Halaman

Jumaat, 28 Jun 2013

TAWARAN : PROMOSI MEALSHAKE BELI 6 PERCUMA 1

Salam semua rakan- rakan blogger Dieyna...

Bulan ni bulan promosi MEALSHAKE... Kebaikkanyya ada Dieyna kongsikan sebelum ni... Jadi, sekarang ni Dieyna nak open promosi untuk rakan- rakan blogger yang berminat nak beli Mealshake dengan harga promosi sekarang...
Harga yang tertera pada iklan di atas adalah harga retail tidak termasuk kos pos yer.. Dieyna TIDAK AKAN jual harga retail tu tapi Dieyna akan bagi harga yang sangat ISTIMEWA . Sekarang ni Dieyna nak ajak berkongsi.. Kita pakat- pakat beli.. Semua leh rasa harga murah yang berbaki lagi 7 Hari ni. Kalau nak beli sorang sampai 7 tin mcm banyak sangat kan semata- mata nak dapatkan harga murah, jadi dengan BERKONGSI kita leh dapat harga yang murah tu. Bulan Julai nanti, harga dah kembali asal... Kalau harga kongsi ni, seorang leh jimat sehingga RM 15 termasuk kos pos dah tu...

Mealshake ni rasanya macam aiskrim vanilla.. Bukan terhad untuk bebudak je.. tapi orang dewasa pun boleh.. dengan sukatan berlainan laa... 

Nak tambah berat badan pun boleh... Persediaan untuk bersahur pun boleh.. Baik dapatkan sekarang sementara harga tengah jatuh merudum ni... 

NAK TAHU HARGA YANG DIEYNA TAWARKAN BOLEH TINGGALKAN KOMEN KAT SINI... DIEYNA AKAN TERJAH KORANG BGTAHU HARGA... NAK CEPAT LAGI, TINGGALKAN MAKLUMAT BERIKUT PADA RUANG KOMEN
NAMA : 
NO TELEFON :

JANGAN RISAU.. DIEYNA AKAN PRIVATEKAN MESEJ KORANG TU.. ORANG YANG KONFIRM ORDER AKAN DISENARAIKAN DALAM ENTRI NI JUGAK...

UNTUK BATCH PERTAMA DALAM BLOG NI
DIEYNA BUKA 7 TEMPAT... JOM REBUT SEKARANG, SEMENTARA HARGA MASIH JATUH NI...

JANGAN RISAU, HARGA TAKKAN SAMPAI 3 ANGKA...

ENTRI MEALSHAKE SEBELUM NI







Sabtu, 22 Jun 2013

Kekal bertenaga sepanjang ramadhan ....

Alhamdulillah.. dah hampir sangat kita dengan bulan RAMADHAN ye.. Yang kelakarnya, dalam TV dah ada IKLAN BAJU RAYA... awal sangat nak promo... Promolah ramadhan dulu kan??? Rakan- rakan blogger,, dah abis ganti ke semua hutang piutang?? Dieyna dah gantikan semuanya pada bulan SYAWAL lepas... Takdelah terkejar- kejar... hehe :)

Hari ini, nak share PRODUK MIGHTY 3 GEMS SHAKLEE... Sesuai sangat untuk diambil sewaktu bersahur... Bagi mengekalkan tenaga sepanjang berpuasa nanti.. Sekarang ni musim panas sangat... Kalau kurang air, boleh dehidrat jadinya kan... 
Inilah produknya.. setiap satunya mempunyai fungsinya yang tersendiri...

ESP - minuman berprotein tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya dan 500 mg kalsium bagi setiap hidangan. Glisemik rendah bantu kekalkan paras gula dalam darah.

Mealshake - Makanan tambahan yang rendah lemak dan rendah glisemik dengan 19 mineral. Sumber terbaik serat dan protein.

Perfomance Drink - Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk mencegah penyahhidratan.

Siapa yang perlukan SET INI?



Setiap produk di atas boleh dibeli berasingan... Pastinya Dieyna akan bagi harga yang sangat berpatutan.. Harga terendah di pasaran.. JOM BELI.. KITA JALANI IBADAH PUASA SEBAIKNYA...

