Halaman

Khamis, 23 Februari 2012

❤ Hidup Berjiran ❤


Dua versi Hidup Berjiran, 
Korang nilaikan sendiri ye

Versi 1
rindunya kat flat ini, sekarang dah cat baru.. tak seburuk ini dah
Dahulu duduk rumah pangsa, ada jiran di kiri dan di kanan rumah juga
Alkisah jiran kiri, dapur kita dengan dapur dia bertentangan..
Apa dia masak kita hidu baunya, apa yang kita masak dia hidu baunya juga
Tapi malangnya selisih sebelah pun tak bertegur sapa, hanya senyum biasa terukir di bibir
Seolah dia bukan jiran kita, dan kita pula bukan jiran dia..

Jiran kanan pula, apabila berjumpa ramah bercerita
Malangnya nak jumpa sebulan sekali pun payah
Maklumlah kita bekerja dia pun bekerja
Sehingga satu hari, tergerak hati nak hubungi
Nak bertanya khabar kerana sudah lama tak berjumpa
jawapan yang diterima
"Akak dah sebulan dah pindah rumah"
"Ana pi keje masa akak pindah, tak sempat nak beritahu "
Dalam hati terkedu...
"Teruknya aku jiran sebelah rumah pindah pun aku tak tau"
HUHU akhirnya diri sendiri turut berpindah dari situ
Mungkin juga takde jiran yang tahu...

Versi 2
Pulang ke kampung.. Tinggal di rumah teres,
Depan belakang kanan kiri rumah ada jiran..
Dalam hati mesti rasa berbeza daripada hidup di kota
Jiran di sini pasti ramah belaka...
Malangnya juga masing- masing duduk dalam rumah
Jarang kelihatan di luar rumah
Sehinggalah berkenalan dengan seorang jiran..
Katanya 
"Ada facebook tak, kita add friend"
Apabila dah add dirinya, dia cadangkan nama jiran-jiran yang lain
siap ada kumpulan sembang jiran tetangga
Seronoknya dapat berkenalan dengan mereka
Berpakat buat jamuan makan2.. saling menghantar makanan
Berkumpul di laman sambil membawa si kecik bermain dengan rakan.
Mereka juga datang bertandang..
Barulah terasa beza dulu dan sekarang..
Symbol-smileys
Terima kasih jiran.. Korang warnai hidup ini...

9 ulasan:

amirah berkata...

ye ke macam tu? waa..hebatnya..siap add kat fesbuk..

LYAfrina berkata...

hehe... canggih2 dah sekarang... bkomunikasi sesama jiran kot fb..ok gak g2... at least tau jgak pkembangan msing2 kan

dieyna berkata...

berdasarkan kisah benar.. hehe mmg yer.. siap publish lauk masakan tengahari lagi.. kadang tu siap boleh taste hehe

dieyna berkata...

a;ah.. jiran zaman moden.. nak bincang buat potluck pun kat fesbuk

Aine Ainun berkata...

Saya paling wisau kalo x kenal jiran, bimbang...kalo terjadi apa2 yg terdekat adalah jiran....

Sgt berharap dpt jiran yg baik..dan kita jua jadi jiran yg baik..

waniemardhiyahna berkata...

Beruntungkn klu dpt jiran yg baik.hubungan pun da jadi mcm sedara dkt.

Deru Ombak berkata...

Assalamualaikum Dieyna...

Kakya kan, jiran semua china.. Tapi Ada kampung sebelah tu komuniti melayu, dorang tu lah kawan2 pegi mengaji ujung minggu.. :)

dieyna berkata...

Semoga kita semua menjadi jiran yang baik...

dieyna berkata...

itulah... kena ramah ngan dorang..

Catatan Popular