.. saya guan acar kedua mcm tuan cerita pakai kunyit idop.. nampak gaya mcm nak kering je selsema tuh..

http://mari.tengok.tv

Unknown berkata...

Assalamualaikum . Sy nk tnye. Mak sy pakai kapur cmpur limau nipis pd leher dn belakang badan ank sy berumur 4 tahun. Skrang di leher die berbintik2 mcm ruam kemerahan. Ank sy cakap pedih,sakit. Kenapa ya? Dulu masa budak2 sy slalu juga pakai tp alhamdullilah sihat dn xde pula jd mcm ni.

dieyna berkata...

Mungkin kulit anak puan sensitif dengan kapur dan limau tu. tu jd ruam2 merah. sebab kapur kan panas. cuba letak tepung ubi kat kawasan ruam tu...

Catatan Popular