Halaman

Rabu, 23 Julai 2014

Diabetes Gestasi semasa hamil

Diabetes Gestasi semasa hamil atau bahasa mudahnya kencing manis semasa hamil. Semasa mengandungkan Arissa, saya dikesan mempunyai diabetes semasa hamil. Sedih sungguh rasanya. Dalam keadaan hamil, dapat tau ada penyakit memang emosi tak stabil. Emosi ibu hamil kan mudah sensitif. Diri sendiri kurang makan makanan manis tiba-tiba dikesan ada kencing manis. Mahunya tak meroyan jadinya. 

soal jawab dalam suratkhabar ibu mengandung ada kencing manis
sumber gambar : ummiadni.com

Diabetes atau kencing manis berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin secukupnya. Insulin ni merupakan sejenis hormon yang terhasil daripada pankreas. Insulin bertindak mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. Semasa hami, badan kita akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memenuhi keperluan bayi dalam kandungan, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan kita tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, kita akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan akan menimbulkan diabetes gestasi. Jangan ingat kita kurang makan makanan manis kita akan bebas daripada diabetes ye. Semua anggota atau organ dalaman badan kita ni bergantung kepada cara kita menjaga pemakanan kita. Sumber gula bukannya daripada gula sahaja malahan makanan lain seperti nasi, buah-buahan turut mempunyai kandungan gula semulajadi. 

Sebenarnya ada tanda-tanda awal dalam mengesan diabetes. Semasa hamil dulu, memang terasa agak letih dan cepat dahaga. Rupa-rupanya itu tanda-tanda kencing manis. Ingatkan faktor kehamilan menjadikan diri ini letih.

tanda-tanda kencing manis diabetes


Bagaimana Diabetes dikesan??

Pengalaman sendiri lah ni.. Saya diminta berpuasa pada malam sebelum lawatan ke klinik. Sampai di Klinik, darah diambil dan kemudian diminta meminum air gula( huhu manis yang amat). Selepas 2 jam, darah di ambil kembali untuk diuji. Keputusan ujian darah itulah menentukan diri kita bebas diabetes atau tidak. Kat Paka ni, keputusan ujian darah tu ambil masa seminggu. Keputusan ujian saya gagal dan terus dilabel GDM. Mujur takperlu suntikan insulin. Kalau tidak, meraung laaa huhu...

Makanan Diet
Setelah dapat tahu ada diabetes, maka bermulalah episod Diet Diabetes. Makan nasi bercatu, lebih2kan sayur- sayuran.. Kurangkan makanan berkanji dan lebihkan sayuran. Minuman manis pun minum sekali sekala je. itupun masa teringin sangat- sangat. 
menu sesuai untuk ibu mengandung ada kencing manis
sumber gambar: 
http://watashinonindo.blogspot.com/2010/12/gestational-diabetes-mellitus-gdm-aka.html

Makanan yang dipilih semuanya low glisemik index.. termasuk minuman. Sekurang-kurangnya diabetes dapat dikawal dengan baik. Penting penjagaan makanan untuk bayi dalam kandungan. Walaupun agak menyeksakan namun telan jugak. Rujuk lah carta ini untuk mengetahui makanan yang mempunyai glisemik indeks yang rendah.
ibu mengandung ada kencing manis

Selain menjaga pemakanan, saya juga mengambil vitamin yang sesuai untuk penghidap kencing manis semasa hamil. Boleh Klik sini  SUPLEMEN SEMASA HAMIL

Selepas tempoh kehamilan, ibu akan diuji semula sama ada kencing manisnya berlarutan atau terhenti sebaik sahaja melahirkan anak. Pendek kata alahan semasa mengandung jelaa.. So, jangan risau banyak-  banyak yang penting kawal pemakanan walaupun tahu diri sudah bebas diabetes.


sumber rujukan :
http://www.babycenter.com.my/a1031209/kencing-manis-semasa-hamil-diabetis-gestasi#ixzz37yhra6B1



Khamis, 17 Julai 2014

Menu si comel : Kentang Bakar bersalut madu

Menu petang ni kentang bakar bersalut madu untuk Arissa.

