well, well, well.. aku kan pekerja cemerlang.
haruslah rajin. sebab tu bos sayang.. :P
Salam semua.. rasanya dah lama Dieyna tak keluarkan entri tutorial mudah kan?? Hehe Kali ni Dieyna tulis tutorial ni bagi menjawab soalan Cikgu Etuza kita yang berbunyi begini…
Kena minta pengeras dulu ni baru boleh jawap soalan cikgu ni nampaknya.. Hehehe gurau je cikgu… Jangan marah yer…
Nak buat feed url macam yang ada di atas tu, senang sahaja… Dieyna tak pasti Cikgu guna “interface” baru atau lama… Insya Allah Dieyna akan cuba sampaikan ilmu ni sehingga cikgu faham k.. Hehe
1. Mula-mula, kita kena masuk DASHBOARD dahulu…Paling mudah kalau kita masih pakai DASHBOARD lama…Yang macam ni
Jangan tenung lama- lama awek atas basikal tu ye.. Hehe pesanan daripada penaja rancangan,,, Iklan kejap…
2. Nampak tak perkataan DESIGN tu… Kalau nampak .. klik pada butang Design tu… Sampailah keluar paparan macam ni
Paparan ni akan ikut layout template korang.. Takkan sama laa ye..Yang penting kat mana- mana layout pun pasti akan ada perkataan ini ADD A GADGET…. Jangan pandai- pandai kata takde ye.. Pasti ada… Dah jumpa tu, sila klik pada perkataan tu sehinggalah keluar ini
Scroll ke bawah sehinggalah jumpa perkataan FEED… mcm ni
3. Dah jumpa FEED kan.. oke, klik butang FEED tu… Pasti akan keluar macam ni
4. Siap isi url kemudian boleh klik “continue”… maka keluarlah kotak ini
5. Tekan “save”..Dah save tu boleh laa nak letak kat mana2, kat sidebar ke, kat atas body post ke. kat bawah ke…
Sekian, terima kasih….
Buat pertama kali, hari ni baru kenal buah roselle ni.. Itupun sebab member sekolah bawak.. Hehe jakun kan…Tak sabar rasanya nak share kat dalam blog ni, buah yang pertama kali tengok dalam alam dewasa ni.. alam kanak- kanak ribena tu tak pasti pulak.. tak ingat dah…
Cantik pulak rupa buah ni.. Member beritahu makan mentah pun sedap… Kalau dibuat jus, rasanya ala- ala ribena blackcurrant tu.. hehe Alang- alang buah dah ada depan mata, terus nak cuba buat JUS ROSELLE @ Ribena Malaysia kononnya… Dieyna minta tunjuk ajar daripada kawan , maklumlah tak pernah buat.. kenalah tanya banyak kan…
Rupanya caranya senang sahaja.. Buah di atas ni dibuang dahulu bijinya yang berada.
Kemudian, kulit luarnya yang berwarna merah nyale tu direbus bersama gula… Ala, macam nak buat ibu sirap tu…
Selepas direbus, air rebusan ini dikisar bersama kulit-kulitnya bagi menghasilkan warna yang lebih menarik.. Kemudian, tapis berulang kali menggunakan penapis teh agar jus ini menjadi cair. Dah siap tapis simpanlah dalam bekas TUPPERWARE hehe.
Jus Roselle homemade Dieyna sudah siap.. Sesuai dihidang sewaktu berbuka dan tak berbuka hehe….
P/s : Pahni tak perlu beli Ribena dah.. Sebab rasanya masam- masam manis lebih kurang air ribena jugak… Hehehe gerenti Halal … hehe
RASANYA NAK BUAT SEGMEN LAAH PAHNI.. ADA YANG BERMINAT TAK????
Pinjam gambo pak cik Google.. Di sinilah rumah bujang kami masa tu... Sekarang ni, dah cat baru dah.. |
Gambar Kak Ti sekeluarga hehe Curik dr FB dia haha |
Kak Cah dan cucunda nya... Curik jugak dari FB dia |
Aduss ,, bulan Julai ni bulan sendu menulis,. BW pun kurang.. Idea hilang ntah ke mana… Terima kasih kepada rakan- rakan GSF dan rakan blogger yang masih sudi bertandang walaupun entri yang ada agak sendu sedan.. hehehe
Nak tulis apa lagi ye… urmm… fikir jap… korang berbuka apa semalam?? Hari pertama berbuka puasa mesti ada yang kemaruk makanan kan??? haha Kitorang masak ni je
Sup sayur untuk Hannah dan orang yang dalam pantang. Kari ikan kurau dan sambal pedas sotong. Untuk desert pulak, Dieyna sediakan ini
Puding Karamel Milo….Segar tekak tatkala memakannya tika sejuk. Hehe berminat nak dapat serbuk ni .. boleh jengah D Hannah Shoppe ye.
Hari ni pulak cadangnya nak buat nasi lemak kukus untuk berbuka puasa.. Korang cadang nak masak apa pulak untuk hari ni? Jom kongsi skit.. hehe
Hari ni hari pertama bersahur… Bangun seawal 3 pagi untuk memasak… Biasalah big boss nak makan panas- panas.. hehe
Menu sahur Dieyna hari ni ikan goreng, singgang ikan, nasi putih dan ayam gulaill (ayam gulai ni lauk tengahari). Maaflah takde gambar nak tunjuk…
Jom kongsi kat sini..
APA MENU SAHUR KORANG YE??? HEHE
Tinggal sehari je lagi…
Salam Ramadhan untuk semua… Semoga Ramadhan ini memberi seribu makna untuk kita semua.. Pohon kemaafan andai selama ini ada kata yang mengguris rasa… Salam Ramadhan daripada Dieyna sekeluarga..
