Halaman

Khamis, 5 Mac 2020

Penggunaan Google Site

Assalamualaikum...

Pembuka entri bagi tahun 2020 berkenaan Google Site. Salah satu kemudahan bagi pengguna google atau rakan sekutunya membina laman web sendiri.

Langkah pertama, SIGN IN (kotak warna biru tu) melalui browser www.google.com
Boleh je nak guna emel peribadi atau mana2 emel yang berkolaborasi bersama google (gmail, yesmail & moe-dl)

Biasanya, button sign in tu xmuncul sebabnya korang dah biasa login guna emel gmail jd ianya auto di situ... korang boleh tgk je... oke seterusnya... bila dah login .. leh rujuk gambar..



Paparan Google Drive akan muncul pilih more dan cari Google Site... leh klik gmbr ni yer..

Paparan Google Site tersedia..

TUTORIAL SETERUSNYA BOLEH RUJUK DI



Isnin, 13 Mei 2019

Tutorial Share Borang PBD Kelas dalam Google Drive kepada url gg.gg Guna Yes ID

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ni nak beri tutorial ringkas berkenaan cara share link borang PBD kelas untuk pengisian pentaksiran guru-guru subjek.

Pastikan guru kelas telah memuat turun, template pelaporan tahun masing-masing di laman web berikut :- Utama - Portal Rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum. Selepas muat turun, edit borang tersebut kepada maklumat anak murid kelas sendiri. Dah setel isi semua, barulah ikut langkah dalam tutorial ini.

Mula-mula, login to Frog menggunakan id yang dibekalkan oleh YTL Network tu. Sebenarnya nak guna alamat emel peribadi pun boleh. Jika guna emel peribadi, tidak perlu login to Frog tu..

Ulasan Guru Untuk Borang Pentaksiran Bilik Darjah

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertengahan tahun dah muncul. Memandangkan murid Tahap 1 tiada peperiksaan pertengahan tahun maka, sistem Pentaksiran Bilik Darjah dikuatkuasakan.

Kadang-kadang sebagai guru kelas, buntu juga nak memikirkan ulasan-ulasan yang sesuai kan. Dieyna ada terjumpa satu laman web yang memberikan idea ulasan yang menarik untuk guru-guru. Sebagai rujukan Dieyna, maka Dieyna tampal kat sini. Tak lupa Dieyna creditkan kepada pemilik asal ulasan-ulasan ini iaitu laman web http://pendidik16.blogspot.com/2016/11/ulasan-guru-kelas.html.

Sabtu, 11 Mei 2019

Menu Iftar Ramadan Ke 6

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, Ramadan sudah masuk hari ke-6. Hari ni, kami pilih makan nasi selepas 5 hari berbuka tanpa nasi putih.

Menu kami hari ini simple je.. Nasi putih dimakan bersama-sama sambal ayam goreng , sayur sawi masak air, ikan talapia goreng kunyit. Untuk pencuci mulut, suami request cekodok aka jepput pisang.
Sambal Ayam Goreng

Jumaat, 10 Mei 2019

Cara Mulakan Perniagaan Dalam Shopee

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini, saya nak buat Tutorial ringkas mulakan perniaagaan dalam Shopee...

Mula- mula, install terlebih dahulu Shopee Apps dari Google Playstore/ Apps Store.

Sabtu, 4 Mei 2019

Dapur Outdoor

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama dah Dieyna teringin dapur luar. Alhamdulillah, tahun lepas ada rezeki untuk realisasikannya. Dengan bajet yang termampu.. maka, terhasillah dapur outdoor ini.

Tak tau nak cerita apa dah..jadi kita kongsi gambar jelah kat sini....

Ini ruang memasak.. Lantai basah sebab Dieyna cuci selepas dapur digunakan. Biasalah bila memasak kan ada percikan minyak semua tu.... nak mudah kerja.. kita basuh terus...

Sabtu, 19 Januari 2019

Edisi cuci sawang : Coret-coret Awal Tahun 2019


Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t

Setahun blog ni bersawang. Sibuk sangat hingga tak sempat menulis. Hehe sebenarnya banyak sngat urusan lain sampai tak sempat menyapu sawang di sini. Memandangkan mood menulis datang.. maka muncullah entri ini.. entri pertama di tahun baru Tahun 2019.

