Halaman

Sabtu, 30 Jun 2012

Kembali senyum..

 

Dua hari emosi terganggu.. Mudah sangat tersentuh padahal perkara yang berlaku salah faham je.. Sekarang semuanya sudah tenang.. Alhamdulillah.. Terima kasih kepada rakan-rakan yang prihatin.. Emosiku dah kembali oke.. dah boleh senyum dah hehe… Bukan senyum je tapi dah ketawa terbahak- bahak pun cuma versi sopan dan santun… hehe sayang korang tau…

seksi skit hehe

JOM JOIN PARENT POP QUIZ SAMA- SAMA.. BOLEH DAPAT SAMPLE LAMPIN DRYPERS.. KONGSI SAAT INDAH BERSAMA INSAN TERSAYANG…

 

 

 

 

Selasa, 26 Jun 2012

Deko Laman

 

Cuti Jumaat dan Sabtu lepas, kami sekeluarga tak balik Kemaman sebabnya nak buat operasi membersihkan laman belakang dapur.. Seminggu lepas, en suami dah membuat operasi meracun mini zoo kami tu.. Lupa pulak nak tangkap gambar .. pinjam gambar pakcik google jap.. teruk skit keadaan tumbuh- tumbuhan belakang rumah kami daripada yang dalam gambar ini.. korang bayangkan jela ye hehe

Siap proses meracun.. kami pun menjalankan operasi mencabut, mencangkul dan membersihkan laman dapur kami. Mana- mana pokok makanan yang menjadi mangsa racun, kami buang. Padahal sebelum proses meracun tu, dah banyak kali pesan pada en suami, jangan sampai racun tu terkena pokok serai dan pokok bunga kantan yang ada.. Malangnya.. terkena juga.. Dah ajal dia kata suami huhu suka- suka dia je

Beginilah rupanya keadaannya selepas proses membersihkan…

DSCN3725

Nampak tak daun pandan tu ada kesan kuning2.. tempias kena racun laa tu.. harap2 tak mati daun tu.. huhu… Pokok kunyit, pokok limau purut, dan pokok bunga ros tu baru tanam dalam tanah .. sebelum ni pokok- pokok tu dalam pasu….

Bagi mengelakkan rumput tumbuh kembali.. Kami membuat keputusan menabur batu- batu kecil yang dipanggil batu chiping… (Tak pasti betul atau tak ejaan tu). Jadi, kami beli batu chiping 2 tan lebih dengan kos RM130.00.. Bagi Dieyna murah dah harga tu.,.

Sebelum menabur batu chiping, tanah tu perlu dialas dengan plastik hitam terlebih dahulu. Plastik hitam tu boleh dibeli di nursery.. Dieyna beli dengan harga RM2.00 semeter. Plastik ini sangat berguna untuk mengelakkan rumput naik di kawasan tersebut. Ada juga yang guna, plastik alas meja untuk alas tanah tu, tapi rasanya kos lebih tinggi.. Selesai mengalas tanah dengan plastik, kami pun memulakan kerja- kerja menabur batu- batu chiping dan tak lupa juga letak tapak kaki refleksologi untuk extra hiasan hehe…. dan inilah hasilnya… taraaaaa

DSCN3739[1]

Laman dapur nampak lebih kemas, risiko ada serangga atau binatang berbahaya kurang.. Nak bagi anak bermain pun takpe.. Tengok dah ada basikal kat situ… Serius.. Dieyna sangat suka tengok wajah baru laman dapur ni.. Tak risau nak buka pintu dapur …

Pendapat Dieyna, tabur batu ni tak perlu kita jaga sangat.. berbanding rumput karpet.. Kalau rumput naik pun, kita akan nampak .. Walau bagaimanapun, bahaya tetap ada.. Anak jatuh dan luka.. Kita kena berjaga- jaga jelah.. risiko ada di mana- mana kan…

DSCN3740[1]DSCN3741[1]

Model laman edisi terhad hehehe

p/s :

JOM JOIN PARENT POP QUIZ SAMA- SAMA.. BOLEH DAPAT SAMPLE LAMPIN DRYPERS.. KONGSI SAAT INDAH BERSAMA INSAN TERSAYANG…

Isnin, 25 Jun 2012

Sangat perlu berubah

 

Kadang- kadang kita perlu berubah.. berubah ke arah yang lebih baik.. bukan berubah kepada keadaan yang lebih buruk.. Hehe Tak gitu?? Entri ni nak mengimbau kenangan dulu.- dulu….