Baru- baru ni Dieyna beli kolam renang kat Hannah.. Hehe beli kat Giant dengan harga RM 14.90.. Punyalah dia suka hati berkubang dalam kolam tu, sampai taknak keluar dari kolam. Kecut habis jari jemari kaki dan tangannya…
Kami tak biarkan dia mandi berseorangan. Dia mandi bersama sepupunya Muhammad Hasif. Walaupun begitu, pemantauan orang dewasa pun kena ada. Bahaya ada di mana- mana. Dalam- dalam duk suka nanti timbul duka pulak… Beginilah aksinya dapat mandi manda dalam kolam renang baru hehe…
Masa ni Hannah kata “ Ibu, ibu nak idur jap”.. “Urmm edapnye.“
Nak ajar dia berenang kononnya.. hehe nak tiru Sheikh Muszhaphar ajar anaknya tak sampai setahun dah berenang.. haha ..
Puas berkubang dalam air.. Jadi model kejap… Ingat Asya Lya Afrina je boleh jadi model hahaha… Hannah pun boleh tau.. Tertonggeng- tonggeng sampai.. nak bergambar punya pasal haha.
Takde idea nak tulis entri.. tulis pasal Hannah laa tak pe kan kan kan… Hehehe …
AMARAN DARIPADA PENAJA
AWASI ANAK ANDA SEWAKTU BERMAIN KOLAM RENANG BEGINI.. SALAH LANGKAH BURUK PADAHNYA….
Semalam, 12 Julai 2012.. Hannah dapat kawan baru, Muhammad Zill Qayyim namanya… Hannah dah lama nak baby… Nampak eksaited sangat dengan baby.. Ibunya pula, tak de rezeki lagi nak produce baby baru, kesian Hannah.. Apa-apa pun Qayyim leh jadi adik Hannah kan???
Sengih sengih sambil jelir lidah.. hehe kecik- kecik rambut dah terpacak elok punya…
Tahniah kepada adik Dieyna, Nurul Huda dan Zul atas kelahiran cahaya mata sulung ini. Semoga korang menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Zill Qayyim..
Kepada Zill Qayyim, Semoga menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa. Membesarlah menjadi anak yang bertanggungjawab.
Semoga keluarga korang dimurahkan rezeki.
Pernah dengan puding karamel?? Mesti pernah dengar punya. Puding ni perlu dikukus atau dibakar terlebih dahulu sebelum disejukkan dan dingap hehe dimakan….
Ini resepi asalnya yang Dieyna ambil dari blog SweetHoney
Puding Karamel
Sumber : @Sue-Hasue
Resepi asal : emee @ myR
Bahan-bahan
3 sudu besar gula pasir
1 tin susu pekat manis (saiz kecil) atau 3/4 tin saiz sederhana
7 biji telur ayam
1 cawan air
1 sk esen vanilla
1 sk tepung kastard
Cara-caranya
1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata. Bila gula dah hangus(keperangan) keseluruhannya, tambahkan 2 sudu besar air. Ketepikan..nanti ia akan cair sepenuhnya..
2. Telur dipukul sedikit sahaja,cukup kuning dan putih telur sebati..pastu masukkan esen vanilla dan susu pekat tadi. Kacau rata guna senduk,baru masukkan air..kacau sampai sebati.
3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....adalah disyorkan puding tadi ditapis semasa menuang ke dalam loyang/bekas yang sudah berisi karamel tadi
4. Bakar menggunakan kaedah bain marie pada suhu 170c selama 45-5o min bergantung oven masing2 dan saiz bekas..
Puding sudah masak apabila permukaannya tidak bergoyang lagi..sejukkan dan telangkupkan di atas pinggan sesuai dan lebih enak dihidangkan sejuk2..
Nak tengok puding karamel Dieyna yang menggunakan resepi lebih mudah dan lebih pantas, yang penting setanding dengan resepi di atas….
Resepi Dieyna mudah sahaja, tak perlu bakar, tak perlu kukus, tak perlu telur, tak perlu esen vanilla dan tak perlu tepung kastard… Hehehe abiss tu dah semua tak perlu, apa yang perlunya??? Konfius konfius…
Resepi Dieyna korang hanya perlukan gula dan susu.. Haha tak percaya ke??? Percayalah…. cuma dalam resepi Dieyna ada satu bahan rahsia… iaitu jeng jeng jeng
Ini laa dia.. korang baca sendiri kat cara- cara tu … Budak darjah 6 pun boleh buat puding ni hehe.. Sediakan gula hangus dalam loyang, didihkan susu cair atau fresh milk dalam periuk berasingan… Apabila susu dah mendidih, masukkan serbuk di atas , kacau perlahan. Padamkan api. Tuang dalam loyang. Masukkan dalam peti selama 2 jam… Terbalik untuk dihidangkan… Senang kan..????
Sangat enak apabila dimakan sejuk- sejuk…
Nah sepotong untuk hidangan mata korang… tapi ianya menjadi hidangan perut Dieyna.. haha sila jeles…
Cuba tanya diri korang…rasa-rasanya berminat tak nak cuba resepi puding Karamel Dieyna ni… Kalau berminat, boleh sms Dieyna untuk tahu harga serbuk easy caramel tu di talian 019-2481068.. ataupun bolehlah korang membuat pertanyaan di D Hannah Shoppe fanpage/ Best Tupperware
Ps : Ada lagi produk baru akan menyusul selepas ni…. tunggguuuuuu