Sekolah baru
     Banyak perkara baru berlaku pada awal tahun terutamanya berkaitan dengan kerjaya. Bermula 16 Dis 2018, Dieyna mendapat kelulusan pertukaran. Selepas 9 tahun berkhidmat di SFERA, tahun 2019 membuka lembaran baru buat Dieyna apabila permohonan pertukaran ke sekolah berdekatan diluluskan. Alhamdulillah, sekolah lebih dekat dan Dieyna tak perlu berulang alik 20 minit lagi. Biasalah bila dah masuk sekolah baru, maka pasti ada cabaran baru. Cabaran memang sungguh mencabar apabila buat pertama kali Dieyna terpaksa mengambil alih jadual Bahasa Inggeris. Mujurlah subjek BI Tahun 1. Fuh, semoga dipermudahkan urusan Dieyna.
Hari pertama datang mesyuarat di SESKA

Khamis, 31 Ogos 2017

Tahniah Malaysia & Cuti Umum 4 September 2017

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, Sukan Sea dah melabuhkan tirainya. Tahniah kepada pasuka Malaysia kerana mencapai sasaran emas.

Berita gembira juga kepada semua kerana PM telah mengumumkan Cuti Umum sempena kejuaraan Malaysia pada 4 September 2017....

Hoorey.. rehat sehari lagi....


Cuti-cuti : Melaka Hari ketiga ~Last day

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari terakhir di bumi Melaka. Pagi-pagi kami menguruskan barangan untuk daftar keluar. Biasanya, kami akan mengemas bilik dan buang sampah sarap yang ada dalam bilik kami duduki. Kami daftar keluar lebih kurang 9 pagi. Sempat juga bersembang dengn staff hotel. Kami dimaklumkan jalan banyak ditutup kerana raptai Hari Kebangsaan.

Lokasi pertama kami tuju, Kg Limbongan.. Sebabnya.. nak beli dan rasa kuih keria viral tu. Kami jadi pelanggan yang terawal, hehe takdelah beratur panjang sangat. Rasa kuih tu memang sedap hehe.
Sempat juga, Dieyna berjumpa dengan rakan alam maya, Lisa yang bekerja di kawasan sama. Malangnya tak dapat nak sembang lama- lama akibat kekangan masa masing-masing.

Kedai makan seterusnya berada di Kampung Bukit Katil. Kedai makan Hajah Rahmah. Makanannya banyak pilihan dan harga yang berpatutan. Kami kena isi perut betul-betul sebabnya selepas ini nak menjelajah zoo pulak.

menu pilihan... Asam pedas ikan tenggiri
ulam ulaman, tempe  
Kami juga tapau popia dan karipap untuk bekalan dalam kereta.

Zoo Melaka

Bercuti sambil anak- anak belajar tentang haiwan. Ada pelbagai program disediakan pihak zoo untuk pengunjung. Aktiviti mewarna untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Siap tak siap dapat bawa balik hadiah dan kupon Marrybrown. "Feeding rabbit" dan "Feeding Elephant" antara aktiviti yang kami join jugak. Anak- anak happy sangat.

Kami memilih untuk berjalan sahaja dalam zoo ni, lebih kurang 3.4km perjalanan kami. Trem disediakan tetapi kena bayar sekepala rm5 untuk dewasa manakala kanak- kanak RM3, kami rasa tak puas kalau naik trem sebab dimaklumkan trem tak berhenti pun. Rugi laaa tak leh tengok haiwan tu dekat- dekat.

Kami melawat tengahari, Kebanyakan binatang tak aktif. Semua pakat melepek dalam sangkar masing-masing. Apa-apa pun enjoy je dan sangat puas hati dengan tiket yang dibayar.

Berakhirlaa trip kami di Melaka dan kami pun memulakan perjalanan pulang pada pukul 4 petang....


