Halaman

Rabu, 5 Mei 2010

Detik Kebahagiaan Bergelar Ibu


Besarnya hati seorang wanita bergelar isteri apabila disahkan mengandung. Bermulalah satu lagi episod peralihan sebuah kehidupan, bergelar seorang ibu. Lengkaplah kehidupannya dalam membina keluarga bahgia..
Apabila membaca cerita- cerita pembuangan bayi, terasa sayu. Mudahnya mereka berfikir atau apakah mereka langsung tidak terfikir bahawa zuriat yang dikurniakan itu anugerah Tuhan yang amat tinggi nilainya. Ternyata ibu- ibu ini langsung tidak menyayangi anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari itu.. Di manakah sikap perikemanusiaan dan pertimbangan? Sedangkan binatang yang tidak berakal fikiran itu pun menyayangi anaknya, bagaimana harus dikategorikan manusia kejam yang sanggup membuang anaknya itu..
Bukanlah satu proses yang mudah untuk hamil, ada pasangan yang terpaksa mengambil pelbagai langkah untuk memperoleh zuriat sendiri namun kadangkala hasilnya hampa. Hargailah apa yang dikurniakan kepada kita kerana bukan semua yang beruntung untuk menikmatinya..

1 ulasan:

9n0L4 berkata...

manusia akhir zaman yang tak reti nak bersyukur.

Catatan Popular