Halaman

Selasa, 27 Oktober 2015

Pengalaman membeli beg tangan di ZALORA

Sebenarnya, memang dah lama saya nak membeli beg tangan. Beg tangan sedia ada bukannya buruk  atau rosak tetapi saiznya agak kecil untuk saya bawa lampin anak dan barang- barang lain. Biasalah beg tangan perempuan kan macam-macam ada. Saya cuba survey beg tangan di ZALORA, hub jualan Online yang dah terkenal tu.

Rupanya apabila kita kali pertama akses di web ZALORA, kita layak claim VOUCHER percuma RM20.  Haha seronok ler.. dapat voucher lagi tapi dengan syaratnya mesti membuat pembelian barangan yang bernilai lebih RM99.

Saya melihat barangan ZALORA melalui katalog online di platform ANDROID dalam Handphone. Jenis saya, kalau saya dah berkenan saya tak tengok yang lain dah. Mata terus tertacap ke handbag jenama AR by ALFIO RALDO. Beg tu ada offer 50% lagi, murah betul rezeki saya kali ini, dari harga RM278.80 menjadi RM139.90 dan setelah ditolak voucer, saya hanya perlu bayar RM119.90 sahaja. Beg berjenama lagi tu... haha rezeki saya..
Inilah pilihan hati saya AR by Alfio Raldo
Trendy Casual Tote Bag
Saya order beg ini hari Rabu, tengah malam. Khamis saya dapat emel pengesahan pesanan dan juga makluman penghantaran barangan. Cepat jugak ye.. Jumaat Sabtu pantai timur cuti makanya saya terima beg ini pada hari Ahad. Bagi saya perkhidmatan cemerlang ZALORA. Saya menerima beg ini bersama- sama SLIP POS. Maknanya kalau saya tak berpuas hati dengan barangan yang dibeli ini, saya boleh memulangkan semula kepada pihak ZALORA. Saya tak tahu prosedur sebenarnya pemulangan semula ini, sebab memang saya sangat-sangat suka beg ini, kualiti dan warnanya. Serius saya memang suka. 

Nak dijadikan cerita, esoknya saya bawa beg ini ke sekolah. Ramai pula yang berkenan. Masing- masing sakan install aplikasi ZALORA dalam phone sendiri. Cuci mata plak diorang dan ada yang berkena maka jadi kerja extra saya pulak tolong orderkan untuk  diorang guna nama dan alamat sendiri. Diorang terlebih excited bila daftar dapat cash voucher RM20 tu. Bab- bab diskaun siapa yang tak nak kan, semua nak semua excited. Untuk pengetahuan semua, penghantaran percuma untuk pembelian melebihi RM75. Jimat masa, jimat tenaga, hanya di hujung jari.

Bolehlah korang jenguk-jenguk katalog di sini ye 




2 ulasan:

Norma NML berkata...

akak pun pernah buat collaboration dgn zalora...voucher tu pun dah slmt digunakan :)

Liyana Anuar berkata...

murah rezeki :)

Catatan Popular