Sebelum pulang ke negeri tanah tumpah darah tercinta.. Terengganu.. Dieyna bertugas di Kuala Lumpur selama hampir 10 tahun.. Cuba kira sendiri… 18 Jun 2001 hinggalah 1 Jun 2010….. Lama kan…

Bertugas di KL… penuh cabaran.. banyak kerja.. sepanjang masa fikir kerja kerja kerja… kerja pengkeranian yang menjadi keutamaan.. Boleh dok kata gitu.. Kena buat fail itu, kena buat fail ini, kena buat itu, kena buat ini.. maklumlah pegang status bujang n available.. takde komitmen orang kata… so, SILA BAGI SEMUA KERJA… Hahaha… tak campur kena bawa budak- budak main hoki, main bola jaring, main bola baling, main bola sepak (hehe terlibat jugak tau walaupun perempuan, kesnya tukang anto ambil je bebudak tu) Tapi masa tu tak kisah pun, kawan- kawan punya pasal.. semua redah… Pendek kata, tak yah berkira kerja…

Memandangkan terlalu sibuk menguruskan urusan kerja, maka Dieyna dikategorikan sebagai perempuan yang sangat RRRRAAAJIIINNN masak.. Haha boleh rebus maggi n kadang- kadang je masak.. Bayangkanlah tong gas boleh pakai setahun… haha maknanya apa tu?? haha Rajin kan…Macam nilaa rupa kalau kena masuk dapur.. haha stress… 

Rutin harian… bangun pagi, terus lunch.. haha no sarapan- sarapan… Kerja petang, malam tidur lambat, kul 10 atau 11 pagi dah terpacak dalam pagar sekolah.. sarapan pagi dan makan tengah hari gabung sekali di kantin sekolah or di mana- mana kedai berhampiran… haha RAJIN KAN??? Malam pulak.. tak susah bawah rumah (rumah pangsa) ada deretan kedai makan.. pilih je mana- mana kedai yang berkenan di hati.. Jangan lupa ambil nombor telefon tuan kedai, senang nak kol.. order makanan haha bijak- bijak…. Siapa-siapa boleh tiru idea ini ok…Mulut kena ramah sikit… baru senang bawa diri…

Sekarang ni, rutin dah berubah.. masa di rumah lebih banyak.. dah bergelar isteri dan juga ibu kan.. ada mulut lain yang perlu dijaga makan minum nya.. dulu lain, kalau lapar sekalipun tapi sebab MALAS.. Maka rela tidur untuk tahan lapar…Memang patut berubah kan, no excuse.. no reason.. sekarang tanggungjawab lagi besar… Allah dah mengaturkannya dengan begitu baik sekali… Daripada seorang yang tak berapa rajin masak menjadi manusia yang terlebih suka mencuba resepi dan masak.. Sudahnya… berat bertambah haha… dan yang paling mengejutkan, boleh ambil tempahan buat kuih dan kek.. Sehingga hari ni rasa macam tak percaya.. hahaha ADAKAH DIEYNA BERMIMPI???? Please sapa2 tolong kejutkan… haha

KITA PERLU BERUBAH… SELAGI KITA INGINKAN PERUBAHAN ITU… SELAMAT BERUBAH…..

p/s : Jangan lupa berkunjung ke D Hannah Shoppe ye.. Di situlah bukti perubahan DIEYNA hehe

Sabtu, 23 Jun 2012

Masih lagi S.O.X

 

Korang pasti ingatkan, Dieyna pernah menulis entri promosi berkenaan S.O.X iaitu acara yang dianjurkan oleh CELCOM untuk para belia yang berkebolehan dalam tarian, bola keranjang dan drum…. Acara tersebut dah berakhir dengan jayanya pada 3hb Jun 2012 yang lalu di MABA Stadium Kuala Lumpur.. Pasukan mana yang berjaya memenangi acara terbesar Celcom ini telahpun diketahui……

Sekarang, korang pula diberi peluang untuk bersuara dan memilih pasukan kegemaran korang…Celcom sedang mencari pasukan pilihan penonton.. Caranya mudah sahaja.. Korang cuma perlu klik gambar ini untuk mengundi.

sox

Korang boleh membuat pilihan kategori.. Kemudian, boleh mula memilih.. Jangan lupa tinggalkan komen korang sekali..

sox1

Tunggu apalagi.. JOM UNDI PASUKAN PILIHAN ANDA…..

