Halaman

Ahad, 26 Oktober 2014

Cara Tangani Anak Ada Asma & Kurang Selera Makan

Alhamdulillah dah berbulan-bulan Dieyna bagi Hannah minum MEALSHAKE... Melalui pemerhatian terhadap anak sendiri, Hannah

  • dah jarang demam.. 
  • lelah @ asma - dah lama tak kena serangan asma tu, walaupun barubaru ni ada dia batuk berkahak.. tak payah nebulizer
  • selera makan bertambah - mintak makanan aja.. 
  • ramai yang tegur badannya dah nampak berisi sedikit....
  • Kulitnya pun dah lama tak dihampiri masalah kegatalan.. kalau tak memang sensitif kulitnya..
Syukur sangat- sangat...

MEALSHAKE ni bukan sahaja sesuai untuk kanak- kanak tetapi juga sangat sesuai untuk 
  • Ibu hamil yang tiada selera makan, morning sickness yang teruk.
  • Ibu menyusu yang ada kekangan baget untuk mendapatkan Energizing Soy Protein [ESP].
  • Ibu bapa yang telah berumur yang tidak makan secara sihat dan tidak suka makan vitamin berbentuk pil.
  • Kanak-kanak dan remaja yang sedang meningkat dewasa.
  • Sesiapa sahaja yang selalu tidak sempat untuk minum pagi-secawan Meal-Shake sudah cukup untuk anda.



Apa kata ibu- ibu lain terhadap Mealshake?



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..



Berminat?? Tinggalkan komen di sini ataupun terus inbox Dieyna di 


ataupun 

whatsapp / sms/ viber/ LINE di talian 019-2481068.

HARGA TERBAIK MENANTI ANDA !!!

Sabtu, 18 Oktober 2014

Cara menghilangkan ruam lampin anak

Masalah ruam lampin anak seringkali berlaku . Betul tak?? Ada pelbagai cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Cara lama yakni petua- petua ataupun cara moden yakni menggunakan krim- krim yang berada di pasaran.


Dieyna terfikir nak kongsi cerita berkenaan ruam lampin ini disebabkan Arissa mengalami masalah ruam lampin. Silapnya datang bagi pihak diri sendiri lah sebab membiarkan lampin tidak ditukar dalam masa yang lama. huhu yang paling sadis lagi, Arissa membuang air besar. Hidung sendiri tak dapat kesan anak membuang sejak bila. Maka, masalah bermula.

Kawasan sulitnya merah- merah dan dia menangis tatkala nak membasuhnya. Menangis tahap terangkat- angkat kakinya. Ya, dia pedih sebenarnya. Tapi nak tak nak kena cuci jugak najisnya kalau tak lagi laaa melarat. Maaflah sebab tiada gambar untuk dijadikan bukti. Kawasan sulit anak perempuan takkan kutayangkan kepada umum walaupun mereka masih baby.

Kat rumah ni memang tiada ECONOZINE ( betul tak ejaan tu eik) atau krim-krim lain. Yang ada hanya ini... HERBAL BLEND 
HERBAL BLEND
Apa yang Dieyna buat?? Dieyna sapukan krim ni pada bahagian yang terkena ruam lampin tu. Krim ni agak berangin. Kemudian Dieyna taburkan bedak Merah. Bedak tu Dieyna ambil di klinik. Selepas dua tiga kali sapu krim ni, Arissa nampak selesa dan tak menangis keesokkan paginya. Alhamdulillah serasi.

Dieyna suka krim ni sebab krim ni menggunakan bahan semulajadi. In Shaa Allah tanpa bahan kimia yang tersembunyi. Krim ini dirumus khas daripada ekstrak tulen herba semulajadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut , yarrow dan rosemary. Selain melegakan ruam lampinm krim ini telah diuji secara klinikal untuk merawat kulit tangan, siku dan lutut yang kasar.

Selain daripada menggunakan krim, ruam lampin juga boleh diatasi dengan petua-petua lama. Orang zaman- zaman dahulu mana ada krim- krim moden ni kan?? Antara petua yang Dieyna jumpa ialah

  1. Mengggunakan tepung ubi kayu sebagai pengganti bedak. Tabur di kawasan yang kemerahan tu. Sekiranya kulit bayi anda serasi dengan cara ini, dalam dua tiga hari hasilnya akan kelihatan.
  2. Menggunakan biji manjakani yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian, sapukan pada bahagian ruam lampin pada setiap malam. In Shaa Allah, berhasil.
Korang boleh juga terjah di laman web BABYCENTRE ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MASALAH RUAM LAMPIN anak anda.

