Halaman

Ahad, 28 April 2013

Petua mudah melegakan batuk

Hannah batuk huhu.. Kami sangat risau jika dia batuk.. sebabnya Hannah ada rekod asma.. huhu .. Dieyna kena terima hakikat bahawa dalam keturunan Dieyna , ada penyakit asma.. Dalam usaha nak mengurangkan batuk ni.. Dieyna jumpa petua ni  dalam internet. Kredit kepada blog INI. Terima kasih ye. Dah cuba buat pada Hannah..

Caranya mudah sahaja, ambil bawang putih, bakar sehingga kulitnya kehitaman dan lenyekkan ke dalam minyak masak atau minyak gamat. Sapukan ke dada anak anda. Selamat mencuba.

PS : PETUA NI MENJADILAAH... ALHAMDULILLAH .. MALAM TADI SAPUKAN KE DADA HANNAH..LENA TIDURNYA.. HARI NI PUN BATUKNYA DAH BERKURANGAN.. KALAU BOLEH TAKNAK BAGI UBAT BATUK SALBUTAMOL PADANYA... SYUKUR SANGAT...  CATATAN INI DIBUAT PADA PUKUL 4.01PM 29/04/2013

Jumaat, 26 April 2013

Kecilnya dunia....

Dah dua minggu hantar Hannah ke TASKA PERMATA KELUARGA ... Dieyna ingatkan dia boleh membiasakan diri malangnya.. sehingga entri ini ditulis dia masih lagi merengek dan enggan pergi ke taskanya.. Setiap pagi, kami terpaksa pujuk dan dukungnya masuk ke kereta. Moodnya jangan ceritalaa, muram dan tak bersemangat... Minta lah tak berpanjangan sedihnya tu..

Selama ni Dieyna hantar dia ke rumah pengasuh,, pengasuh tu tak jaga ramai budak.. jaga dia je.. Makan disuap, tidur dipeluk.. maka, rutin dan kebiasaan itu dibawanya ke TASKA. Persekitaran tak sama .. Bak kata cikgu besar TASKAnya, Hannah perlu masa untuk hadapi perubahan persekitarannya..dan sebagai ibu, Dieyna harus tidak patah semangat dengan kehendak anak.. Jangan terlalu ikut kemanjaannya sebab impak akan datang, dia akan jadi orang yang segala kehendaknya perlu dipenuhi... Maka, buat masa ini.. Dieyna keraskan hati tetap hantar dia ke TASKA setiap pagi walaupun terpaksa mendengar rengekan dan tangisannya..  INSHA ALLAH HANNAH PASTI BOLEH..

Nak dijadikan cerita, BLOGGER JA ada hantar mesej melalui GSF WASAP.. Soalannya cukup ringkas tapi membuatkan Dieyna penuh tanda tanya...

"Kak Dieyna, hari ni HANNAH pakai baju GSF ye"

Tergezut Dieyna dibuatnya,, memang hari ni HANNAH pakai baju GSF waktu pergi TASKA.. Macam mana dia tahu? Dia lalu kat TASKA tu ke? Tpi takkan dia tak pergi kerja... Punyalah banyak soalan yang berkumpul... Selidik punya selidik.. rupanya ADIK dia jadi CIKGU kat TASKA HANNAH... huhu dang dang rasa segan.. KECIL TUL DUNIA NI KAN???

P/s : Nak buka blog baru ni.. cerita SHAKLEE kat situ.. Nanti korang support akak ye... Jadi follower kat sana lak... 
Inilah budak yang selalu menangis tu.. nak ambil gambar kat TASKA pun tak dapat lagi..
Asyik berkaraoke je waktu pagi

Ahad, 21 April 2013

Hannah punye pun ada gak...

Entri sebelum ni kan pasal minuman SHAKLEE ESP.. boleh rujuk ENTRI INI ye..

Kali ni nak cerita minuman untuk si kecil Hannah... Hannah pun perlu suplemen jugak..