Total perbelanjaan last day

Keria RM18
Makan tengahari RM42
Kudap2 RM10
Touch n GO RM30
Junkfood Mamee RM20 (berkenan kat beg sebenarnya)
Tiket Zoo RM67
Hat anak2 RM20
Baju RM20
Minuman RM10
Tiket RM5
Makan malam RM30

Total RM252

Total perbelanjaan itu tidak termasuk minyak dan penginapan. Sebab dua ni kami guna kad bosi. hehe...

Next trip : Cameron Highlands in Shaa Allah....

Rabu, 30 Ogos 2017

Cuti-cuti : Melaka Hari kedua

Bismillahirrahmanirrahim..

Masih bersiaran dari Bumi Melaka. Pagi ni kami memilih bersarapan dalam bilik hotel sahaja. Semalam dah beli makanan siap-siap.

Lebih kurang pukul 9 pagi, kami bergerak keluar dari hotel. Destinasi pertama kami ialah Dataran Pahlawan Bandar Hilir. Anak- anak minta naik beca lagi tapi malas dah Dieyna nak melabur kat abang beca lagi jadi kita jalan kaki je ye anak-anak.

Papan tanda ni macam kiut je... Hari ni kami team hijau.

Tak sah jika tak bergambar kenangan hadapan Kota A Famosa ni. Sebelum tu, kami memanjat ke atas bukit di belakang tu. Terasa benar diri ini kurang stamina. Terpaksa berhenti rehat jap kat atas bukit tu sebab mengah. Jantung bukan main lagi berdegup kencang. Hehe

Kapal terbang lama. 


Rezeki kami.. Ada raptai Hari Kemerdekaan di dataran ini. Kesian pulak, tengok abang- abang askar tu. Panas tu leh terbaring atas jalan. Lama plak tu...


adik takut bergambar dengan orang emas hehe

Kalau ada yang buka pintu tu, kes naya je dik... hehe

Malamnya, kami cuba nak naik bot. Tetapi ramainya umat manusia yang beratur. Jadi, kami decide balik hotel. Tidur....

Perbelanjaan hari kedua
Makan tengah hari di Sungai Udang RM37
Beli Cencalok RM8
Makan malam di Limbongan RM44
Cenderahati pakaian RM105
Keychain/ gelang RM10
Kuih Karas RM10
Mendobi RM10
Makan kudap2 RM10

Total RM234

Isnin, 28 Ogos 2017

Cuti-cuti Malaysia : Melaka Hari Pertama

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, cuti sekolah kali ini Dieyna berpeluang bawa anak - anak bercuti ke Melaka.

Kami memulakan perjalanan seawal 7.00 pg dari Paka. Sebelum itu, Dieyna membuat tempahan hotel terlebih dahulu menggunakan aplikasi Agoda. Alhamdulillah, kami dapat hotel yang sangat murah, RM48 semalaman.

Hotel Prima terletak di Jalan  Kee Ann berhampiran Riverside Kampung Mortem dan hanya 700 meter ke Bandar Hilir. Kiranya boleh jalan kaki je tetapi kalau bawa anak-anak macam kesian je kat diorang kan.
Bilik air

Dieyna rasa sangat berbaloi sangat dengan harga penginapan yang ditawarkan. Murah sesangat dengan kemudahan yang diberi. Bilik sangat luas, selesa, bilik air bersih cuma kain tuala tidak disediakan. Mungkin kena mintak di kaunter kot. 

Memandangkan masing2 belum makan, maka selepas selesai check in.. jelajah diteruskan. Medan Ikan Bakar Sungai Duyung jadi tempat tumpuan kami. Medan ini dikatakan agak terkenal. Maka tidak hairanlah semasa kami sampai, kereta bersusun dan pelanggan memenuhi kedai.
Blur sekejap dengan sistem tempahan dalam kedai. Orang lain amik order minuman, tempahan makanan pula pelanggan kena pi beratur sendiri di booth yg disediakan. Ada banyak jenis ikan di booth.. tinggal pilih2 n timbang. Nasi putih pula ditempah kat pelayan kedai. Haha macam treasure Hunt je utk makan. Apa2 pun... makanannya mmg sedap.. kena dengan selera kami yang kelaparan. hehe

Malamnya, kami ke Bandar Hilir. Sewa beca Hello Kitty dengan bayaran RM
25. Seronokkan hati anak2 yang teruja naik beca berlampu.. hehe