Jumaat, 22 Jun 2012

Promosi : School Of X (S.O.X) 2012

PROMOSI S.O.X BERLANJUTAN SEHINGGA 22 JUN 2012
Acara terhebat S.O.X kembali lagi, dengan tiga acara terbesar diadakan dalam masa satu hari. Ianya sudahpun menyerang Kuala Lumpur, Kuching, Penang dan Melaka dalam pencarian pasukan S.O.X terbaik.
Pasukan daripada 4 buah negeri berentap untuk memenangi hadiah yang sangat lumayan…

Pasti korang teruja untuk melihat aksi- aksi hebat daripada pasukan yang berbakat kan?? Ini dia, salah satu rakaman  yang Dieyna akan paparkan untuk korang.
Nak tengok video lain?? Cuma perlu KLIK VIDEOS sahaja untuk melihat kehebatan pasukan sekolah setiap negeri beraksi. 
Pasti korang nak tahu kan pasukan mana yang akan mewakili negeri masing-masing dalam acara akhir yang telah berlangsung hari ini kan. Salah satunya ialah pasukan SMK Methodist untuk acara Bola Keranjang. Nak tahu pasukan yang lain korang boleh Klik DI TEAM RESULT.
Anda juga diberi peluang untuk memilih sendiri pasukan yang diminati.. Caranya mudah sahaja, KLIK DI S.O.X FAN FAV dan tekan LIKE pada pasukan pilihan.. Senang kan… 
JOM TUNGGU APA LAGI JOM TERJAH KE S.O.X…
P/S : Dieyna sendiri pakai nombor celcom sejak tahun 2001… masih lg kekal dengan nombor telefon yang sama. Setias kan… Celcom, takde reward ke untuk pengguna setia macam Dieyna ni…

Review Samsung Smart Camera DV300F

Korang sedang mencari-cari kamera digital? Ada berita baik untuk korang.. Samsung telah memperkenalkan kamera kompak yang lebih mesra perkongsian…Jenama samsung kini sedang menongkah populariti.. Di mana- mana sahaja malahan sesiapa sahaja mengenali SAMSUNG…Gajetnya lebih mesra pengguna dan yang penting mampu dimiliki…

Kamera Samsung Smart DV300F memberikan kepuasan baru kepada anda. Dengan hanya satu klik, gambar terakam.

Selalunya kita perlu menggunakan kabel ataupun pembaca kad memori untuk mengalihkan gambar ke PC ataupun LAPTOP kita. Dengan menggunakan Kamera Samsung Smart anda tidak memerlukan semua itu. Ini kerana, kamera canggih ini telah dibina bersama keupayaan WIFI.. Hebatkan?? Ini bermakna, anda boleh terus memuatnaik gambar yang dirakam terus ke Facebook ™, Picasa ™, Photobucket ™.

Selain itu, anda akan rasa lebih seronok menguruskan gambar yang dirakam kerana kamera ini dilengkapi ciri AutoFun seperti  Foto Motion, Gambar Dalam Gambar dan Shot Split. Anda juga boleh mengedit gambar potret yang dirakam menggunakan program Funny Face seperti ini

Pasti seronok bukan.? Selain itu, kamera ini juga dibekalkan dengan Frame Magic. Pusingkan potret ke dalam filem lama, atau letakkan wajah seorang kawan pada papan iklan. Frame Magic datang dengan 12 template latar belakang seperti Wall Art, Full Moon, Majalah dan Holiday yang membiarkan anda mudah membuat poster-kualiti seni yang sempurna untuk dikongsi…

Kamera ini mempunyai reka bentuk klasik tetapi dengan sentuhan moden. Dengan reka bentuk moden dwi skrin LCD, LCD depan kemas tersembunyi meninggalkan banyak ruang untuk gaya. .Dengan badan ramping, sempurna dan reka bentuk bulat, kamera ini pasti lebih mudah dipegang…

Ciri- ciri lain kamera ini adalah seperti berikut :

Spesifikasi fizikal

Dimensi
Dimensi (WxHxD)
95,2 x 56,5 x 18,3 (20.0) mm

Berat
120g (tanpa bateri dan memori kad media)

Suhu Operasi
0 ~ 40 ° C

Kelembapan Operasi
5 ~ 85%

Nak tengok ciri- ciri lain.. Anda boleh KLIK SINI….Pasti keterujaan anda lebih meningkat.. hehe

Sebelum terlupa, anda pasti nak tahu harga kamera smart ni kan??? Jangan terkejut ye kawan- kawan kerana harganya hanya RM699… Boleh sangat kalau korang nak beli yer….

