Halaman

Jumaat, 28 November 2014

Cara Menghilangkan Contengan di dinding

Anak- anak yang sedang membesar memang kreatif. Apa sahaja boleh menjadi aktiviti mainan kepadanya termasuklah dinding rumah.

Ini dinding rumah Dieyna yang telah dikreatifkan oleh anak.  Siap guna stamp pad dan juga pen marker... Bukan pen biasa tau.. diulangi pen marker..



Nak marah lebih2, kan dikata kita sayangkan dinding lebih daripada anak sendiri kan. Sudahnya biarkan aje mereka berkreativiti. 

Tetapi takkan kita nak biarkan aje dinding tu bercorak macam tu selamanya. Maka, kena lah fikirkan penyelesaiannya. Kena bersihkan balik je. Mustahil ke?? Tidaklah mustahil jika di rumah korang ada BASIC H.


Semalam Dieyna cuba bersihkan contengan di dinding. Alhamdulillah, contengan tersebut berjaya hilang sehingga 99%. Tidak percaya ke?? Tengoklah gambar bawah ni..


Ini kisah benar ye. Bukan gambar edit atau guna mana- mana teknik photoshop. Contengan berjaya hilang. Harganya basic H ni pun murah je dan boleh pakai lama. Jimat memang jimat.

Jangan bimbang ye,  Basic H ni bukan CLOROX walaupun fungsinya lebih kurang. Ini kerana BASIC H produk yang menggunakan bahan semulajadi dalam ramuannya. 

Berminat dengan BASIC H?? Boleh terus wasap atau sms saya di talian 019-2481068.
Harganya memang mampu milik. Percayalah.

DAYANA BAHAR
932071
COD : PAKA, DUNGUN



Khamis, 27 November 2014

Koleksi Gajet Dapur Terbaru

Gajet di dapur dah tambah satu lagi... hehe... dulu berkenan kat pengukus Noxxa.. sanggup ku main kutu untuk membelinya.. Memang puas hati guna.. Kali ni berkenan kat Breadmaker lak... request hadiah besday daripada en suami.. Alhamdulillah diluluskan..
Koleksi gajet : Oven , Steamer, Breadmaker & Periuk nasi

Malam ni dah rasmikan Breadmaker tu,.. Dieyna buat roti asas je.. Ikut sebiji resepi yang disediakan dalam buku manual BM  dan hasilnya... taraaaaa


Dieyna pilih warna medium untuk keraknya... takdelaa gelap sangat kan? Ala- ala gold gitu... hehe

Proses mengeluarkan roti ini agak lama, kena goncang-goncang. Sebabnya, pemutar kat bawahnya tu menyebabkan roti tu melekat agak kuat. Roti berjaya dikeluarkan hasil goncangan en suami.. hehe dia nak jugak sedikit saham buat roti kan... hehe

Hooye... my roti dah menjadi.. Kena sejukkan dulu sebelum dibedah siasat hahak.

Tips memotong roti- kena gunakan pisau yang tajam. Kalau pisau tak tajam maka rosaklah struktur roti tu dan kelihatan tidak cantik..



Yang penting, Dieyna dah rasmikan roti ni. Roti asas jadi kuranglah manisnya maka Dieyna makannya bersama air KOKO Tamar.. Yummy.. Sedap.. Macam makan Roti BATA yang ayah selalu beli kat kedai roti Taman Chukai Utama tu...

Esok en suami request nak makan donut.. hehe takpe2.. breadmaker ada untuk menguli.. 

Sedikit info tentang breadmaker yang Dieyna gunakan ini.

BRAND : EMPRESS
BELI DI : COSWAY
HARGA : RM299 + 5 POINT

Berminat??? Sila lah berkunjung ke COSWAY berdekatan di tempat anda ye..




Selasa, 25 November 2014

PUSH FACTOR dalam BERSHAKLEE

PUSH FACTOR???

Apa yang mendorong kita untuk berbuat sesuatu??
Apa yang boleh membuatkan kita semangat untuk keluar daripada zon selesa?
Fikir-fikirkan sejenak ..

Baca buku orang-orang yang telah berjaya, ada satu faktor yang mendorong diri mereka untuk berubah.Faktor yang memberi tekanan..