Total perbelanjaan hari pertama perjalanan
Minyak kereta RM60+minyak sedia ada (full tank) 
makan pagi RM21
Makanan kudap Rm20
Makan di Medan ikan bakar RM81
Sewa beca Rm25
Makanan standby utk breakfast pg esok RM27.90
Cukai bandar RM4

Total RM178.90

Jumaat, 18 Ogos 2017

Penggunaan FrogPlay dalam Frog VLE

Bismillahirrahmanirrahim.
Frog Vle merupakan satu medium pembelajaran yang boleh menarik minat murid. Hari ini, Dieyna nak kongsikan salah satu aplikasi menarik yang boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar.
Mula- mula, murid perlu log masuk site VLE sekolah menggunakan login id dan password masing-masing.
2017-08-18
Kemudian, pilih butang Quick Launch , pilih simbol yang nampak ala-ala lampu isyarat tu, FROGPLAY
No
Paparan hadapan FROGPLAY. Setiap objek di atas meja itu mempunyai fungsinya yang tersendiri. Seterusnya, murid klik pada ikon FROG tu (Komputer).
2017-08-18 (3)
Paparan ini akan terpapar. Pada bahagian kiri, murid boleh klik “SELECT PHASE” dan membuat pilihan kategori tahap murid. Bagi sekolah rendah, “Lower Primary” untuk Tahun 1, 2 dan 3 manakala “Upper Primary” untuk Tahun 4, 5 dan 6. Bagi sekolah menengah pula, Lower Secondary untuk tingkatan 1, 2 dan 3 manakala Upper Secondary untuk tingkatan 4 dan 5.
2017-08-18 (6)
Pada bahagian ini, murid boleh memilih mata pelajaran  yang sesuai. Selepas memilih mata pelajaran, murid boleh mula menjawab soalan yang disediakan.
2017-08-18 (7)
Bagi menarik minat murid dalam menjawab soalan, Frogplay ini menyediakan permainan interaktif. Murid menjawab beberapa soalan dan diselangi dengan permainan interaktif.
Mata kredit diperlukan untuk bermain dalam frogplay ini. Mudah sahaja untuk mendapatkan mata kredit, murid hanya perlu menjawab soalan- soalan kuiz yang disediakan. Setiap kali habis menjawab, mata kredit akan diberikan.
2017-08-18 (8)
“Unlock” permainan pilihan dengan menggunakan “Credit” terkumpul. Bolehlah menjawab soalan sambil bermain. Apa tunggu lagi. Jom buka FROG VLE dan rasai keseronokan belajar menggunakan FROGPLAY.















Jumaat, 28 Julai 2017

Ujian Permata Pintar

Bismillahirrahmanirrahim…

Khamis lepas, guru taska Arissa share mesej ini dalam group Whatsapp Taska.

*Assalamualaikum.*
Makluman kepada semua ibu bapa yg mempunyai *anak berumur 2 hingga 4 tahun* . Anak-anak anda dipelawa untuk menyertai ujian pintar dan berbakat *PERMATA* yang dikenali sebagai PCIS.Ujian akan dibuka dari 15 Julai hingga 30 Ogos.
Kanak² boleh mengambil ujian bila² masa yang sesuai di rumah asalkan ada internet connection.
Layari ujian di *Pcis.upsi-ukm.edu.my*

Kanak² yang terpilih melalui ujian akan dijemput untuk menyertai kem pintar dan berbakat PERMATA pada bulan November/Disember nanti insyaAllah.

Minta juga parents untuk war²kan kepada kenalan² mereka kerana ujian ini terbuka untuk semua kanak² 2 - 4 seluruh Malaysia.

Hari ini hari cuti. Jadi, Dieyna layari laman web ni untuk Arissa cuba. Bukan Arissa je, Hannah pun test sama ujian Permata ini. Cuma semasa Hannah buat, line internet out.. jadi tak sempat habiskan. Lain kali ar test semula untuk dia.

