Halaman

Sabtu, 8 Mei 2010

Mencuci Ruang Dapur




Bagaimanakah keadaan dapur rumah anda? Adakah sentiasa kemas, teratur dan paling penting adalah bersih!!! Ruang dapur mestilah sentiasa dalam keadaan bersih supaya makanan yang disediakan selamat daripada keracunan makanan. Keracunan makanan biasanya dibawa oleh haiwan kotor seperti lalat, lipas ataupun tikus. Bagi mengelakkkan ancaman haiwan perosak ini ikuti tips-tips untuk mencuci ruang dapur yang lebih efisyen.

Pastikan ruang dapur tidak terkurung dan gelap kerana keadaan sebegini boleh menjadi habitat serangga seperti semut, lipas dan tikus. Ruang yang terkurung dan gelap juga akan melembabkan udara di dalam dapur menyumbang kepada pembiakan haiwan-haiwan tersebut.

2. Ruang dapur adalah kawasan paling memerlukan penjagaan. Pastikan lantai sentiasa dimop bersih dan kering. Dinding dapur juga perlu dibersihkan daripada kotoran minyak.

3. Suasana yang terang dan bercahaya diperlukan untuk mengurangkan pembiakan serangga perosak. Oleh itu pastikan ruang dapur menerima aliran udara dan pendedahan cahaya yang maksimum. Serangga seperti tikus dan lipas boleh menggigit dan merosakkan kabinet.

4. Langkah-langkah lain untuk menghalang pembiakan haiwan perosak adalah memasang kabinet dari lantai sehingga mencecah siling. Pastikan tiada ruang pembukaan di antara siling dengan kabinet serta lantai dengan dasar kabinet kerana ini menjadikan kesukaan serangga. Langkah ini juga meminimumkan kawasan perangkap habuk. Haa siapa belum ada kena pakai kabinet macam ni!!!!

5. Untuk menghalang habuk daripada terperangkap, lapik permukaan atas cabinet dan rak yang terdedah menggunakan kain atau kertas cantik. Kain atau kertas lapik yang kotor dan berminyak boleh dibuangkan terus dan kemudian digantikan dengan yang baru.

6. Bagi permukaan kabinet atau rak dapur yang kotor, sapu dengan kain yang dicelup dalam air suam bercampur sabun supaya mudah menanggalkan kesan habuk yang berminyak.

7. Tutup kuali sewaktu menggoreng untuk mengelak wap dan percikan berminyak mengotori dinding dan lantai.

Sumber artikel : http://www.drumah.com/mencuci-ruang-dapur-tips-hari-ini/394.html
Sumber gambar : senihias.com

1 ulasan:

9n0L4 berkata...

dapur kat rumah mak. ya Allahhhhh. huhu. ramai yg tukang buat kotor. tukang bersih sorang due aje. sabor jelah. :)

Catatan Popular