Halaman

Sabtu, 31 Julai 2010

Penjagaan Perabot Kayu


Setiap perabot dan aksesori hiasan kayu mempunyai nilai estetika dan keindahan semula jadi yang menarik perhatian. Berikut merupakan panduan menjaga perabot dan aksesori hiasan kayu :-

1. Bagi menghilangkan habuk, alihkan segala barangan di atas perabot bagi memudahkan kerja anda.

2. Gunakan kain lembut yang dibasahkan dengan pencuci untuk mengelap perabot berkenaan.

3. Lakukan proses mengelap mengikut corak ira kayu supaya tekstur asal dapat ditonjolkan.

4. Kain kering tidak sesuai digunakan kerana mungkin akan mendatangkan kesan calar kepada permukaan perabot berkenaan.

5. Lakukan tugas mengelap lebih kerap bagi menghilangkan kesan kotoran kesat pada kayu perabot.

6. Bagi menjaga ketahanan perabot kayu, gunakan alas ketika menghidang untuk mengelak tumpahan atau kekotoran akibat tumpahan kuah atau air.

7. Permukaan perabot kayu juga perlu dijauhkan daripada tersimbah alkohol atau pengilat kuku bagi mengelak risiko kerosakan.

8. Jika tertumpah pengilat kuku, sapu menggunakan lilin pengilat menggunkan kain bulu.

9. Anda boleh menggunakan lilin pengilat yang disapu setiap enam hingga 12 bulan. Buang lilin lama dengan campuran sabun lembut bukan alkali dan air.

10. Jika perabot dan aksesori hiasan kayu berkenaan terkena kesan terbakar akibat nyalaan rokok, anda boleh menyapu tempat terbabit dengan pengilat penghilang calar sehingga kesan berkenaan hilang.

4 ulasan:

dayana berkata...

info yg menarik..=)

yahaya berkata...

bagus artikel ni....

dieyna berkata...

artikel ini diambil daripada surat khabar Utusan Malaysia 31hb Julai 2010.

farhana berkata...

mohon share..terima kasih

Catatan Popular