Halaman

Sabtu, 31 Ogos 2013

Masalah Sakit Sendi??

Alhamdulillah, Julai dah berlalu dengan cemerlangnya... Ada lagi berita gembira bakal Dieyna kongsi nanti.. Tunggu surat pengesahan dari SHAKLEE sahaja... 

Hari ni Dieyna nak cerita tentang MASALAH SENDI. Sekarang ni masalah sendi melanda sesiapa sahaja, tak kira tua atau muda. Biasa sangat kita dengar MAK AYAH or sesiapa sahaja merungut masalah sakit sendi ni kan... Gambarajah kat bawah ni menunjukkan perbezaan sendi yang yang sihat dan tidak sihat...

SENDI SIHAT


Jangan risau ye.. SHAKLEE ada suplemen yang sesuai untuk menyokong kesihatan sendi berpanjangan. 

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET

Apa yang menariknya mengenai Advance Joint Health Tablet (AJHT) ni??

Bahan utama yang ada dalam New AJHT ni bertindak dalam jangkamasa seawal lima hari. Keputusan ujian klinikal 90 hari menunjukkan bahan utama di dalam AJHT adalah lebih baik dengan ketaranya. Rumusan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal :

  • Menggalakan mobiliti
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Meningkatkan fungsi sendi
  • Menyokong kesihatan sendi
Ciri - ciri utama AJHT pula

  • 100% bebas kekerang
  • 100% vegetarian
  • 100% bebas kondroitin untuk penyerapan glukosamin yang baik
  • Hanya dua kaplet sehari
  • Kaplet yang mudah ditelan
  • Tiada perasa tiruan, pemanis dan bahan pengawet
  • Bebas gluten
Berita gembira lagi pada yang berminat mendapatkannya... Bulan Ogos merupakan bulan promosi AJHT, Beli 6 percuma 1... Dieyna tak kata korang kena beli 6 baru dapat harga promosi tu.. boleh je beli berapa banyak yang korang suka dan Dieyna akan bagi harga PROMOSI untuk korang.. Keluarkanlah sedikit bajet untuk insan tersayang yang ada masalah SENDI ni.. Hadiahkan kepada MAK atau AYAH korang.. Berminat nak tahu harga istimewa yang DIEYNA akan bagi, baik SMS je ke

0192481068
(wasap/ line/ sms/ viber)



* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..

Selasa, 6 Ogos 2013

Terima kasih

Semalam dapat dua keping kad raya.. suka sangat.. yerlah tahun ni tak meriah kad raya mcm tahun lepas. Dieyna pun mood nak memberi kad raya pun out.  Hehe jadi padanlah kalau xterima kad pun kan..
Apa2 pun terima kasih kepada mama cute  Lela maisara dan Aima Kaim.. sebab memberikan Dieyna kad raya tahun ni.. sangat2 menghargainya..
Lela thanks juga untuk keychain jogja tu. Love it...
Thank u all...

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ....

Sabtu, 3 Ogos 2013

Resepi Puding Buih

Hehe.. dah nak penghujung puasa baru nak bagi resepi ni yer.. Jangan marah ye kengkawan.. mood berblog ni macam air laut.. ada pasang surutnya.. time tengah pasang.. sibuk nak buat entri promosi SHAKLEE.. hehe 

Tanpa membuang masa.. ini lah resepi PUDING BUIH yang sepupu n Dieyna buat untuk POT LUCK..


BAHAN-BAHAN
PUDING
7 biji telur B

30gm agar-agar
3sb gula 
6 cawan air

CARA MEMBUATNYA
1. 7 biji telur tu dipecahkan dan dimasukkan dalam mangkuk. Asingkan sebiji telur kuning untuk kuahnya.
2. Putar sehingga kembang.
3. Pada masa yang sama, rebus agar-agar, gula dan air dalam periuk sehingga airnya nampak sedikt surut.
4. Apabila adunan telur tadi dah cukup kembang, tuangkan air agar-agar tadi dan putar sehingga sebati dan rasa suam.
5. Tuang dalam loyang dan masukkan di dalam peti sejuk.
6. 

BAHAN- BAHAN
KUAHNYA
4 sb tepung kastard
Secukup rasa
1 sk esen vanilla
1liter susu segar
1 biji kuning telur yang diasingkan tadi
Fruit cocktail
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA
Masukkan susu, gula, air buah cocktail, kastard, esen vanilla, sedikit garam dan kuning telur dalam periuk. Masak sehingga gula hancur dan sentiasa kacau supaya tidak mendidih. Tutup api.

Cara nak makan.. senang je.. puding yang disejukkan di dalam peti sejuk tu bolehlah dipotong kecil. Tuang kuah dan masukkan ais ketul. Jangan lupa tambah buah -buahan cocktail. Siap dihidang dan bolh dimakan.

Selamat mencuba ye

Catatan Popular