KEWANGAN.. lebih tepat lagi.. Bayaran kereta.. Yuran taska anak-anak.. kedua faktor itu mendorong Dieyna buat Shaklee..ye.. Membayar semua perkara di atas hanya dengan menggunakan BONUS SHAKLEE...

APABILA ADA TARGET... MAKA USAHA PUN DILIPATGANDAKAN...



Pandang PUSH FACTOR ni selalu dan pastikan ianya ditampal di mana-mana bahagian rumah yang anda senang pandang. 

ADA YANG NAK TAHU BAGAIMANA SAYA LAKUKANNYA?? BOLEH JE SMS ATAU EMAIL

Dayana Bahar
932071
wardahilmu@gmail.com
019-2481068

Selasa, 11 November 2014

Mak Tak Marah Anak

Mak Tak Marah Anak... Group ni baru je Dieyna join.. Fuh, termotivasi bila join group ini. Rupanya ramai yang berusaha gigih untuk tingkatkan kesabaran dengan tingkah laku anak.

Kita tau anak tu amanah Allah pada kita. Namun, kita manusia biasa yang sering terlupa, lalai dan alpa. Kita jangka anak kita begini tapi hakikatnya diorang begitu. Sudahnya, marah marah dan marah mereka kerana tidak melepasi jangkaan kita.
abaikan pemandangan di belakang
Aksi yang membuatkan MAK sakit jantung sekejap huhu

Kita juga kadangkala membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Hakikatnya anak kita adalah copy paste diri kita. Kita lupa agaknya kita ni pernah kecil dan pernah menimbulkan kemarahan ibu bapa kita kan.

Kena cabar diri ini... Cabar diri TAK MARAH ANAK ... In Shaa Allah. Semoga Allah kurniakan kesabaran dalam mendidik amanahnya...



Ahad, 9 November 2014

PESTA CABUTAN BERTUAH ANJURAN D HANNAH SHOPPE

Dieyna berbesar hati nak buat LUCKY DRAW sempena bulan Kelahiran  yang bakal menjelma tak lama lagi....
SYarat penyertaan mudah sahaja
--------------------------------------------

Hanya perlu LIKE fanpage saya ini

Cara saya memilih pengeLIKE bertuah
---------------------------------------------------
Cabutan nama peserta LIKE yang 
bermula  8/11/2014 sehingga 4/12/2014.

Cabutan akan dibuat 3 kali iaitu pada
20 /11/2014
30/11/2014
4/12/2014


HADIAH
------------
PRODUK PENJAGAAN BAYI
Food/Grocery · 584 Likes
D Hannah Shoppe's photo.
D Hannah Shoppe
  • Shefrina Shaida
  • Faizan Damia Mustafa

Rakan blogger yang berminat perlu ada akaun facebook ye...... Pesta ni masih lagi berlangsung......

DAYANA BAHAR
932071
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Sabtu, 8 November 2014

4 Cara Merawat Selsema Anak Secara Semulajadi

Siapa dalam keluarga awak yang ada masalah resdung???
Tanya seorang doktor klinik swasta tu pada Dieyna sewaktu membawa Arissa dan Hannah ke kliniknya.
Dengan rela hatinya Dieyna mengaku. Jawapan doktor tu sangat simple,
Kalau dah ibu yang ada masalah elegic automatik akan turun kepada anak-anaknya.
Kalau diberi ubat pun sekadar merawat seketika kemudian penyakit selsema akan datang kembali.

Doktor menyarankan Dieyna menjauhkan anak- anak daripada faktor-faktor yang boleh menyebabkan selsema. Antaranya ialah

1. Elakkan ada kucing atau karpet atau apa2 sahaja punca habuk di dalam rumah.
2. Pastikan rumah bebas habuk. ( bahagian paling sukar huhu)
3. Elakkan makan makanan yang mendatangkan elegic, makanan laut utamanya.
4. Elakkan mandi dengan air sejuk pada waktu pagi. 

Memandangkan doktor pun bagi hint pasal ubat maka Dieyna berusaha mencari beberapa rawatan alternatif. Empat cara berikut menjadi pilihan untuk membantu melegakan masalah selsema mereka.

