Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan
keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi
j alan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya ialah :
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman- Nya dalam hadis qudsi: "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: "Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa dan maksiat
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa dan maksiat. Dosa dan maksiat bukan saja membuat hati resah dan gelisah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: "... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: "(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: "Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim). Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: "Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. " (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ahs etiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki
dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi
s.a.w.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan
menunaikan hajatnya..."
(Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat
jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat
menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta
meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
Wallahu a'lam.
Firman Allah: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya
berselawat untuk Nabi . Hai orang-orang beriman, berselawatlah
kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."(Al-Ahzab: 56)
9. Buat kebajikan banyak-banyak
- Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya
kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh
makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan
rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan
makhluk lain mengutuknya. "
10. Berpagi-pagi
- Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang
berkat.
11. Menjalin silaturrahim
- Nabi s.a.w. bersabda: "Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya
dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanaksaudaranya.
"(Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
- Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta
pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan
rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: "Sentiasalah berada
dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan
memurahkan rezeki."
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
Sumber : http://www.scribd.com/doc/9177014/Petua-dan-amalan-untuk-murah-rezeki
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Bismillahirrahmanirrahim. Pertengahan tahun dah muncul. Memandangkan murid Tahap 1 tiada peperiksaan pertengahan tahun maka, sistem Pentak...
-
Semalam gigi sakit, apabila tersentuh je gigi atas dengan gigi bawah, mesti rasa ngilu.. Bengkaknya sampai ke gusi.. Dah lama gigi tu berlu...
-
Semalam saya tidur lambat, jadi masa yang terluang itu saya isi dengan membuat roda suku kata. Roda ini saya dapat idea daripada salah seor...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan