Halaman

Isnin, 10 Mei 2010

Mengatasi Masalah Keputihan

Keputihan sememannya satu masalah yang membelenggu sesetengah wanita. Keputihan sebenarnya adalah masalah normal namun ianya menjadi sebaliknya apabila dijangkiti kuman sekaligus memberikan kesan sampingan kepada kehidupan seharian. Berikut diberikan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah keputihan. Selamat mencuba.


1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.

2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama dengan 2 gelas air bersih.

3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.

4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.

5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.

6. Minum air tersebut 2 kali sehari.

7. Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.

Ataupun anda boleh cuba cara kedua seperti di bawah ini sebagai alternatif.

KAEDAH 2:

1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.

2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.

3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.

4. Tapislah air tersebut.

5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.

6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.

7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.

8. Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.


3 ulasan:

::Umiliya6677:: berkata...

salam...bagus petua ni..tq sharing

akak eskrem berkata...

salam..

sekadar menambah..

ader jugak yang mencadangkan supaya berhenti makan kubis {bulat atau panjang} serta-merta.. hasilnya boleh dilihat dalam beberapa hari selepas tu..

boleh la mencuba.. ada yang telah berjaya..

9n0L4 berkata...

jaa pun ade post entri pasal keputihan. :)

Catatan Popular