Cerita tentang Arissa. Dia berjaya habiskan test ini. Jawapannya ada betul ada juga salah. Tapi okelah dia mampu menghadap soalan yang banyak2 tu.  Akhir test, Arissa dapat sijil penyertaan. Alhamdulillah, boleh simpan sijil ni untuk kenangan akan datang…

2017-07-28

Tulis entri blog guna Open Live Writer

Bismillahirrahmanirrahim

Entri ni Dieyna tulis menggunakan aplikasi Open Live Writer yang dimuat turun daripada Windows Store.

Maknanya ini entri percubaan.

Jika entri ni berjaya dibaca melalui blog Dieyna maka mudahlah kerja menaip blog selepas ni.

Harap kembali dapat menjana income melalui blog walaupun tak banyak mana kan…

Sabtu, 8 Julai 2017

Cara mudah kurangkan sakit kepala

Bismillahirrahmanirrahim.

Jumpa artikel ni dalam  surat khabar Sinar Harian bertarikh 8 Julai 2017...

Boleh lah korang cuba jika ada masalah sakit kepala. 4 tahun lepas.. selepas pembedahan lahirkan Arissa, Dieyna diserang sakit kepala teruk. Kebetulan masih dalam wad... Jadi hari2 doktor suruh minum air kopi. Katanya minuman tu boleh legakan kesakitan kepala tu.

Mana tau cara ni boleh melegakan kesakitan korang kan.....

Buat sendiri sampul duit raya

Bismillahirrahmanirrahim


Raya tahun ni Dieyna buat sendiri sampul duit raya menggunakan kertas pembalut hadiah.
Ada orang kata buang masa je buat sendiri sampul ni. Kat kedai pun ade jual tak perlu nak buat sendiri pun.
Biarlah orang nak kata apa pun, yang penting Dieyna enjoy je membuatnya.

Bahan yang digunakan ialah pembalut hadiah, gam dan gunting.
Sehelai kertas pembalut tu Dieyna leh dapat 12 keping sampul.
Dieyna guna sampul hadiah maka dapatlah 36 keping.

Takleh nak tunjuk cara pembuatannya sebab Dieyna tak rakam gambar pun...

Selamat Hari Raya

Jumaat, 7 Julai 2017

Petua : Jamu Kunyit Homemade

Bismillahirrahmanirrahim


Dalam gelas atas tu.. ada air... bukan air teh limau tau tapi air jamu. Dieyna buat sendiri minggu lepas selepas jumpa berkenaan jamu kunyit ni dalam facebook. Kononnya nak menjaga kesihatan dalaman kan dan kebetulan manjakani yang Ayu Aris hadiahkan hari tu ada lagi. Maka, berketung ketanglah Dieyna di dapur. 

Bahan- bahannya mudah je.

Halia.. Dieyna letak halia besar bas, boleh buang angin2 puting beliung dalam badan kononnya tapi kesannya air jamu ni pedas desip hehehe... apa pun still boleh minum. Dieyna letak dalam 3inci halia. amik kau... 

Kunyit  ~ Banyak khasiat jugak. Antaranya boleh mengecutkan rahim dan ada lagi khasiat lain. Kalau google tau lah hehe. 2 inci halia digunakan.

Manjakani ~ Femes dalam kalangan kaum hawa ni. Khasiatnya kena google jugak. Sebiji je Dieyna guna.

Ketiga- tiga bahan di atas direbus dengan 2 cawan air. Anggaran hingga semua bahan di atas lembut dan air tinggal anggaran secawan. Bolehlah diangkat dan diblender hingga lumat. Elok blender semasa air rebusan tu suam- suam kuku. Tapi masa Dieyna buat baru ni, terus je blender haha bahagian kurang kesabaran namanya.

Selepas dikisar halus, air tu ditapis guna penapis teh. Hampasnya tu boleh digentel2 buat jamu untuk telan. Jangan dibuang. Sayang tau.... Air campuran tu direbus semula. Kali ni masukkan air asam jawa dan gula melaka. Rebus hingga mendidih. Tuang air dalam cawan dan letak dalam peti sejuk. Minum sejuk-sejuk sangatlah menyamankan... 

