Halaman

Sabtu, 10 Mac 2012

Betik Oh betik : Apa Khasiatnya??

Siapa suka makan buah betik??? Angkat tangan yer.. Tiba- tiba cerita buah betik plak yer.. Sebabnya ada buah betik dalam peti sejuk.. Sambil2 proses buah betik tu, teringat plak nak update cerita pasal khasiat betik kat blog ni.. 
Betik yang telah siap dipotong.. dah selamat masuk peti sejuk pun.. perghh makan sejuk2 pun sodap
Rupa- rupanya buah betik ni kaya dengan vitamin C dan kandungan vitamin C nya adalah lebih besar berbanding buah limau.  Buah betik ini juga boleh mencegah pemakannya diserang penyakit yang berkaitan dengan hempedu. Selain itu, buah betik juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit.. Makan buah betik confirm takde dah masalah sembelit..  Dan yang lagi best, buah betik boleh membantu mengawal berat badan dan menghalus muluskan kulit kita. Betul atau tidak, cubalah amalkan yer...

Biji betik.. Kena keringkan dahulu sebelum dibuat benih dan ditaburkan atas tanah.
Biji betik pula berguna untuk menyahkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak- kanak. Kiranya rawatan tradisional untuk masalah kecacingan. Caranya mudah sahaja iaitu segenggam biji betik ditumbuk hingga hancur kemudian direbus. Air rebusan tu boleh diminum oleh kanak- kanak yang ada masalah kecacingan.
Pokok betik belakang rumah Dieyna, Lambat lagi baru boleh makan hasil ni.. hehe
Pucuk daun betik pula selalu dijadikan ulam- ulaman. Khasiatnya pun boleh tahan banyaknya, iaitu :-
  • Merendahkan tahap kolesterol dalam darah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan sakit migrain  
  • Melangsingkan badan. 
Daun betik juga banyak gunanya.. Antaranya
  • Melembutkan daging  ( Balut dahulu daging dengan daun betik sebelum dipanggang)
  • Air rebusan daun betik boleh mengeluarkan angin dalam badan.
  • Daun betik yang ditumbuk lumat dan diletakkan di tempat luka boleh menghentikan pendarahan
Kalau anda ada halaman rumah yang luas.. tak rugi rasanya menanam pokok betik tetapi jangan ditanam terlalu hampir dengan rumah atau longkang.. Akarnya macam akar pokok mangga, akarnya kasar dan menjalar bawah tanah.. dibimbangi memecahkan struktur binaan yang berhampiran dengannya.

P/s : Nampaknya pokok betik kat belakang rumah tu nak kena alih dah.. huhu dekat sangat dengan longkang.. kan pecah pula longkang nanti huhu

Tiada ulasan:

Catatan Popular