Entri hari ni tentang Inap Desa atau bahasa omputihnya HOMESTAY. Homestay yang diberi nama Dalyla Inn ini berlokasikan di BUKIT KUANG , KEMAMAN.
Homestay ni lain sedikit sebab ianya berbentuk chalet. Privasi dan sangat menenangkan kerana berada dalam kawasan kampung. Sebenarnya homestay ini terletak berhampiran sungai Bukit Kuang. Jika korang suka memaancing elok sangat-sangatlah. Namun, AWAS , korang tak dibenarkan mandi sungai ye jika nak mandi sungai tanggung risiko sendiri.
Homestay ini mempunyai 13 bilik kesemuanya dan mempunyai satu ruang makan yang agak besar untuk penghuninya.
Ruangan dalamannya juga sangat menarik dan nampak klasik. Sesuailah dengan persekitarannya yang ala- ala kampung gitu.
Ruangan untuk membuat aktiviti bakar-membakar juga disediakan malahan kawasan halamannya juga luas. Maka tidak hairanlah homestay ini turut menjadi pilihan aktiviti REUNION dan FAMILY DAY.
Oh ya.. kadar penginapan di sini RM120 termasuk sarapan pagi. Dah jadi ala- ala hotel gitu kan sebab termasuk sarapan. kalau homestay biasa, takdenya sediakan sarapan kan? Rasanya dengan kemudahan yang disediakan kadar ini dah cukup berbaloi-baloi.
yang berminat membuat tempahan atau bilik,
Bolehlah berhubung dengan nombor
kua
019-2481068
(Dieyna)
Ingin lihat ruangan dan aktiviti yang pernah dijalankan disini, dipersilakan ke link ini ye
7 ulasan:
cantik!
murah dan berpatutan. nanti nak suggest kat kengkawan :)
#Jenjalan sini. Jemput lah ke blog kiteee :)
pernah nmpk signboard dalyla inn kat tepi jln..yg tu je kak? akak nye ye?
Kakak akak punyalah yana.... akak tukang promot
Wahhh shantekkk la kak Dieyna,nti kalo ai tlpas kat area sana nk g jenjalan stay sini lah leh jumpa akak lg.hihi ada diskaun tak kak.hahahha
Menarik jgk nih ... Harga pun berpatutan ...
Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!
Catat Ulasan