Nak dapatkan KRIM HERBAL BLEND ini??? 

Jangan risau, korang boleh hubungi saya untuk mendapatkannya selagi stok masih ada.


Hubungi saya di talian 0192481068 atau 
terus je tinggalkan jejak anda di sini..
atau pm sy di FB

fanpage : DHANNAH SHOPPE
PERSONAL : DAYANA BAHAR

Salam sayang
Dayana Bahar
Shaklee Independent Distributor

COD : Paka, Kemaman dan Dungun
POS : Seluruh Malaysia




Jumaat, 17 Oktober 2014

Resepi PLAY DOH Tanpa Masak

Sebenarnya dah lama nak kongsi resepi PlayDoh tanpa perlu memasakkannya cuma masa agak mencemburui. Sebelum ni, buat play doh untuk Hannah, Dieyna guna resepi yang perlu dimasak. Agak makan masa jugak sebab nak tunggu dohnya sejuk barulah si anak boleh main. Sejak jumpa resepi Playdoh tanpa masak ni, semuanya jadi mudah. Sekejap  je dah boleh siap, 


 Bahan- bahan yang diperlukan sememangnya sudah tersedia di dapur masing- masing. Bahannya ialah

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar minyak sayuran ( Dieyna guna minyak masak biasa je minyak SAJI)
  • 1/2 cawan garam halus
  • 1 1/2 cawan air panas 
  • Pewarna makanan (ikut warna pilihan masing-masing)

Cara membuatnya ialah campurkan tepung, garam dan minyak. Gaulkan adunan bagi sekata. Kemudian, Dieyna amik adunan tu bahagikan kepada tiga bekas berasingan sebab nak buat playdoh pelbagai warna. Air panas tu pun Dieyna asingkan kepada tiga warna berlainan. Gaulkan sehingga doh tu tak melekat di jari jemari anda. Sedia untuk diberi kepada anak anda.


Doh ini jika disimpan boleh tahan sehingga berminggu- minggu dengan syarat disimpan di dalam bekas kedap udara.

Bolehlah bermain playdoh bersama anak anda atau biarkan mereka berimaginasi sendiri sekreatif mungkin....


Salam Sayang
Dayana Bahar
Shaklee Independent Distributor
932071


Ahad, 5 Oktober 2014

Biskut Bayi Homemade Mudah

Hari ni nak share resepi mudah untuk bayi berusia 7 bulan ke atas kunyah-kunyah.
Bahan yang diperlukan ialah roti dan mentega tanpa garam. Dieyna guna jenama Anchor.

Caranya ialah roti ditekap mengikut acuan. Dieyna guna acuan bintang, hati, dan gingerman. 


Sapu mentega atas roti yang siap ditekap kemudian bakar di dalam oven pada suhu 160°c selama 10 minit atau sehingga roti tu nampak kekuningan.

Apabila siap dibakar bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara. Kita pun leh sama2 makan. Cicah dengan air kopi...hehe

P/s : Rangup je rasanya tau.. mmg sedap hehe


Rabu, 1 Oktober 2014

Minyak Naik Lagi

Harga MInyak RON95 naik lagi.. Naik 20sen.. Ada yang kata 20 sen je kecoh dah.. Huhu Walaupun 20sen besar jugak impaknya tu.. Jangan pandang sikit ye... Ini yang saya nampak hasil kenaikan harga minyak ni.

1. Kos isi minyak
Biasa isi minyak RM 50 bersamaan 23.81 liter.. ulang alik pi situ sini tahanlah 3 hari minyak tu.. Bila minyak naik 20 sen, RM50 bersamaan 21.74 liter. Nampak tak perbezaannya, bila liter berkurang bermakna kekerapan mengisi minyak meningkat...kalau sebulan biasa guna rm250 untuk minyak, dah naik harga ni jadi kena sediakan rm300.. Beza RM50 tu dah cukup besar untuk kos kehidupan masa kini yang meningkat...

2. Harga barang
Ada kaitan ke?? Mestilah ada sayang- sayang semua.. Barang2 tu dihantar kepada peruncit guna apa? Guna basikal ke guna kenderaan yang menggunakan minyak, Tokey- tokey terpaksa tingkatkan kos penghantaran barangan. Jadi, untuk tampung kos tu maka harga barang dinaikkan.

Setakat ni, saya bagi dua je impaknya.. Kalau korang ada nampak impak besarnya yang lain.. kongsi2lah ye. 

P/s : Selepas ni kita pakat2 simpan je kereta motor kat rumah , pi kerja jalan kaki atau naik basikal.. Jimat minyak

Catatan Popular