Kenapa Dieyna perlu beri Hannah suplemen MEAL SHAKE ni?
Hannah seorang anak yang aktif.. Time makan kadang- kadang kena paksa... Makan memilih.. Kalau tak kena dengan seleranya.. Konfirm dua kali suap dia dah tak nak.. Macam- macam alasan diberinya... Saya risau dia tidak mendapat zat makanan yang secukupnya.. Maka, saya memilih MEALSHAKE untuknya.. kerana lengkap dengan segala nutrien yang diperlukan.. Sekarang ni, mulutnya asyik nak mengunyah je.. Dah kurang dah bersin seawal pagi (selalunya dia akan bersin n hidung berair waktu pagi) ... 

Bila saya masukkan MEALSHAKE dalam susu Hannah?

Setiap hari, waktu pagi selepas dia bangun tidur... Saya anggap itu sarapannya, sebelum benar-benar dia makan pagi di rumah pengasuhnya..

Berapa sukatan diperlukan untuknya?

Hanya sesudu sehari.. Saya guna sudu untuk susunya untuk menyukat.. Biasanya 6 sudu susu tepungnya + 1 sudu mealshake...

Habis licin diminumnya... Insha Allah ada zat untuknya dan semoga bagus juga untuk kesihatannya... Dengan izin Allah... 


Mengapa Meal Shake???


Dieyna memilih mealshake kerana :-


1. Lengkap dengan segala keperluan nutrien anak anda.. dilengkapi dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.

2. membekal nutrisi kepada sel tubuh

3. Membantu tumbesaran

4. Kelazatan rasanya tanpa pewarna dan perasa tiruan...





Dibawah ini juga Dieyna ada beberapa testimoni pengguna MEALSHAKE yang lain...



Boleh klik pada gambar kalau nak baca cerita gembira yang dikongsi oleh para ibu yang lain
tentang MEALSHAKE..

BERMINAT???
BOLEH TERUS WHATSAP/ MSG DIEYNA UNTUK HARGA TERBAIK DI PASARAN..

019 - 2481068 

ATAU

932071 SHAKLEE ID

Isnin, 15 April 2013

Kesihatan yang baik ...

Sepanjang cuti berblog.. banyak perkara yang Dieyna buat termasuklah bermalas- malasan di depan tv dan juga menghadap facebook sekali sekala.. itupun depan handphone je.. Jiran sebelah rumah sentiasa duk post tentang SHAKLEE dalam facebook dia.. Dieyna baca dan sangat tertarik.. Dieyna akui Dieyna kurang makan sayur dan buah.. so, rasanya vitamin dan mineral memang tak berapa nak cukup.. yang terlebih cukup rasanya KOLESTROL dan LEMAK TEPU je haha... :))

Dieyna order dengan jiran tu.. minuman berkhasiat yakni Energizing Soy Protein atau dipanggil ESP.. Harganya boleh tahan tapi dapat harga ahli. lega skit.. semangat nak minum ni sanggup berhabis duit.. Masa tu memang tak tau dah HAMIL.. Dieyna mula minum.. Apa yang Dieyna rasa?? Baru minum sekali memang takde rasa apa- apa.. kisah benar..  Lama- lama minum... terasa badan bertenaga.. Alhamdulillah...

Nak dijadikan cerita, Encik somi kena buat medical checkup.. Malangnya medicalnya gagal sebab detect ada darah tinggi.. so kena sentiasa ulang- alik klinik untuk bacaan tekanan darah.. tiga kali pergi tiga kali tak lepas... Mana lepas nak masuk SITE.. asyik kena standby jelaa.. Tiba- tiba Dieyna terfikir nak suh dia minum ESP.. mana tahu kot menjadi..

