Halaman

Jumaat, 5 Jun 2015

Ranau Sabah dilanda Gempa Bumi

Pagi ni kita dikejutkan dengan berita Ranau dilanda gempa bumi dengan skala 5.7 richter. Semoga kawan-kawan kita yang berada di sana berada di bawah lindunganNya.

Apa khabar Sweety dan Cikgu Etuza di sana ye? Pagi tadi Mv pemilik blog msvalentine ada berkongsi beberapa gambar keadaan di sana.




Semua penduduk Sabah terutamanya di Ranau perlu berjaga-jaga kerana tidak mustahil berlakunya kembali gempa bumi susulan. Semoga kita semua dilindungi daripada bencana.

Bumi dah semakin tua sebenarnya... Sebelum ini tiada kedengaran Malaysia dilanda gempa bumi atau bencana yang dahsyat2 tetapi sekarang segalanya berubah. Malaysia dah termasuk dalam negara yang dilanda bencana.. bermula dengan tsunami yang turut melanda beberapa negeri di bahagian utara, banjir besar di Pantai Timur, gempa2 halus di Bukit Tinggi Pahang dan sekarang benar2 gempa bumi di Ranau, Sabah.

Kepada yang membaca entri ini.. panjatkanlah doa agar kita semua dijauhi daripada bencana.

Buat sahabat blogger Dieyna, MV, Cikgu Etuza dan Sweety jaga diri dan keselamatan. Kami semua mendoakan yang baik2 untuk korang semua di sana...

Khamis, 4 Jun 2015

Dah berbuah dah dia.. Pokok Limau Purut

Hari ni mood rajin nak membersihkan laman belakang dapur. Dah   macam zoo mini tengoknya. Daun-daun  dan pokok- pokok menjalar sana sini. Yang subur merimbun pun ada. Risau je kot ada penghuni berbisa duk dalam tu. 

Makanya, hari ni Dieyna mengerah  tenaga anak-anak sekali. Diorang jadi tukang cabut pokok-pokok yang tumbuh satu-satu. Sambil main sambil tarik pokok tetapi yang pastinya mainnya lebih. Mata ni terpandang pula pokok limau purut yang subur di penjuru pagar dapur ni.  Sebelahnya pula merimbun pokok bunga raya. 

Sebut pasal limau purut ni, kami tanam semasa mula-mula masuk rumah ni, Dieyna  beli anak pokok limau purut kat Pasar Malam Kerteh dengan harga RM8. Cina yang jual tu pesan, dah besar sikit baru pindahkan atas tanah. 

Alhamdulillah, elok baka pokok limau ni. Agak-agak dah remaja pokok tu, kami alihkan atas tanah. Sengaja kami pilih lokasinya dekat penjuru pagar. Senanglah jiran tetangga nak ambil daunnya untuk masak-masak.

Suka rasanya bila tengok pokok ni dah berbuah. Elok kejadian buahnya tu. Nak petik takut muda lagi. 
comel kan buahnya.. hehe. 

Ini pula pokoknya, segar-segar daunnya. Itupun nampak nak bertunas yang baru dah. Suka suka suka...

Operasi mengemas  dan membersihkan laman dapur kali ini diakhiri dengan adegan mandi-mandi oleh tuan puteri solehah berdua tu. Padahal baru je sudah mandi. Layankan saje laa diorang main air . Air yang mengalir tu boleh kasi longkang dapur tu lagi bersih .. 

Tengok laman dah bersih.. lega sedikit hati. Takde lah risau sangat nak menjemur kain kat belakang tu. Nak buka pintu dapur luas-luas pun tak risau dah. hehe

Cash Out Nuffnang

Lama dah Dieyna abaikan Nuffnang ni.. Zaman- zaman aktif berblog dulu pernahlah cash out sekali nuffnang ni. dalam RM60++ .. Biarpun blog ni dah agak sendu, Alhamdulillah masih ada yang klik- klik iklan nuffnang di blog ini..


Dengan selambanya kutunjukkan nilai di atas nun... haha oke apa nilai tu.. 2 tahun nya nilai pembayaran tu.. tunggu masa nak cash out je ni.. nak kumpul yang baru sempena kebangkitan semula dalam dunia berblogging ni.. haha semangatku jangan pernah luntur k..

Harus ku beli sesuatu dengan duit ni sebagai tanda kenangan berkecimpung dalam dunia blogging ni... tanda kenangan gitu...

Apa- apa pun kita cash out dulu, dan sekarang duit pembayaran dari nuffnang dah reset kpada RM0.00 .. Harap- harap ada yang sudi klik iklan di sini nanti...


Selasa, 2 Jun 2015

Apabila sakit gigi menyerang...

Siapa yang pernah mengalami sakit gigi? Allah je yang tahu betapa stressnya.. nak baring tak kena.. nak makan xlalu.. tapi kalau lapar terpaksalah kena makan juga. Semasa mengunyah bukan main sopan dan santun lagi.. tatkala berlaganya gigi atas dah bawah huhu derita..

Bulan lepas, Dieyna sakit gigi... Gigi tu memang dah bermasalah.. separuh dah lama tercabut cuma tinggal bahagian depan je yang masih bertahan. Silap teknik semasa gigit kepala ikan keli sambal... tulang kepala ikan tu tersondol kat bahagian gigi yang memang dah tunggu masa nak dibuang.. terus bergoyang dan sengal.. sakit oooo...

Selepas fikir panjang, Dieyna pi klinik gigi.. cekalkan diri tu sebab last cabut gigi masa tu darjah 4 .. skang baru nak berjumpa dentist semula untuk cabut gigi..

Ingatkan selepas gigi tu dicabut.. derita hilang huhu malangnya sakit lagi terasa.. dkat klinik tu ada ditampal tips selepas cabut gigi. Sempatlah Dieyna snap.

Kena minum air sejuk atau air berais bagi mempercepatkan proses pembekuan darah pada lubang gusi tu. Elakkan juga daripada menyentuh kawasan gusi tu bagi mengelakkan jangkitan kuman. 

Dieyna tambah satu lagi cara.. makan suplemen VITAMIN C dan juga Garlic bagi mempercepatkan proses penyembuhan dan melegakan kesakitan. GARLIC tu boleh berfungsi sebagai antibiotik semulajadi untuk mengelakkan jangkitan kuman. Alhamdulillah.. sakit selepas gigi dicabut tu berkurangan dan sekarang dah tak rasa apa2 melainkan rongak je di kawasan berkenaan... hahaha

Cerita sakit gigi ni berulang pula kepada suami.. so macam biasa.. Dieyna bagi suplemen yang sama kepadanya.. Dan alhamdulillah serasi juga dengannya. Legakan kesakitan pada gusi yang telah kehilangan tuannya tu...  Gambar di bawah ini boleh menerangkan fungsi kedua-duanya


Kepada yang sedang sakit gigi.. elok2lah dimakan suplemen vitamin C ni.. tak kisah jenama apa tpi kalau Dieyna.. Dieyna akan suggest Vitamin C Shaklee laa.. sebabnya... hahaha Dieyna pengedarnya... 

Sekian kisah sakit gigi kami...

Dayana Bahar
0192481068
Sid shaklee
Pengedar Shaklee Paka, Dungun & Kemaman


Catatan Popular