Kentang dipotong 6.
Basuh n toskan airnya.
Letak dalam loyang pembakar.
Titiskan madu atas kentang.
Masukkan dalam oven. Bakar je 10 hga 15 minit.

Siap dihidang. Jadi mknn jejari. Dia pegang sendiri jer.

Sabtu, 12 Julai 2014

Hot story : Shaklee Penyumbang Dana Israel????

Malam ni tergerak nak menulis isu hangat ni.. Shaklee penyumbang dana kepada Israel??? Aduss, ramainya pengguna Shaklee sekarang ni kan? Masing- masing dah bimbang dah dengan isu ni.. Benarkah??

Saya cuba perjelaskan isu sebaik mungkin.. Isu ini bermula apabila logo Shaklee terpampang dalam laman web Keneseth Israel..

Selasa, 8 Julai 2014

Tutorial pembelian produk Shaklee menggunakan ESELL.

Alhamdulillah, Shaklee maju setapak lagi ke hadapan. Bagi memudahkan urusan pelanggan yang ingin membuat pembelian produk SHAKLEE, satu Shopping mart Shaklee telah dibina. ESELL direkacipta khusus untuk pelanggan SHAKLEE di luar sana. Berikut saya sediakan tutorial bergambar untuk rujukan korang yang ingin membuat pembelian produk Shaklee sendiri tanpa melibatkan pihak ketiga, yakni pengedar. Korang hanya berurusan dengan SHAKLEE secara langsung melalui laman webnya. Dunia di hujung jari kan.. sungguh mudah..

Kita mulakan tutorial sekarang ye.

Pertama sekali, korang perlu menggunakan pelayar web Mozilla Firefox untuk urusan pembelian ye.

Isnin, 7 Julai 2014

Vivix Ikhtiar Pesakit Kencing Manis

Bulan ni bulan promosi VIVIX. Beli 6 percuma 1. Berita baik kan??? Dalam entri saya sebelum ni, ada saya terangkan serba sedikit tentang kebaikan dan manfaat VIVIX. Boleh klik sini ye.

VIVIX- Satu penemuan ...

Alhamdulillah, saya kenal VIVIX dan terus jatuh cinta kerana kesannya.

Sebenarnya, salah seorang anak saudara Dieyna penghidap Kencing Manis Type 1 . Penyakit tu dikesan semasa usianya semuda 8 tahun dan sekarang anak saudara tu dah berusia 20 tahun. Setiap hari, dia harus menggunakan suntikan insulin sebanyak dua sesi, pagi dan malam. Itulah yang harus dia lakukan sepanjang tempoh 12 tahun. Keluarganya cukup menjaga pemakanannya, semua ahli keluarga makan makanan yang sama dengannya. Sokongan ahli keluarga sangat penting untuk pesakit Kencing Manis. Dieyna memang sokong cara kakak menjaga pemakanan anak- anaknya. Semua perlu makan makanan yang sama dengan si kakak. Barulah adil kan. Oke, nak jadikan cerita Dieyna cadangkan VIVIX kepada kakak untuk diberikan kepada anak saudara tu. Alhamdulillah, kakak berminat untuk ikhtiar anaknya. Sebelum ni, anak saudara tu perlu mengambil suntikan insulin dua kali, 28mmol pada waktu pagi dan 18mmol untuk waktu malam. Sebelum tidur, dia amik sesudu VIVIX. Pesakit kencing  manis memerlukan suntikan insulin untuk mengawal kadar gula dalam darahnya. Jika terlebih insulin untuk pesakit yang kadar gulanya dah stabil, pesakit kencing manis boleh jadi hipo pulak. Baru- baru ni, anak saudara dimasukkan ke wad kerana hipo. Doktor buat diagnosis baru rupanya insulin yang dia duk amalkan sekarang dah overdose untuknya. Sebab tulaa dia selalu hipo. Terkini, kadar insulinnya dah dikurangkan kepada 22mmol pada waktu pagi dan 10mmol pada waktu malam. Alhamdulillah.. perubahan positif. Vivix tu sebagai ikhtiar sahaja bagi menjaga kesihatan menjadi lebih baik. Kisah yang Dieyna kongsi tadi kisah keluarga sendiri. 

