Halaman

Jumaat, 10 Mei 2019

Cara Mulakan Perniagaan Dalam Shopee

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini, saya nak buat Tutorial ringkas mulakan perniaagaan dalam Shopee...

Mula- mula, install terlebih dahulu Shopee Apps dari Google Playstore/ Apps Store.



Apabila dah berjaya,  "Open" aplikasi tersebut . Korang boleh pilih "Bahasa". Pilih bahasa yang korang rasa mudah faham.

Dah pilih "Bahasa'. Slide je gambar, sampai jumpa halaman macam ini. Nampak tak icon bawah tu, gambar kepala manusia tu. Korang boleh Klik kat situ.... "me"

Kemudian,

Nak senang cerita, korang klik je "Sign Up" jika belum pernah mendaftar masuk Shopee. Jika sudah pernah, tekan je "Login"...
Bagi yang belum pernah mendaftar, korang ikut langkah demi langkap yang saya sediakan ini...

Sekiranya pilihan korang "Sign Up".. Korang hanya perlu isi sahaja form yang pihak shopee sediakan. Untuk password, korang boleh guna kombinasi huruf besar, huruf kecil dan angka dengan bilangan 8-16 aksara. Pastikan korang ingat betul-betul password tu ye. Catatlah kat mana-mana pun...

Selesao urusan sign up, paparan ini akan keluar sekali lagi..
Pilih "me" lagi sekali. Kemudian, paparan di bawah akan muncul.

Atas pada nama korang tu, ada perkataan "Start Selling". Klik sahaja pada bahagian tu, paparan dibawah akan kelihatan. Untuk mulakan perniagaan korang, boleh tekan "Add Product" . Seterusnya, korang isi sahaja apa yang diperlukan






Isi semua butiran produk yang ingin diniagakan. dan ikut je arahan yang diberi selanjutnya..... Jangan lupa, promosi manual kedai shopee korang ... hehehe:)///

Tiada ulasan:

Catatan Popular