Halaman

Khamis, 30 Mei 2013

Pengalaman Potty Training Hannah...

Cerita ni dah lama.. Bulan Februari lagi... Tapi pengalaman ni akan diingat selamanya.. 

Dieyna potty train Hannah... sewaktu Hannah berusia 2 tahun 6 bulan ... Selama ni Hannah tinggal di rumah pengasuh. Memandangkan kesihatan pengasuhnya agak tidak mengizinkan maka Dieyna survey taska .. Pengurus taska memaklumkan bahawa kebanyakan anak- anak yang dihantar ke sana, dilatih free diapers... Kebetulan pulak, cuti sekolah ..maka Dieyna buat keputusan.. nak latih dia free diapers semasa cuti sekolah...

HARI PERTAMA
Hari pertama free diapers, Dieyna cakap kat dia.. Hannah tak pakai pampers dah, kalau rasa nak kexxxxg, bagitau... Setiap setengah jam, Dieyna bawak dia pi tandas.. Tapi.. malangnya, urusan kerja kita kat rumah bukan mengadap dia je... Sedang elok Dieyna duk kat dapur, dia melompat lompat depan peti sejuk,, Dia pun jerit... "Ibu, Hannah ke.xxxxg doh"... Dugaan pertama,... bukan sekali, bukan dua kali.. tapi banyak kali adegan mengemop lantai berlaku.... Macam banjir satu rumah....

HARI KEDUA
Dieyna pesan lagi kat dia.. "Hannah, kalau nak kxxxxxxxg pi tandas ye..sian ibu"...setiap 15 minit, Dieyna tanya dia.. biasalah budak2 jawapannya tak .. tapi Dieyna still bawa dia pi tandas.. atur.. berjaya sekli.. lepas tu dia bagi isyarat.. agknya terasa nak kxxxxxxxg dia akan pegang, so Dieyna terus bawa pi tandas... berjaya.. Hari kedua, kuranglah skit adegan mengemop lantai.. kalau tak silap, sekali dua je..

HARI KETIGA
Hari ketiga ni, lega skit, sebab dia dah mula tunjuk isyarat dan beritahu .. agaknya dah faham kot.. dia dah perlu ke tandas time nak kexxxxxg... Boleh dikatakan, train dia tiga hari.. dia dah faham konsep tandas... cuma masalah berlaku, bila dia membuang urk.... dia tak ckp.. itulah fokus yang kecil je, yang besar tak fokus, jadinya.. buang air kecil dalam tandas time yang besar, menyorok belakang pintu.. tapi xperlah.. Dieyna kira dia berjaya dalam masa tiga hari tetapi.. waktu tidur, still pakaikan dia pampers...

Hingga ke entry  ni ditulis, Dia dah free diapers.. siap pi tandas dan basuh sendiri dah... cuma kna pantau cara basuhan tu... Tidur malam je tak lepas betul2...nak selamatkan tilam hehe...

Ada beberapa tips Dieyna nak kongsi... praktik kat Hannah laa...

1. Sepanjang tiga hari pertama train dia, Dieyna selalu pesan dan cakap pada dia pasal nak buang air kecil tu.. 

2. Kalau outing, Dieyna still pakaikan pampers untuk dia tapi Dieyna pesan kat dia, kalau Hannah rasa nak kxxxxxxg, bgtau ibu, kita cari toilet.. so, walaupun dia pakai pampers sepnjang berjalan- jalan.. Dieyna still bawak dia ke tandas.. anggapla pampers dia tu mcm seluar kecik dia.. hehe

3. Setiap kali dia berjaya membuang air kecilnya, Dieyna akan puji dia.. suka lah bila dipuji... peluk dan gosok dia.. dan cakap dia pandai... 

4. Tegaskan padanya.. dia dah besar, dah tak perlu pakai pampers... malu kat orang..

5. Cari seluar kecik yang comel2 untuknya.. bukan apa sebagai reward dia berjaya free diapers...

6. Yang paling utama, ibu kena buang sikap kurang rajin nak mengemop.. sabar skit.. memang sangat letih pada permulaannya n serabut tengok keadaan rumah... sini basah sana basah.. baru nak duduk dah kena bangun semula.. mengemop... tapi hasilnya.. mabeles... jimat duit dr beli pampers..

7. Seting minda kita, ibu dan ayah... biar support anak tak pakai pampers.. never give up.... Insya Allah berjaya....

Apa yang Dieyna share ni, memang dipraktikkan.. Usaha tangga kejayaan.... 

P/S : JEMPUT SINGGAH MEMERIAHKAN ENTRI DIEYNA DI BLOG SATU LAGI... KLIK LINK BAWAH NI YE...

Catatan Popular