Halaman

Sabtu, 8 Mei 2010

Aneka Petua

Berikut merupakan beberapa petua yang boleh digunakan untuk mengatasi beberapa masalah yang biasanya berlaku di rumah.
Atasi Masalah Anai- anai
Perabot kayu lama sering terdedah kepada serangan anai- anai. Masalah ini boleh dihindari dengan menggunakan minyak tanah. Caranya ialah, masukkan minyak tanah ke dalam bekas penyembur dan semburkan ke tempat terdapatnya anai- anai. Biarkan seketika dan lakukan amalan ini selalu. Insya allah serangga itu akan mati dan tidak lagi menjadikan tempat itu sebagai sarangnya.

Membersih Kesan Kopi
Jangan gusar sekiranya ada kesan kopi yang tertumpah ke atas fabrik atau ambal.Bagi menghilangkannya, celupkan kain putih di dalam kuning telur yang sudah dipukul dan gosok pada bahagian yang kotor itu. Kemudian cuci dengan air bersih.

Hilangkan Kesan Karat
Titisan air boleh mennyebabkan barangan besi berkarat. Kesan itu boleh dihilangkan dengan menggosok menggunakan kain bersih dan lembut di dalam cuka putih. Selepas digosok, lap sehingga kering bagi memastikan tiada sebarang tanda melekat lagi pada barangan tersebut.

Elak Peti Sejuk Berbau
Penyimpanan makanan di dalam peti sejuk jika tidak diuruskan dengan baik boleh mengakibatkan bau yang kurang enak terjadi. Oleh itu, untuk mengurangkan dan melenyapkan bau- bauan tersebut ada petua yang mudah. Gunakan sahaja arang batu yang diikat dengan daun pandan. Kemudian,letakkan ia di beberapa bahagianndi dalam peti sejuk. Mengamalkan petua ini, peti sejuk akan sentiasa berbau harum dan masalah peti sejuk berbau dapat diatasi.

Sumber : Anjung Seri 2001/ 2010

1 ulasan:

9n0L4 berkata...

minyak tanah pembunuh anai anai ye. jage dieeeee. hehe.

Catatan Popular