Halaman

Isnin, 20 Disember 2010

Sayangi Anak Anda..


Anak.. anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Amanah ini dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa untuk dididik sebaik- baiknya.. Berikut beberapa tips penjagaan anak- anak yang boleh dijadikan panduan kepada kita dalam menjaga dan mendidik amanah ini..

1. Panggillah anak- anak kita dengan panggilan yang baik.. Ungkapan yang dituturkan oleh ibu bapa adalah satu doa, maka setiap kali kita memanggil namanya itu ibarat kita mendoakannya ke arah kebaikan..

2. Berilah anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangananak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

sumber : http://www.manjenyer.blogspot.com/

Ahad, 19 Disember 2010

Update GA : Peserta GA Wardahilmu...

Alhamdulillah, GA ni masih dibuka untuk penyertaan.
sekarang ni, Dieyna nak update link peserta GA wardahilmu.. so, sila2 kanlah semak nama anda ye...
span class="fullpost">
1. ayu
18. Nana
23. Ogy
senarai peserta akan senantiasa diupdate.. kepada bakal peserta, jom join GA ni..
tarikh tutupnya lagi 12 hari, iaitu genap pukul 12.00 tengah malam 1 Januari 2011...

Jumaat, 3 Disember 2010

Wardah Ilmu First GiveAway

Salam semua pengunjung blog wardahilmu.. Sukacita dimaklumkan bahawa saya ingin menganjurkan "Wardah Ilmu First GiveAway".
Create your own banner at mybannermaker.com!

Syarat penyertaannya adalah seperti berikut:
1. Peserta giveaway ini mestilah follower blog ini ( kalau belum follow, sila2kanlah menjadi follower yer...)

2. Peserta juga perlu like halaman "Best Tupperware" (klik je link ini dan tekan butang like yer)

3. Anda perlu sediakan satu entri khas berkenaan giveaway di blog masing- masing. (copy paste entry saya ni pun takpe, cuma pastikan link syarat no.2 tu sama ye, nanti saya cek)

3. Tagkan entri ini kepada 5 orang rakan anda. (lebih pun takpe)

4. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Disember 2010

5. Sahkan penyertaan korang di ruangan komen, pastikan entri yang korang dah buat diberikan linknya terus. Senang skit saya nak menjenguknya..

Tiga orang peserta yang bertuah akan menerima HADIAH MISTERI....

GiveAway ini akan diadili dengan adil seadil adilnya... (macam cabutan bertuahlah kiranya ni)...

JOM JOM JOM,,, MARILAH MEMBERIKAN SOKONGAN PADU KEPADA SAYA YANG PERTAMA KALI MENGANJURKAN GIVEAWAY INI...

TERIMA KASIH.......

Catatan Popular