Halaman

Ahad, 4 Julai 2010

Impak tepung gandum berwarna putih


Sebenarnya warna asal tepung gandum ialah berwarna kuning. Bukan warna putih melepak seperti yang kita lihat dalam bungkusan tepung gandum yang jual kat kedai tu. Kebanyakan atau hampir kesemua kilang di Malaysia telah menggunakan sejenis peluntur atau bahan kimia yang sangat berbahaya untuk melunturkan warna kuning tepung tersebut dan supaya tepung tersebut nampak lebih putih, cantik dan menyelerakan.

Apakah bahan kimia yang terdapat di dalam tepung gandum? BENZOYL PEROXIDE! Apakah kegunaan sebenar bahan kimia ini? Ianya merupakan salah satu bahan peluntur yang sangat kuat. Ia berkemampuan melunturkan warna baju, warna hitam rambut dan tidak hairan la warna kekuningan tepung gandum yang masih belum diproses dapat dilunturkan. DAN, bayangkan pula jika bahan kimia ini masuk ke dalam perut anda? Tak dapat dibayangkan kesannya. Sesetengah jenama tepung gandum menyatakan bahawa tepung gandum mereka mengandungi bahan ini dengan kuantiti yang dibenarkan.. namun sanggupkah anda menanggung risikonya?? Tepuk dada tanya selera, mungkin selepas ini kita perlu berhati2 dalam memilih bahan makanan...

Apakah Benzoyl Peroxide, menurut beberapa laman web bahan ini adalah sejenis bahan toksik yang
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.



Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan.

Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang. Jadi fikir2kanlaa ye...

p/s : Jom pakat cari tepung gandum yang takde bahan macam ni..

2 ulasan:

dieyna berkata...

gambar roti canai tu sekadr hiasan je... hehe

nurul berkata...

jom pakat cari tepung gandum yg takde BP....

ader...saya bekerja di syarikat yg mengedar tepung ini..tepung ini khas dari dubai...kami pengedar utama di perak!!! boleh trus hubungi saya di nurul@intasir.my...utk dptkan lebih info..saya akan send maklumat seterusnya!!!awak boleh jadi pengedar seterusnya!!!

Catatan Popular