Rasanya semua pernah mengalami perkara ni.. Ada lagu yang kena dengan perjalanan kehidupan korang. Kadang- kadang bila dengar lagu tu.. Hati jadi sayu atau gembira kerana terimbas kembali kenangan lama... Meh nak bagitahu lagu apa yang sangat terkesan di hati sehinggakan apabila mendengarnya pasti kenangan lama terimbau di kepala..
Semasa Tingkatan 3, lagu yang tengah femes ialah lagu Kembali Terjalin dan Tak Mungkin Berpaling.. Sebut je tingkatan 3 tetapi perangai masih kebudak- budakan.. Tapi dah tahu minat dan meminati.. Hehe perasan sekejap sebab dah ada peminat masa ni.. ala, budak- budak.. masih tak dapat beza perasaan kan... Kenangan tu berlalu macam tu je...
Seterusnya, kenangan di alam belajar di maktab, pada tahun akhir sebelum masing- masing membawa haluan sendiri.. Dieyna rapat dengan seorang teman.. Berlaku salah faham .. Hubungan tergantung begitu sahaja.. Semasa perasaan tengah berkecamuk,, dapat panggilan telefon, tiada suara yang ada hanya lah lagu yang kedengaran.. Nak tahu tajuk lagu tu tak?? "Insan ku sayang Kini Menghilang" nyanyian kumpulan Spin kalau tak silaplah... Konfius sebab tak tahu siapa sebenarnya yang menghantar lagu tu pada Dieyna.. Mungkinkah teman rapat tu????? Misteri tak terjawab...
Kemudian, Dieyna memasuki alam pekerjaan.. Hidupnya suka- suki.. Berat badan dah makin bertambah, almaklumlah dah makan gaji sendiri.. Nak makan apa sahaja sesuka hati.. Orang kata kemaruk makanan.. Feveret food masa tu ialah KFC.. Mana tak bertambah berat badan ye tak?? Bukan pasal makanan Dieyna nak cerita, tetapi lagu- lagu yang menyengat di hati Dieyna.. Sebabnya, terlalu peribadi untuk dikongsikan.. Cuma Dieyna boleh kongsikan nama- nama lagu yang membuat Dieyna sedih bila mendengarnya.. Hingga Akhir Nanti.. Ketahuan.. Kiss Kiss.. Dealova..
Kenangan hanya tinggal kenangan.. ALLAH dan Tetapkan yang terbaik untuk KITA.. Bahagia dengan apa yang ada sekarang.. Kita belajar daripada kenangan.. Kita kutip pengalaman juga daripada kenangan... Kenangan hanya tinggal kenangan..
Kenangan hanya tinggal kenangan.. ALLAH dan Tetapkan yang terbaik untuk KITA.. Bahagia dengan apa yang ada sekarang.. Kita belajar daripada kenangan.. Kita kutip pengalaman juga daripada kenangan... Kenangan hanya tinggal kenangan..
Sekarang ni.. tengah layan lagu ni.. RAPUH OPICK... Menyentuh hati....
P/s : Lagu apa pulak yang ada dalam kisah hidup korang?? Jomlah kongsi sama- sama... sekadar mengimbau kenangan je hehe
