Halaman

Jumaat, 25 Februari 2011

Bersyukurkah kita???

Asslamualaikum w.b.t

Bersyukurkah kita??
Jika kita sering berasa hidup kita tak pernah sempurna.
Bersyukurkah kita?
Jika kita sering merungut segala kekurangan yang ada
Bersyukurkah kita?
Jika di mata kita, kitalah yang paling merana
Bersyukurkah kita?
Jika kita tidak menghargai apa yang kita ada

Renunglah sejenak..
Adakah kita ada keluarga yang begitu menyayangi?
Adakah kita ada suami/ isteri yang prihatin?
Adakah kita ada anak yang manja dan sihat?
Adakah kita punyai rumah untuk berteduh daripada panas dan hujan?
Adakah kita miliki pekerjaan yang tetap?
Adakah kita dikurniakan tubuh badan yang sihat?
Adakah kita masih lagi berpeluang menghirup udara di bumi Allah ini?
Jika semuanya Ya..
Malanglah diri kita andainya kita tidak pernah bersyukur...
HARGAILAH APA YANG ANDA ADA......

1 ulasan:

Unknown berkata...

salam.

jemput join ga saya.
http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/04/queenpink-lucky-follower.html

Catatan Popular