Cubalah korang buat... Ramai kata badan jadi ringan. dan baik juga untuk rahim kita. Dieyna baru dua kali minum jadi kesannya belum nampak banyak lagi. Yang Dieyna perasan, mudah buang angin haha rasa lawas je .... haha

Oh, ya.. minuman ni tak boleh minum setiap hari tau. Minum seminggu 2 kali atau pun 2 minggu sekali je. Minum pun bukannya sampai segelas besar. Minum separuh  cawan tea tu je. Jangan lupa minum air masak banyak- banyak.

Khasiat bahan- bahan yang digunakan korang boleh lihat dalam link di bawah ye. 




Korang boleh klik lah link- link ni ye.. Dieyna malas nak copypaste entri diorang... hehe memandangkan ilmu dia bagi secara percuma maka elok juga Dieyna panjangkan ilmu diorang tu melalui entri ni. Kurang-kurangnya up juga trafik ke blog diorang walaupun tidak banyak. hehe maklumlah blog Dieyna ni blog picisan je... hehe yang berminat nak cuba.. selamat mencubanya ye.. Bahan hanya dari dapur anda untuk kesihatan dalaman...

Khamis, 6 Julai 2017

Cuti kuarantin Penyakit Chicken Pox

Assalamualaikum...

Cerita yang Dieyna nak kongsi ni cerita dah beberapa bulan lepas berlaku. Baru je terfikir nak buat entri dalam blog ni. 

Awal bulan 3, Arissa dapat demam. Bukan demam biasa tapi demam nak keluar Chicken POX.... Suami keje luar... Jadi Dieyna kena handle masalah ini seorang diri. Doktor keluarkan surat pengesahan dan dengan surat ini Dieyna layak dapat cuti kuarantin. Alhamdulillah.

Kerani minta Dieyna isi borang khas untuk cuti kuarantin ini. Bilangan hari cuti kuarantin mesti di bawah sokongan majikan. Jika majikan luluskan 5 hari maka 5 harilah bercuti, memandangkan kondisi Arissa agak stabil maka Dieyna layak dapat 3 hari je cuti kuarantin tu. Mujur cuti bersambung dengan cuti hujung minggu. Lega lah sikit. Oh, Ya! Dieyna ambil keputusan pulang ke kampung. Kurang sikit tekanan menjaga anak sakit sorang- sorang kan.

Selang 2 bulan, Hannah pula dapat jangkitan. Dah lah tengah nak peperiksaan akhir tahun. Best part lagi, ayah diorang outstation juga. Maka, solusi yang sama dipilih, Dieyna bawa anak- anak balik kampung.

Sepanjang anak- anak kena penyakit Chicken POX, Dieyna cuba semua petua org tua. Sapu Batu kawi, mandikan dengan air daun semambu, dan mandikan dengan air oat. Alhamdulillah, berkesan untuk diorang.

Alang- alang dah bercerita berkenaan cuti kuarantin ni. Dieyna share sedikit prosedur mendapatkan kelulusan cuti  ni ye.

1. Apabila anak disyaki terkena penyakit berjangkit, seperti chicken pox, kuku tangan dan mulut dan penyakit berjangkit yang lain, bawalah anak tu ke klinik kerajaan atau swasta untuk dapatkan pengesahan doktor.

2. Doktor akan keluarkan surat pengesahan yang menyatakan anak kita terkena penyakit berjangkit dan memberi cuti sehingga lima hari tidak termasuk cuti hujung minggu.

3. Download borang cuti kuarantin. Dieyna ada lampirkan dalam link di bawah ni. Isi borang berkenaan.
BORANG CUTI KUARANTIN

4. Serahkan borang kepada majikan. Majikan akan memberi kelulusan bilangan hari cuti kuarantin tu. Kalau tak teruk sangat, cuti layak 3 hari je... Tapi kalau anak masih belum pulih, dapatlah maksima cuti 5 hari tu.

5. Dah lulus, maka berkurunglah anda di dalam rumah. Duk diam-diam jangan bawa anak pi bercuti pulak sebab dpt cuti tu.. Rawat anak di rumah n elakkan daripada membawa  mereka ke tempat ramai orang.

Sekian, terima kasih...