Stim bawang putih + minyak zaitun @ minyak masak biasa + air panas

Dieyna suka guna periuk nasi. Bukan apa wap tu berterusan. Dieyna letak periuk tu di atas lantai dan tiarapkan Arissa di atas paha dengan mukanya mengena wap tu. Jangan lak letak terus mcm tu.. panas nanti.. pandai-pandailah hadapkan muka dia tu agar tak kena direct wap tu. Macam ni... 

Tepuk- tepuk lembut belakang badan anak bagi melegakan kahaknya. Biasanya bila selesai sesi ini, hingus memang keluar agak banyak. Suami akan sedut guna alat penyedut hingus. Malamnya dia akan tidur lena selenanya.. Lega lah tu...

Minyak Bawang Putih

Minyak ini Dieyna paling suka sebabnya bila disapu pada dada dan belakang badan mereka. Boleh nampak mereka selesa. Minyak ni boleh buat sendiri je. Cuma gunakan bawang putih yang dibakar dan minyak zaitun atau minyak masak. Caranya boleh rujuk entri ni PETUA MUDAH MELEGAKAN BATUK

Bukan budak- budak je boleh guna minyak ni, mak ayah budak pun leh guna. Dah try pada suami yang sedang batuk-batuk sampai terjaga daripada tidur. Selepas sapu minyak ni, lena tidurnya.

Tepukan Percussion

Cara ni Dieyna buat semasa stim tu. Kalau tak nak stim pun takpe, tepuk- tepuk je belakang anak tu. Tujuan tepukan tu bagi melegakan kahak. Ada teknik semasa nak tepuk ni. Jangan main tepuk je sesuka hati.
Tapak tangan kita mesti berkeadaan macam dalam gambar tu. Kedudukan anak pula dalam keadaan dia selesa juga macam dalam gambar. Kita beri tepukan dengan kelajuan sekata je. Pastikan anak jangan minum susu sejam atau setengah jam sebelum tepukan bermula. Cara tepukan pula tepuk tubuh bayi lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi. Biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah (Pakar Fisioterapi Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin , Utusan Malaysia).

Makanan Berkhasiat

Cara keempat ni bolehlah diikut jika anak-anak dah boleh makan. Dieyna amalkan pemberian madu. Mula- mula beli madu Khaula dan kemudiannya, amalkan pula madu Qaseh Junior. Selain daripada itu, Dieyna juga memasak menu yang berunsurkan bawang putih dan kunyit. Bawang putih dan kunyit tu membantu meningkatkan sistem pertahanan badan anak. Badan mereka pun segar,

Singgang daging
Kunyit tu boleh mengeringkan selsema. Resepi singgang ni resepi negeri Dieyna lah. Masak secara rebus je. Anak- anak pun sukakanya. Yang penting bahan- bahan yang terdapat dalam resepi ni boleh membantu merawat masalah selsema mereka. In shaa Allah.

p/s : Semua rawatan di atas Dieyna buat bagi melegakan masalah anak-anak. Namun Dieyna tidak menolak ubat klinik dan saranan doktor jika masalah anak- anak berlarutan.


Salam sayang
Dayana Bahar
932071
Shaklee Independent Distributor





Jumaat, 7 November 2014

Logo D Hannah Shoppe

Assalamualaikum..

Lama dah berangan nak creare logo sendiri untuk kedai online Dieyna tapi takde idea.. Kebetulan pulak hari ni ada idea lak.. bukan hebat sangat pun idea tu tapi boleh lah digunapakai hehe...

Tanpa memanjangkan cerita.. inilah logo terbaru D Hannah Shoppe...

Kedai Online Dieyna
 Produk yang dijual ialah produk makanan dan semestinya Suplemen cinta hatiku SHAKLEE.. Dieyna juga akan berkongsi info2 kesihatan di kedai online ini... Sila lah berkunjung dan jangan lupa klik butang LIKE ye... Oh ya, korang leh terus klik gambar Logo di atas untuk berkunjung ke mykedai ye...


Salam sayang
Dayana Bahar
932071
Shaklee Independent Distributor


Catatan Popular