Dua rakan blogger Dieyna sedang diuji kala ini.. Membaca luahan mereka membuatkan hati Dieyna terasa sebak.. Sungguh sebak.. Mereka sedang diuji kerana Allah tahu mereka mampu melalui ujian itu.. Mampukah kita melalui ujian itu seperti mereka.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya…. Semoga mereka tabah dan sabar menempuhi ujian itu,,
Muhammad Qalief Rezza masih belum sembuh sepenuhnya.. Semoga keputusan darahnya nanti negatif daripada sebarang penyakit berbahaya.. Hati ibu mana yang tak pilu, anak yang sedang aktif tiba- tiba terkulai layu macam ni.. Sedangkan jika anak kita demam pun, rasanya dah separuh nyawa terbang.. risau dan fikir yang bukan- bukan.. Waniey.. Akak tahu Waniey ibu yang kuat. Insya Allah, Qalief akan sihat kembali.. Ceria kembali macam dulu.. Doa kami mengiringi Waniey sekeluarga.. Boleh baca kisah Qalief di sini ye…
Mama Asya juga turut diuji sekali lagi.. Sakit lamanya kembali menyerang.. Tetapi lya kuat.. Sangat kuat.. Semangatnya ada pada Asya.. Sedih pulak baca ayat dia kat entrinya tadi.. Ayat yang dia tulis kat gambar ni
Asya...Temanilah mama sehingga mama menutup mata....
Lya memang sedang berjuang untuk dirinya.. Walaupun di mata kita, nampak dia sihat… Lawatilah blognya, segala catatan perjuangan melawan penyakit dicatat di situ…
Kepada pembaca blog Dieyna ni sama ada pembaca senyap atau yang meninggalkan jejak, marilah kita doakan mereka supaya dilapangkan daripada ujian yang melanda..
p/s : Maafkan akak ye Waniey n Lya.. ambil picture korang dengan NIAT…

