Halaman

Jumaat, 8 Januari 2016

Mari Beramal : Kisah adik Adam

Post ini dicopy terus daripada FB Wan Shahriza...



MASIH INGAT KEPADA ADAM? 
MASIH INGAT KEPADA TABUNG SAYANGI ADAM?

Faris Adam ialah satu lagi kisah getir di balik tabir Wad Onkologi di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, yang dikenali sebagai Wad KK3. Kisah seorang anak kecil berusia dua tahun yang disentap keriaan zaman kanak-kanaknya setelah disahkan sebagai pengidap kanser darah, leukemia, pada April lalu..
Adam tidak mengerti tentang ujian dan takdir. Adam tidak tahu tentang menjadi anak terpilih bakal penghuni syurga. Dia cuma tahu menangis dan meraung saat dia merasa kesakitan, ketika ayahnya yang sedang belajar menjadi tabah dan kuat, hilang punca tentang apa yang perlu dilakukannya untuk putera tercinta.
Yusuf bapa tunggal. Bersendirian menjaga Adam dan seorang lagi anaknya, abang kepada Adam. Usah ditanya kemana ibunya kerana itu merupakan bab yang lain, cerita yan lain, dalam kehidupan keluarga ini.
Yusuf terpaksa berhenti kerja di Gerik, untuk menjaga Adam sepenuh masa. Setiapkali ke KK3, ketiga beranak ini akan bersama masuk wad, meniti hari-hari yang tidak pasti bersama-sama. Berpelukanlah ketiga-tiganya dalam dingin aircond di wad KK3, melalui malam-malam kelam di luar wad dan pastinya refleksi kehidupan mereka juga.. Di daerah asing bernama Kanser.
Adam sudah disahkan tiada lagi rawatan. Tiga minggu lalu kansernya sudah disahkan berada di tahap empat. Sel-sel kanser telah merebak ke limpa dan hati. Perutnya sudah membuncit dan keras.. Dia akan menjerit jika badannya disentuh, mengisyaratkan kesakitan yang mungkin sudah tidak tertanggung. Gambar kedua di atas ialah gambar terbaru, diambil pagi ini di wad KK3.
Sabtu lepas, Yusuf memandu sendirian dari Gerik kembali ke KK3 dengan Adam di ribaan. Difahamkan itu kereta yang dipinjamnya. Ayah itu sudah tidak sanggup mendengar putera nya meraung tidak berhenti. Sakit yang hanya dia sahaja yang merasakannya. Hospital di Gerik yang dikunjungi, katanya menolak kes Adam, mungkin kerana tiada kepakaran.
Walaupun Adam tidak diberi harapan oleh pihak hospital, kami di HKL-KIDS akan tetap membantu Adam berjuang. Membantu keluarga ini meneruskan kesinambungan hidup.


Sugul wajah ayah ini setiap berbicara tentang anaknya. Ketabahan seorang lelaki tampak goyah dibadai ujian yang sukar ini. Setiapkali Adam menangis, hati ayah ini pastinya telah karam oleh tangisannya sendiri. Sesekali dia merenung anaknya, mengusap lembut kepalanya yang sudah tidak berambut, dan lebih dari itu, dia hilang punca dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
"Adam budak baik... Kalau pergi ke kedai, dialah yang akan berbisik pada abangnya yang berumur empat tahun, 'Abang jangan mintak nak beli mainan tau, ayah tak ada duit..."
Adam... anak yang baik disayangi Tuhannya...
Kami telah memulakan Tabung Sayangi Adam pada 27 Disember lalu, dan amat bersyukur kerana mendapat perhatian daripada MRSM Kuantan dan Persatuan Alumni MRSM Kuantan yang telah menyumbangkan RM2000. Jumlah yang agak besar, tetapi pastinya wang sebanyak itu tidak mungkin akan bertahan lama.
Ayuh, mari sama-sama kita Sayangi Adam. Jika ada pihak yang bermurah hati untuk menderma kepada keluarga Adam ini agar mereka boleh berbelanja untuk makan seharian, membeli pampers dan mencuba rawatan-rawatan alternatif lain, jangan menunda hasrat anda. Keluarga ini mungkin tidak punya waktu yang lama.
Dan mohon didoakan untuk anak kecil tanpa dosa ini. Doakan untuk kesembuhannya, untuk keajaiban yang tidak perlu dijelaskan oleh buku2 perubatan dan doktor2 pakar, untuk dikuatkan iman dan taqwa ayahnya, untuk diteguhkan kesabarannya... untuk dipermudahkan segalanya untuk Adam.. Doa anda mungkin antara doa yang terpilih untuk diangkat kepadaNya.
Untuk yang mengenali saya, boleh pm, dan salurkan bantuan kepada Adam melalui saya Wan Shahriza. Atau boleh juga ke facebook HKL-KIDS (www.facebook.com/kk3parentssupportgroup). . Mohon tiada yang mengambil kesempatan untuk menjual produk-produk MLM.

copy paste : FB WAN SHAHRIZA

5 ulasan:

Liyana Anuar berkata...

moga adam cepat sembuh..

Unknown berkata...

Asslamualaikum Sis,boleh emailkan sy acc number encik yusuf dkt alifirfan480@gmail.com

Unknown berkata...

emailkan sy no acc en. yusuf

Unknown berkata...

Alifirfan480@gmail.com

Si Matatajam berkata...

Moga Allah permudahkan urusan Adam dan moga adam cepat sembih.. Aaaminnn
P/s: im back kak dina...

Catatan Popular