Sabtu, 17 Julai 2010

Khasiat Air Kelapa

Dalam kalangan masyarakat, ada tradisi turun-temurun yang menyarankan ibu hamil agar memperbanyakkan minum air kelapa muda, terutama daripada kelapa hijau. Kononnya apabila kerap minum air kelapa muda-terutama di trimester ketiga kehamilan-maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya.
Apakah betul demikian?

Setakat ini belum ada penelitian yang secara ilmiah membuktikan kebenaran nasihat tersebut. Namun, air kelapa muda memang mengandungi pelbagai zat yang bermanfaat bagi ibu hamil. Zat-zat itulah yang barangkali secara tidak langsung membuat bayi menjadi lebih sihat sebagaimana disebutkan dalam cadangan tradisional itu.

1. Elektrolit Alami
Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan mempunyai elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu hamil memerlukan lebih banyak air berbanding orang lain. Dehidrasi selama kehamilan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

2. Diuretik Alami
Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kencing. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah jangkitan saluran kencing- yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

3. Antipenyakit
Air kelapa muda mengandung asam lauric, asid yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan mempunyai ciri-ciri antijamur, antibakteria dan antivirus sehingga menjaga kesihatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteria klamidia dan heliokobater.

4. Membantu Pencernaan
Air kelapa juga boleh dipercayai memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang melambatkan kontraksi otot perut sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kelajuan pencernaan.

5. Meningkatkan HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut penyelidikan dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.
sumber : http://majalahkesehatan.com/5-khasiat-air-kelapa-muda-bagi-ibu-hamil/

2 Blogger Bersuara:

Bisnis Online Internet berkata...

Info yang bermanfaat....thx infonya sob....


slm dari indonesia

cakapniaga berkata...

Adalah diharap dapat pasang butang Google +1 kerana khasiatnya banyak dan lebih baik dari Facebook "Like'.

Google+ Followers

Siapa saya??

Foto saya

Pengedar bebas SHAKLEE bagi kawasan PAKA, DUNGUN dan KEMAMAN. Penghantaran melalui POS ke SELURUH MALAYSIA
DAYANA BAHAR PENGEDAR BEBAS SHAKLEE BAGI KAWASAN PAKA, DUNGUN & KEMAMAN. PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA. HUBUNGI 019-2481068 UNTUK MAKLUMAT LANJUT