Dieyna cuba google daripada mrgoogle untuk mencari pengalaman orang lain dengan VIVIX sebagai Ikhtiar Kencing manis. Ini yang Dieyna jumpa.

sumber : www.rahsiavitamin.com

sumber : mr google

Tak cuba sendiri memang tak tahu kan... ? Bila dah cuba n nampak kesannya barulah kita rasa berbaloi membelinya. Jangan tunggu dapat penyakit dahulu baru nak menjaga itu ini. Semoleknya kita jaga daripada sekarang. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati kan. Allah pun nak kita berusaha menjaga kesihatan tubuh badan yang dipinjamkan kepada kita ni...

Antara manfaat lain VIVIX.

Berminat nak membeli dengan saya, boleh je WASAP/ SMS KE 019-2481068.

Seandainya korang ada KAD KREDIT/ KAD DEBIT korang boleh je nak order sendiri , KLIK JE bawah ni ye .. kemudian follow arahan seterusnya. Jangan risau sebab SHAKLEE menjaga keselamatan urusan korang.


JIKA KORANG MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, HARGA VIVIX JAUH LEBIH MURAH. NAK TANYA LANJUT, BOLEH WASAP SAYA JUGA

0192481068
DIEYNA




Ahad, 6 Julai 2014

Kekal cergas sepanjang berpuasa

Kekal cergas sepanjang berpuasa ..

Bila tiba Ramadhan, masalah yang biasa dialami.. letih dan dahaga yang melampau.. Nak- nak pulak sekarang ni musim panas.. fenomena El Nino kan.. 
Nak share kisah sendiri untuk Ramadan 2014 ni ye...

Sebelum menjengah bulan Ramadhan, Dieyna dah puasa terlebih dahulu. Ganti puasa tahun lepas. Memandangkan seorang diri je yang puasa, takdelah Dieyna bersungguh- sungguh masak sahur. Jadinya, bersahur dengan menu yang seringkas- ringkasnya. Hehe apa lagi bersahur dengan Set Mighty 3 Gems ni jelah.. kan peniaga produk Shaklee mestilah kena try produk yang diniagakan kan?? Ini gandingannya ye..

Sahur pertama, Dieyna bancuhkan ketiga-tiga ni dalam satu shaker ditambah dengan 200ml air masak dan 200ml freshmilk. Dengan rajinnya Dieyna siap blender semua tu nak bagi gebu-gebu gitu. Minum.. memang mabeles rasanya.. Sahur last minit jadi takleh nak menghayati minuman lama- lama. Nak dijadikan cerita, hari tu memang banyak aktiviti dan kebetulan pulak jadual kelas agak padat. Yang bestnya, Dieyna tak rasa letih. Serius, TAK LETIH... memang BERTENAGA.. siap Dieyna leh ronda- ronda ke bandar Dungun lagi selepas balik sekolah. Macam orang tak berpuasa lagaknya hehe. Alhamdulillah produk 3 beradik ni berkesan dengan perut Dieyna.


Bila share story dengan rakan-rakan n pelanggan yang amik set ni.. masing-masing puas hati.. sangat puas hati...Antara 3 beradik tu, Dieyna paling jatuh hati dengan PERFOMANCE DRINK. Minuman wajib semasa berbuka lagi. Simpan dulu dalam peti siap-siap macam dalam gambar tu ye. Tiba waktu berbuka terus je minum.. FUH .. memang SEGAR BUGAR.. sejuk je rasa tatkala air tu melintasi ruang leher ni.. memang nyaman sungguh. Tak caya?? Cuba lah try.. dah try sekali nak berkali- kali.. Perfomance drink kat rumah nipun nampaknya nak kena restock dah... dah tinggal separuh balang. Daripada duk minum minuman bergas kan baiklah kita minum minuman tenaga tanpa GAS ni.. Kesihatan diri pun terpelihara. Tak gitu??