Boleh tinggalkan komen di sini.. tapi lengkap dengan nama , emel atau nombor telefon untuk mudah Dieyna hubungi... Ataupun leh terus hubungi 019-2481068 (LINE, WHATSAPP, SMS)

Rabu, 19 Jun 2013

Alhamdulillah... rezeki JUN

Bulan Jun ni... Dieyna banyak terima berita gembira... 

1. Ingat tak dulu.. Dieyna pernah cerita pasal temuduga naik gred tu... Dua hari lepas, Dieyna sudah ditawarkan gred baru bermula 2 Januari 2013... Alhamdulilah.. dari DG29 ke DG 32 dan sekarang DG41.. naik selangkah demi selangkah... Lulus temuduga tu tahu dah lama, awal bulan Februari lagi tapi Dieyna tak story dalam ni sebab awal bulan Februari tu... mood BLOGGING terbang ke LAUT... Sekarang baru nak kongsi... 

Bukan mudah nak kejar semua ini.. Kena sambung belajar sebab nak upgrade sijil yang ada.. Daripada DIPLOMA upgrade ke DEGREE... Bukan sekejap masanya... 
2001 --> Diploma.. 
2006 --> baru dapat peluang sambung DEGREE...
2010 --> dapat hasil penat lelah belajar... 
2011 --> Layak ke dg32 sebab dah berkhidmat selama 10 Tahun....dan baru leh apply SPP DG41
2012 --> Hujung tahun baru dapat panggilan temuduga..
2013 --> Februari baru tahu result TEMUDUGA ... LANTIKAN DIPERAKUKAN
2013 --> Jun baru dapat TAWARAN... lantikan bermula 2 JAN 2013.....





2. Rasanya semua rakan blogger Dieyna yang pernah hadir ke blog ni secara senyap atau meninggalkan jejak tahu bahawa Dieyna telah menjadi agen Shaklee yang berdaftar dengan id 932071.... Dieyna mengambil suplemen SHAKLEE bermula November 2012... Masa tu tak jadi ahli lagi... Dieyna register ahli SHAKLEE pada FEBRUARI 2013..  Jadi ahli pun sebab nak beli untuk diri sendiri... Bila dah nampak kesan pada diri sendiri... Dieyna memberanikan diri untuk berkongsi perihal Shaklee kepada rakan- rakan dan saudara- mara... Maka, bulan Mac tu agak rancak Dieyna buat pembelian, kemudian dapat bonus pertama.. 2 angka je pun.. hehe tapi rasa seronok.. Bulan April, pembelian makin rancak.. Bonus lagi bertambah.. Akhir Bulan April, ada sahabat nak join.. kami mulakan perkongsian info lebih rancak pada bulan Mei... Alhamdulillah... BULAN JUN... Bulan yang indah... Dieyna berjaya dapat BONUS 4 angka... dan juga naik rank.. SUPERVISOR... tengkiu Zie.. tolong akak.... Dieyna jugak berjaya mendapat CASH INCENTIVE kerana berjaya naik pangkat. ... Alhamdulillah... Rezeki lagi... 
Saje je tak blurkan nilai cek tu.. Nak bagi semangat pada yang melihatnya...

Selain surat dan penghargaan wang ringgit di atas, Dieyna juga layak untuk kumpul POINT bagi pakej 
Umrah.... Akan fight untuk ini...

Korang pun boleh rasa semua ni... Boleh join DIEYNA dan sama- sama menuju ke  impian...

Kalau kita berusaha.. Kita pasti mendapatnya.. 

YAKIN DENGAN REZEKI YANG ALLAH BAGI 
CUMA KITA PERLU TEROKA KERANA REZEKI TU 
TAK DATANG CARI KITA.. KITA YANG PERLU BERUSAHA MENDAPATNYA..
INSYA ALLAH...
ALLAH MAHA PEMURAH.. 



Sabtu, 15 Jun 2013

Cara mudah nak dapatkan air bersih...

Kat rumah kita, memang kita pakai penapis air.. Nak suling bendasing yang tak kelihatan dengan mata kasar. Tapi, kalau kita pergi melancong ke mana- mana.. Pasti sukar nak dapatkan air berkualiti macam di rumah kita. Kadang tu, air terasa payau, nampak kuning.. tapi nak taknak telan juga.. 

Shaklee ada satu produk yang sangat menarik... Yang bestnya.. boleh dibawa kemana sahaja kita pergi... 

MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat

Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!
Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!