Khamis, 21 Jun 2012

Jangan suka tangguh…..

 

Kerja banyak tapi biarkan dahulu sebab lambat lagi tarikh tamat.. Bila dah last minute, baru nak mula buat.. Mulalah nak kelam kabut nak menyiapkannya..Jadilah kerja tu tak sempurna, pasti ada kesilapan di mana-mana …

Esok nak periksa, hari ni baru nak belek buku nota, ke hulu- ke hilir.. sempat ke nak cover subjek yang banyak topik dalam masa sehari dua.. Memang tak sempat punya… Bersyukur jelah jika tak blank semasa menjawab peperiksaan…

pinjam gambar pak cik google…

 

p/s : Susah nak buang sikap tangguh kerja ni.. huhu nak buat kerja nak tunggu mood datang.. kalau takde mood, nak buat kerja pun tak senang… haaha sapa setuju, sila angkat tangan… hahaha

Isnin, 18 Jun 2012

R.E.Z.E.K.I.

 

Terima kasih kerana sudi membaca eh salah melihat entri K.O.S.O.N.G semalam.. Sebenarnya, Dieyna takde idea nak menulis.. Pandang skrin windows live writer .. Kosong.. takde idea. Hehe last- last Dieyna tulis je kosong… abih cerita maka  terjawablah persoalan korang ye…ramai gak yang komen entri kosong tu.. Bangga Hati Akak tau… Kembang- kembang ada bunga n lebah sekali haha…

Malam ni .. nak bercerita pasal rezeki.. Baru tiga hari lepas Dieyna cerita tentang pendaftaran perniaagaan dengan SSM sehingga tertubuhnya D Hannah Shoppe.. Langkah pertama memajukan diri dalam bisness online..

shoppe

Korang boleh nampak widget ni kat sidebar.. paling atas Dieyna letak.. senang skit korang nampak… Jangan lupa LIKE sekali eik.. hehe.

Walaupun D Hannah Shoppe masih baru.. Alhamdulillah, nampak ada sambutan dan kepercayaan daripada pembeli. Syukur sangat- sangat. Ada beberapa produk mendapat sambutan, terutamanya serbuk cheese dan yang terbaru, Dieyna menerima tempahan membuat kek coklat… Bukan 1 tetapi 4 biji kek coklat ditempah oleh customer D Hannah Shoppe.. Betul- betul rezeki.. 2 biji kek gulung juga berada dalam senarai tempahan…

         DSCN3702[1]DSCN3705[1]

Syukur.. Daripada saja suka suka mencuba resepi daripada internet.. Rupanya ini jalan yang ditunjukkan olehNya.. Diberinya ILHAM dan MINAT.. dan akhirnya menjadi sumber pendapatan tambahan untuk kami sekeluarga.. Rezeki kan namanya… Semoga Dieyna tidak hangat- hangat xxxx ayam.. Semoga apa yang Dieyna buat sekarang dirahmati olehNya..

577190_390220214331374_1274326919_n

P/s : Sesiapa yang berminat dengan serbuk cheese di atas.. boleh klik pada gambar ye.. Sekian, terima kasih….

K.O.S.O.N.G

 

 

P/S : Ini je yang korang boleh baca… haha dah tajuk entrinya kosong kan… Nah… ambil tiga biji kosong ni… haha gurau-gurau senda skit,,,

Sabtu, 16 Jun 2012

Dari Dapur Dieyna : Bebola Ayam Goreng

 

Dah lama rasanya tak berkongsi resepi dalam blog ni.. Mungkin mood mencuba resepi dah berkurang agaknya… Kerja memasak ni ada mood juga,, kalau mood rajin, macam jenis masakan boleh buat.. kalau datang duri palas pulak, semua benda malas buat.. betul tak kaum- kaum ibu sekalian.. haha

Dipendekkan cerita, dalam peti sejuk rumah Dieyna ada ayam kisar Ayamas.. Lama dah tak buat nugget jadi tergerak hati nak buat semula, kali ni resepi berbeza dan bentuk pun berbeza.. Kenapa?? Sebabnya, Dieyna nak buat bebola ayam goreng homemade. Resepinya pun Dieyna main campak- campak je dalam mangkuk besar… Haha senang keje dan inilah hasilnya selepas digoreng.. Rangup gak..

