Halaman

Selasa, 17 Disember 2013

Hindari kanser payudara secara semulajadi

KANSER PAYUDARA PEMBUNUH UTAMA WANITA DI NEGARA INI. Mendengar atau membaca perkataan kanser pun sudah cukup digeruni. Apatah lagi jika kita didiagnosis menghidapnya.. Sebaiknya kita perlu mengambil langkah untuk menghindarinya. Ada 10 cara alami yang boleh dipraktikkan.

Bersenam
Bersenam akan menurunkan kadar estrogen yang dihasilkan tubuh sehingga mengurangkan risiko kanser payudara. Ada kajian mendapati risiko kanser payudara semakin berkurang seiring dengan peningkatan aktiviti fizikal.

Kurangi Lemak
Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet rendah lemak membantu mencegah kanser payudara. Jenis lemak yang boleh memicu kanser payudara adalah lemak tepu dalam daging, mentega, makanan yang mengandungi susu penuh krim dan asid lemak dalam marjerin.

Cara memasak
Percaya atau tidak cara kita memasak boleh memacu arah risiko payudara terutamanya masakan daging. Daging-daging yang dimasak atau dipanggang menghasilkan bahan karsinogenik ( amino heterosiklik). Semakin lama ia dimasak, semakin banyak ianya terbentuk. Amino heterosiklik paling banyak terdapat dalam daging bakar yang lapisan luarnya (kulitnya) keras dan hitam.

Makan lebih banyak sayur dan buah

National Cancer Institut (NCI) menyarankan pengambilan buah dan sayuran sekurang- kurangnya lima kali dalam sehari. Makanan dari tumbuh-tumbuhan yang mengandungi antioksidan yang tinggi, antaranya vitamin A, C, E dan mineral selenium dapat mencegah kerosakan sel yang menjadi penyebab kanser.Semakin banyak sayuran dan buah yang dimakan semakin kurang memperoleh risiko kanser.

Ambil suplemen antioksidan

Suplemen yang mengandungi formula antioksidan boleh dijadikan makanan tambahan yang dapat mencegah kanser payudara. Walau bagaimanapun suplemen ini tidak boleh menggantikan pengambilan buah- buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan suplemen antioksidan bertindak untuk menambah keperluan vitamin bagi tubuh kita sahaja bukannya mengambil alih fungsi buah- buahan dan sayur-sayuran. Boleh HUBUNGI SAYA untuk mengetahui lebih lanjut tentang VITAMIN ANTIOKSIDAN SHAKLEE..

Makan banyak serat
Makanan berserat akan mengikat estrogen dalam saluran pencernaan sehingga kadarnya dalam darah akan berkurang. 

Makan lebih banyak soya
Makanan-makanan yang berasal dari soya banyak mengandungi estrogen tumbuhan (fito estrogen). Ianya mirip dengan estrogen tubuh tetapi lebih lemak, Fito estrogen terikat pada reseptor sel yang sama dengan estrogen tubuh, mengikatnya keluar dari sel payudara sekaligus mengurangkan kesan penyebab kanser payudara.

Jaga berat badan
Kenaikan berat badan setiap paun selepas usia 18tahun akan menambah risiko payudara. Ini disebabkan seiring dengan bertambahnya lemak tubuh, maka kadar estrogen sebagai hormon punca kanser payudara dalam darah pun meningkat.

Jangan merokok
Merokok akan meningkatkan risiko kanser payudara malah kanser dan juga penyakit kronik yang lain.

Menyusui
Menyusukan bayi ada hubungannya dengan berkurangnya risiko memperoleh kanser payudara.




DAYANA BAHAR
932071
FACEBOOK : DAYANA BAHAR OR D HANNAH SHOPPE
SMS/WASAP : 019-2481068

6 ulasan:

Unknown berkata...

haihh.. cara memasak pun kena titik beratkan kan.. moga kita terhindar dari penyakit ni.. kaum lelaki pun boleh dpt penyakit ni bkn kaum pompuan jer kan..

lelamaisara berkata...

mencegah lebih baik dari mengubati kan...mari kite sesama amalkan ni...

Miss N™ berkata...

cegah sebelum kena...

Solehah Shamsuddin berkata...

Sbb itulah xelok makan sate sbb dyorg bg kulit smpai hitam lps bakar. Yg tu yg xelok n leh bwk kanser

Abang Karu berkata...

betul kata cik nur ngan lela :)

Sis_Kina berkata...

cegak sebelum kena..adalah lebih baik dari cegah sebelum parah..hehe

Catatan Popular