Hanya beberapa sen bagi seliter air


Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak

* credit : wonderful life e-shoppe
Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 




Ringan dan mudah dibawa


Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak


Video di bawah ni boleh menjelaskan lagi cara penggunaan Get water filter ni



HARGA PASARAN UNTUK GET WATER FILTER NI 

RM460 (SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM483 (SABAH/SARAWAK)

Jika ada yang benar- benar berminat... Dieyna boleh bagi harga paling best.. BUKAN HARGA DI ATAS.. Harga special... memang terendah di pasaran.. Kalau nak tahu HARGA YANG DIEYNA TAWARKAN.. tinggalkan je komen ataupun terus berhubung melalui

WHATSAP/ SMS/ LINE/ VIBER ke 
0192481068

KALAU ADA FACEBOOK ,
JEMPUTLAH BERKUNJUNG KE




Berita gembira...

Cuti sekolah dua minggu... Minggu pertama cuti, Hannah tetap Dieyna hantar ke taska.. Namun dia still menangis .... adus.. tension sangat... dah 2 bulan.. masih lagi tidak betah dengan suasana dah persekitaran taska...

Ni kira oke skit, dia buat muka mcm ni.. 
huhu sampai kat pintu pagar sekolah.. startlah melalak.. lalalala

Minggu kedua cuti sekolah, Dieyna sengaja tak hantar dia ke Taska.. bosan jugak dengan irama dangdut dia pagi- pagi... Dieyna pun bosan jugak duk sorang- sorang kat rumah... Dalam hati dah cukup risau.. Seminggu duk berkepit kat rumah.. konfirm pi Taska melalak lagi... huhu redho jelaa...

9hb Jun.. mcm biasa.. ayahnya yang hantar di ke sekolah... Sungguh menakjubkan.. dia dah tak menangis.. siap dengan rela hatinya masuk Taska tanpa kena dukung... Cikgunya terkejut jugak... Ayahnya punyalah eksited dengan perubahan anak daranya, siap kol lagi Dieyna.. sampaikan berita gembira.... hari tu.. Dieyna tak sabar pi ambil dia.. Nak semak laporan aktivitinya...
Mood : Senyum

Ulasan Pendidik :
- Tiada masalah datang ke sekolah
- Dapat melakukan aktiviti pada hari ni dengan baik tanpa bantuan guru
- aktif dan ceria
- makan berselera + tidur ok

Baca ulasan positif, Dieyna syukur sangat2.. awan mendung dah berarak pergi.. Sang Suria menjengah sudah.. Alhamdulillah... Hannah good girl.. Petangnya, ibu n papa belanja Hannah KFC sebab berjaya berubah...

Mood : hepi



Selasa, 11 Jun 2013

Nak sihat tak???

ESP antara produk SHAKLEE yang popular.. Kenapa popular eik? Sebab dah banyak yang share kesan meminumnnya... 

Testimoni 1 - Suami sendiri
Katanya sejak minum ESP + OAT setiap pagi.. perutnya tak lapar, ramai yang menegur fizikal perutnya yang  dah kurang meninggi seperti sebelum ni. Tubuh rasa ringan.. dan yang paling buat dia gembira.. beratnya dah turun.. BUKTINYA,, tali pinggang terpaksa ditambah lubang baru.. Tekanan darahnya pun stabil...

Testimoni 2 - Ibu Dieyna
Dikesan ada darah tinggi.. memang ambil ubat darah tinggi hinggalah Dieyna beri dia minum ESP.. Alhamdulillah, tekanan darahnya dah stabil.. 

Testimoni kawan- kawan FB. leh tengok gambar ye

Wajah lebih berseri dengan ESP

Badan cergas dan bertenaga dengan ESP


NAK TAHU TAHU LEBIH TERPERINCI PASL ESP... 
BACA INI ... RAHSIA ESP


Korang pun boleh mencuba sendiri kehebatan ESP.. Tinggalkan komen di sini ataupun terus inbox Dieyna di 


ataupun 

whatsapp / sms/ viber/ LINE di talian 019-2481068.

HARGA TERBAIK MENANTI ANDA !!!


Ahad, 9 Jun 2013

Suplemen semasa mengandung

Sepanjang tempoh kehamilan ni, Dieyna memang tak makan suplemen lain.. Memang makan suplemen SHAKLEE sahaja. Yelah dah jadi agen SHAKLEE takkan tak cuba untuk diri sendiri kan.. Nak share kebaikan produk pada orang lain mesti jadikan diri sendiri dahulu sebagai testimoninya.. Barulah betul kan???