DSCN3653_thumb[9]

Seterusnya, Dieyna nak share bahan- bahan campak tu  pula..

Bahan- bahannya

400 gm ayam kisar Ayamas

3 sudu besar serbuk roti original

2 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil serbuk lada hitam

garam secukup rasa

- Semua bahan di atas digaul rata. Kemudian, bentukkan bulat- bulat macam bebola.

Bahan salutannya pula ialah

4 biji telur

Garam secukup rasa

Serbuk roti warna oren

- Telur dan garam dikacau rata. Kemudian, ambilkan bebola ayam celupkan ke dalamnya satu persatu dan masukkan ke dalam bekas yang berisi serbuk roti oren. Kalau nak rangup, ulang dua kali proses celupan. Dah siap, bolehlah diletakkan dalam bekas bertutup macam ni….

DSCN3655_thumb[7]

Simpan dalam peti sejuk ye…  Boleh tahan lama tupun kalau takde orang makan.. Kalau ada yang makan, dua hari belum tentu boleh tahan.. haha

P/s : Selamat mencuba….

Perlu ke mendaftar???


Hari ini temankan adik pergi ke Kuantan untuk renew sijil perniagaan Kad Kahwinnya.. Boleh klik banner ZNH KAD KAHWIN sekiranya berminat ye..

Adik Dieyna beri cadangan kepada Dieyna supaya mendaftarkan perniagaan Best Shop di bawah SSM. Katanya ianya sangat penting untuk meraih kepercayaan pembeli dan juga memastikan peniaga online tidak dikenakan denda kerana meniaga secara haram. Sediakan payung sebelum hujan. Tak rugi pun katanya.. Lagipun SSM tengah buat promosi, yuran pendaftaran RM60 untuk 5 tahun.. Kira berbaloi la daftar sekarang kan???

Dieyna berbelah bahagi… nak daftar atau tidak? Dah main bilang- bilang jari akhirnya Dieyna mengambil keputusan untuk mendaftar…. Proses pendaftarannya tak lama pun cuma isi borang dan berurusan di kaunter… Selesai segala urusan maka dengan ini dimaklumkan bahawa Kedai online Dieyna yakni Best Shop telah selamat di daftarkan di bawah nama



Sebenarnya, hati masih ragu- ragu.. Adakah keputusan ini tepat?? Pendapat korang macam mana ye?? Sekadar nak tanya pandangan korang bagi mengurangkan rasa ragu- ragu ni..

P/s : Baru buka kedai runcit online, dah bimbang macam-macam huhu

Jumaat, 15 Jun 2012

Potluck Geng Ibu @ Taman Intan

 

Semalam kaum- kaum ibu di kawasan perumahan Dieyna ni buat potluck. Masing- masing bawa hidangan sendiri dan berkumpul di rumah Dieyna. Sangat enjoy dan suka hati.. Aktiviti begini memang merapatkan hubungan kami selaku jiran tetangga ni.

Sebelum ni, kami dah biasa buat potluck ni.. Dan yang paling bestnya, kami berbincang bukannya secara berdepan antara satu sama lain tetapi berbincang dalam GROUP SEMBANG-SEMBANG KAUM IBU.. Kebanyakan ahli group ni merupakan jiran tetangga Dieyna.. hehe.

Bayangkan hebatnya zaman cyber ni kan.. Jiran2 dah  tak perlu berkumpul depan rumah dah.. Dalam rumah masing- masing pun boleh buat perbincangan.. Tak gitu??