Bancuhan setiap pagi untuknya Dieyna sediakan 1 sudu ESP + 5 sudu kecil oat + air suam.. itulah sarapan untuk si dia selama beberapa hari.. Pi pulak klinik check tekanan darah.. ALHAMDULILLAH.. tekanan darahnya kembali normal.. HOOREEEYyy.. SYUKUR... Dia pun bersemangat nak minum lagi ESP ... dan yang bestnya dia kata
" Oke jugak minum esp ni, perut rasa kenyang hingga tengah hari, tubuh pun tak letih"

Dua tiga minggu kemudian, dia bawak lagi cerita bangga.. senyum hingga telinga ar...

" Kawan abang kata, dah tak nampak dah perut abang,, diorang tanya abang buat apa perut kurang buncit"
" tali pinggang abang ni dah kena tebuk lubang baru laa.. longgar je tali ni"

Alhamdulillah, ESP betul berkesan untuknya.. 

Inilah ESP
Banyak khasiat berbaloi memilikinya..

KHASIAT ESP boleh rujuk gambar ni ye..


Jika berminat bolehlah hubungi Deyna yer @ D Hannah Shoppe (facebook) atau terus je order melalui talian 019-2481068... wasap/ viber/ we chat pun boleh..

Sekarang Dieyna juga Pengedar Shaklee... 
Jangan runsingkan harganya sebab Dieyna akan bagi HARGA TERBAIK UNTUK KORANG.. 




Khamis, 11 April 2013

Iklan : Khas untuk penggemar Tupperware

Jenama TUPPERWARE BRANDS dah memang femes kan.. Nak nak dalam kalangan suri rumah.. Biasanya orang kata barang tupperware mahal.. Tapi sebenarnya berpadanan dengan kualiti dan servisnya...

Apakah kelebihan TUPPERWARE BRANDS??

1. Barangannya ada WARRANTY SEUMUR HIDUP.. diulangi WARRANTY SEUMUR HIDUP.. ( barangan lain ade??)

2. Barangan yang rosak boleh ditukar.. dengan syarat kerosakan semulajadi.. rekahan, menggelupas, menggelembung. Kalau kena gigit tikus takleh tukar ye...

3. Jenama yang diyakini bebas bahan kimia tersembunyi..

5. Warna yang sangat menarik...

6. Boleh MENAMBAH PENDAPATAN ANDA JIKA MENJADI AHLI TUPPERWARE...

Bagaimana nak jadi ahli??

Caranya mudah sahaja... anda cuma perlu dua pilihan di bawah..

1. Pembelian RM280 dan anda mendapat keahlian percuma.. lengkap dengan BEG KIT.. rujuk gambar...


2. Yuran keahlian RM 70 + RM150 pembelian runcit...


Sebenarnya ada banyak lagi faedah menjadi ahli tupperware..
 Untuk keterangan lanjut sila ke
atau wasap di 019-2481068.



Rabu, 10 April 2013

Mengapa kurang berblog??

Ada ke yang tanya soalan ni eik?? Lama sangat tak update berblog.. Otak dah jadi tepu nak menulis.. nak berkongsi cerita.. 

Awal Februari.. balik kerja asyik keletihan kerjanya nak tidur saje.. Pandang laptop jadi jemu.. jemu sejemu- jemunya.. Padahal sebelum ni laptop tulah peneman waktu senggang.. Rasa kepelikan sedang berlaku... puncanya.. ???

Memandangkan kepelikan makin berleluasa, Dieyna buat keputusan membeli sesuatu di farmasi.. Tak sampai RM10 pun.. Mungkin benda itu mampu menjelaskan situasi yang berlaku.. 

Akhirnya terjawab.. Penantian selama hampir 3 tahun berakhir... Itulah puncanya kepelikan berlaku dan kemalasan tahap dinasor melanda,,, 

Syukur Ya Allah,, detik itu kembali lagi walaupun yang pertama dulu masih terasa ..Terima kasih Ya Allah... kucubas jaga amanahmu ini sebaiknya...

Itu sahaja cerita kali ini... 

 Hannah> suka hati sangat dah sebab Hannah nak jadi kakak dah... hihi

Catatan Popular