ESP ni memang Dieyna ambil sebelum hamil lagi.. Alas perut selepas subuh sebelum makan di kantin.. Perjalanan 1/2 jam ke sekolah bukannya dekat.. perut memang menyanyi riang laa... Minum ESP ni , bolehlah rasa kenyang.. ESP + Oat... Bulan puasa wajib ambil ESP ni masa sahur... kena add on KURMA lak.. bagi extra energy...  ESP ni bukan menu Dieyna je .. Encik Somi pun amik ESP... memang bagi tenaga laa...





Selain ESP,  Dieyna amalkan suplemen yang dicadangkan untuk ibu yang mengandung...


Alhamdulillah sepanjang Dieyna memakan semua suplemen di atas, tiada sebarang masalah sepanjang tempoh kehamilan.. Kaki kejang pun jarang berlaku.. dan yang bestnya... kulit Dieyna tidak kering... HB normal, tekanan darah stabil... Syukur, Baby dalam perut pun membesar mengikut schedulenya... Seawal 20 minggu kehamilan, degupan jantung baby dah dapat didengar dengan menggunakan alatan klinik kesihatan. Jururawat beritahu biasanya 24 minggu ke atas baru leh kesan degupan jantung baby... Syukur sangat... Semoga baby dalam rahim ni membesar dengan sihat dan kuat ye...




Tempoh hamil 22 minggu...---> Jantung dan gerak Janin dah boleh dikesan..

Seronok sangat... ;)





Sesiapa yang berminat dengan SET IBU MENGANDUNG ni, bolehlah berhubung terus dengan DIEYNA...

whatsapp / sms/ viber/ LINE di talian 019-2481068

ATAUPUN

jika korang ada KAD KREDIT atau KAD DEBIT boleh lah terus membeli di

SHAKLEE MALL (ESELL)

SET MENGANDUNG SHAKLEE



HARGA TERBAIK MENANTI ANDA !!!
JIKA KORANG MENJADI AHLI SHAKLEE, NAK JADI AHLI
BOLEH KLIK SINI

DAFTAR SHAKLEE ONLINE








Sabtu, 8 Jun 2013

Sedar tak sedar... sudah 23w3d... Alhamdulillah

Sekejap je masa berlalu.. sedar tak sedar.. dah 23w3d... 2 hari lepas, kami pi scan kat klinik.. nak tengok perkembangan dan kesihatan baby.. termasuklah jantina.. hehe mungkin sama macam Hannah.. tak kisahlah asalkan baby sihat dalam kandungan...

Menurut doktor, fetus skang dah seberat 592gm... Macam mana doktor timbang?? hehe
Beliau ukur saiz setiap anggota badan fetus.. dan dari situ doktor dapat anggarkan berat baby...
Alhamdulillah.. baby sihat... Mood : suka hati

Dieyna tunjuk gambar ni pada Hannah.. bagitahu dia,. ini adiknya.. bukan main suka hati lagi... hehe bila tanya nanti adik nak panggil apa.. katanya "Kak Hannah".. 

Dieyna cari maklumat perkembangan fetus pada usia kehamilan ni.. Dieyna jumpa ini dalam laman web :http://www.babycenter.com.my/a1044282/perkembangan-fetus---hamil-23-minggu .... 
Ilustrasi .... babycenter.
Kalau ikut scan.. memang baby Dieyna berkedudukan macam ni ...

Sekadar copy paste ye

Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik. 

Selain kemajuan-kemajuan dalam pendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan. 

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus. 

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya 'tenggelam', sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan. 

Bulan-bulan pertengahan adalah masa yang baik untuk memikirkan tentang pelancongan. Dapatkan segala maklumat yang diperlukan yang merangkumi kulit perang hingga ke pemvaksinan dalam bahagian pelancongan kami. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


http://www.babycenter.com.my/a1044282/perkembangan-fetus---hamil-23-minggu#ixzz2VboL8Ud8


P/S : ESOK NAK KENA MINUM AIR GULA... UWA UWA TAK SUKA MANIS2 WEH.... SEMOGA DIEYNA DIPERMUDAHKAN YER.... :( 

Catatan Popular