Nak bagitahu korang lah, ketiga- tiga minuman ni boleh mix and match.. boleh suai padan gitu.. Tak semestinya korang kena beli ketiga- tiganya sekali. Dieyna kategorikannya kepada tiga kategori, SET PUASA BAJET 1 , SET PUASA BAJET 2 dan SET PUASA PREMIUM. Kelass gitu bunyinya haha..

Kalau korang berminat, boleh order sendiri je.. cuma perlu klik di bawah ni mengikut pilihan hati korang. Yang pastinya Menang Membeli Menang Memakai.. eh Meminumnya...

KLIK SINI UNTUK MEMBELI

Oh ya, kalau korang nak beli berasingan pun boleh juga. Klik je bawah ni untuk pembelian secara ala carte.


 Jika nak tahu lebih lanjut lagi.. hubungi je Dieyna ye 019-2481068.. wasap pun ada.. Seeloknya korang maklumkanlah pada Dieyna ye jika ada buat pembelian sebabnya Dieyna akan berikan pelbagai resepi menarik untuk menyediakan minuman 3 bersaudara ni. 

ps : Keletihan menyebabkan kita malas dan nak terbaring je kan, seeloknya ikhtiarkan sesuatu untuk mengelakkan kita menjadi insan pemalas di bulan mulia. Semua golongan ini sesuai untuk set Mighty 3 gems ni ye






Sabtu, 5 Julai 2014

Order Shaklee Online

Nak order barang Shaklee online namun... ada insan lain dulu yang dah konker laptop..
Adusslah.. camno ni.. tengah malam jugak baru leh wat kerja kalau camne...

Sup lobak merah

Semalam buat nasi ayam.. asasnya bila nak buat nasi ayam.. air rebusan ayam digunakan ..

Betul2 rebusan ayam tak campur apa2.. so Dieyna ambil sebekas untuk jadikan stok ayam untuk Arissa.

Arissa baby lagi mana boleh makan kiub stok tu... jadi better homemade punye...

Pagi ni Dieyna buatkan Sup lobak merah untuk makanan paginya.

Bagi mengekalkan khasiat lobak.. lobak tu Dieyna kukus je. Untuk supnya pula.. Dieyna guna stok ayam dicampurkan halia+bawang putih+ bawang merah. Pastinya tidak letak garam dan serbuk perasa.. Sup original.. bagi menguatkan sistem imunisasinya.... Ambil sup tu sesenduk letak dalam mangkuk kemudian baru masukkan lobak yang telah dikukus... lenyek2 je.. sebab my Arissa dah banyak gigi... so boleh kunyah je....

Berselera dia makan sup lobak tu... siap menjerit2 nak lagi.. Alhamdulillah.. Hannah pun tumpang sekaki.. tpi Hannah punya tambah kicap n nasi... licin jugak...

Segalanya untuk kesihatan mereka...

Buntu idea nak masak kat anak?? Tiru jelaa cara di atas tu... hehe  bagi mereka sedap je...

Rabu, 2 Julai 2014

Selamat di rumah

Sejak akhir2 ni banyak sangat kisah penculikan kanak2.. sehinggakan sebagai ibu aku dah cukup risau nak bawa anak2 outing..
Kadang prasangka menguasai.

Nak bawa anak main di playground pun rasa tak selamat.. pemangsa berada di mana mana kan???

Sudahnya.. melabur sedikit duit untuk kecergasan anak2.. biarpun xmampu bersosial sgt sekurang kurangnya kita dapat kawal dan pantau anak2 depan mata.

Beli playground dgn rakan fb secara kutu..  jadinya mainlaa dua beradik ni sepuas puasnya... kalau nak bagi diorang bersosial... senang je.. hujung minggu letak je playground ni di laman rumah.. in Shaa Allah adlah anak2 jiran bertandang...

Hati kita pun senang......

Catatan Popular