Isnin, 19 Jun 2017

Cara semak markah peperiksaan anak secara online


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, kita dah bertemu hari ke 24 Ramadan.. Tak lama dah Ramadan akan pergi meninggalkan kita kan??

Entri Dieyna kali ni berkenaan dengan markah peperiksaan anak- anak. Sekarang ni, guru- guru bertungkus lumus mengisi markah online dalam laman web SAPS. 

Ibu bapa yang nak semak markah anak- anak boleh lah klik link berikut :-

Sabtu, 10 Jun 2017

DIY : Kitar semula tikar lama dan almari cube


Semalam sembang-sembang dengan rakan dalam whatsapp berkenaan dekorasi rumah. Kebetulan kawan Dieyna tu, Eza jual karpet patchwork jadi Dieyna mintalah ideanya untuk tikar bawah meja makan. Macam-macam design dia tunjuk, tapi Dieyna rasa macam tidak sesuai je nak letak patchwork tu. Bukannya apa, bawah meja makan kan dengan adanya kanak- kanak ribena mesti ada nasi, lauk pauk yang tumpah. 

Eza pun bagi idea, DIY semula je tikar RM10 tu kepada tikar yang nampak macam tikar mahal... Memang menarik sangatlah kan.. Dia pun tunjuk tikar yang dia dah selamat DIY kan.. memang mabeles... sekali pandang macam karpet IKEA padahal tikar biasa je hahaha

Jadi, ideanya.. beli je wallpaper sticker yang coraknya ala- ala Ikea nya rekaan. Maka, Dieyna ajak Eza pi IKEA PAKA (Personal Shopper tapi buat stok di rumahnya). Tak tunggu lama, berkenan corak dan terus balik ke rumah Eza. Gigih Dieyna bawa tikar lama tu ke rumah Eza hahaha. Maka, kerja- kerja pemasangan pun bermula......

Inilah tikarnya, tikar ABC
Tikar ni Dieyna beli masa Dhia Hannah kecik lagi.. Sekarang, gambarnya dah koyak-koyak, Nak buang rasa sayang, mujur Eza bagi Idea bernas tu..Susah juga nak memasangnya campur gangguan daripada kanak- kanak ribena. Walau pelbagai dugaan, akhirnya tikar siap dibalut.
Dah siap. 
Tikar bawah meja makan Eza tu pun hasil DIY nya lah tu. Dieyna cari corak tu dah takde di IKEA Paka. Jadi , ambil je yang mana ada. mujur cantik kan...? Cantik di mata kami lah hehe Balik rumah tak sabar-sabar terus letak bawah meja makan... hehe
Siap. Kos cuma RM25 + tikar lama.
Projek seterusnya, tukar almari pakaian anak, Dhia Hannah dan Dhia Arissa. Sebenarnya sebelum ni Dieyna belika almari bentuk cube kat diorang. Lama dah almari tu, lama- lama jadi reput dan nampak serabut je sebab pintunya xleh tutup rapat. Faham- faham jelah kan, diorang ambil pakaian sendiri. Kadang- kadang elok je, kadang- kadang ya ampun... berterabur. Ibunya pula bukannya rajin sangat nak kemas semula. Tunggu ada feel mengemas baru lah mengemas. Kalau tak , berserabai je baju2 diorang dengan keadaan pintu almari cube yang keuzuran tu. Faham kan betapa serabutnya mata memandang...

Jadi, Dieyna beli jelaa almari lain untuk diorang. Pejam mata je membeli di kala nak berhari raya ni. Tapi keserabutan mata perlu diatasi kan. Ada juga survey almari di kedai- kedai perabot berdekatan, tapi tak ada yang berkenan.Almari kartun yang besar sikit pun harga RM500++. Last sekali, jumpa yang berkenan di IKea Paka juga.. Almari tiga pintu Dombass.. Harga promosi katanya RM419.. Harga di Ikea sebenar mungkin murah lagi.

Almari cube tu Dieyna tak buang tapi Dieyna DIY jadi kotak simpan barang- barang mainan anak. Alhamdulillah, tidaklah berlaku pembaziran disitu. Bahagian yang reput buang jela. 

 Next projek.. deko bilik anak dara ni... hehe



Catatan Popular