Dieyna nak tunjuk hasil jamuan semalam.. Korang tengok jelah ye.. hehe Jangan jeles, Jiran- jiran Dieyna memang best… Sayang diorang…

Dieyna selaku tuan rumah diminta menyediakan minuman je.. Tapi Dieyna dengan rela hatinya menyediakan Cheezy Wedges.. Biasalah promot bisness haha malangnya tukang ambil gambar tak ambil pulak gambar cheezy wedges Dieyna,,, ish ish nak kena potong gaji ni…. Lepas ni kitorang akan buat lagi.. Haha

P/S : Korang yang baca entri ni jangan jeles tau.. Kalau jeles jugak, jom jadi jiran kitorang … hehe satu lagi nak beritahu Jamuan Hari Raya tahun lepas pun meriah jugak, siap melibatkan kaum bapa sekali.. sayang sangat, tak ambil gambar… hehe

Rabu, 13 Jun 2012

Makan- makan di Restoran Penyu

 

Sebenarnya dah lama nak taip entri ni tetapi masa untuk mengupload gambar daripada kamera ke dalam laptop tidak mengizinkan. Biasalah kan..

Kali ni Dieyna nak share berkenaan jamuan perpisahan Guru Penolong Kanan sekolah yang diadakan di Restoran Penyu, Paka. Tanpa membuang masa.. meh tengok makanan yang disantap oleh kitorang.. hehe

Inilah makanan yang Dieyna makan semasa jamuan tu.. Bukan makan sorang tau.. Makan ramai-ramai, 10 orang satu meja. Makanan dihias menarik.. cuma sayangnya rasanya agak manis. Dieyna memang tak berapa minat sangat makanan manis- manis ni.. Walaupun begitu, makanan ni semua selamat dihabiskan oleh kami bersepuluh.. Hehe lapar punya pasal.

Lokasi Restoran Penyu ini sangat mudah dicari. Ianya berada di laluan utama ke Kuala Terengganu, berhampiran pasaraya Ten Ten, Paka.. Kalau datang Paka, bolehlah singgah ke restoran ini kalau nak mencubanya..

Selasa, 12 Jun 2012

Baik punya Idea...

Sejak dua menjak ni, otak jadi buntu.. hehe agaknya selepas penangan entri B.U.N.T.U hari tu kot.. Lagipun dah start sekolah semula, otak jadi banyak persimpangan.. haha berliku-liku dan bercabang- cabang.. Kerja dah bermula..  Berdepan dengan anak-anak yang ramai di sekolah, melayan kerenah mereka.. faham- faham jelah... :) senyum je... (Ye ke senyum je atau hehe gelak jahat) 

Memandangkan otak dah buntu nak fikir entri apa nak tulis, makanya.. Dieyna nak share satu benda yang Dieyna jumpa dalam facebook BUSSINESS CHEESE (nak order boleh klik LINK ye, haha dang lagi promot... bacalah LINK ni sekali... )

Abiss dah iklan kat atas, Korang boleh baca nota ni pulak.. Bagus gak idea ni .. 


p/s : Rumah siapa yang banyak nyamuk tu, boleh lah try petua ni.. haha mana tau berkesan... haha sambil gelak guling2.... 

Isnin, 11 Jun 2012

Istimewa untuk Kina

Tiada kata yang mampu diucapkan.. Sungguh… Dieyna kenal Kina melalui laman sosial facebook , GSF FB.. Sekadar komen status yang ditinggalkan di group tersebut… sehinggalah Kina memasukkan entri terbarunya tika itu

express segmen: kina nak edit blog

Segmen ni Dieyna join dengan pantasnya, hehe lagipun dah lama nak upah orang edit blog.. Almaklumlah tak berapa pandai nak edit sendiri.. Alhamdulillah, Dieyna antara lima orang yang terpantas.. Senyum sampai ke telinga sekejap.. Bermula pada detik dan ketika itu, kami berhubung melalui laman mukabuku… Perbincangan demi perbincangan sehinggalah terhasilnya wajah baru blog wardahilmu ini.. Cantik tak??? hehe semua sponsor, Header mama Arina dan layout, Kina sponsor buat.. Katanya, nak edit dengan IKHLAS…

Terima kasih KINA.. Tak tahu nak bagi ungkapan apa.. Sejuta terima kasih rasa nak bagi..

Sepanjang berblogging ni, bersyukur sangat- sangat kerana dipertemukan dengan insan- insan yang sangat bermurah hati .. Terima kasih banyak-banyak

Cerita seterusnya pasal Kina…Nampak doodle ni.. Hadiah Kina untuk Dieyna.. Sungguh baik hati, dahlah tolong edit blog Dieyna yang pink menyerlah gitu ni.. siap bagi doodle comel lagi.. patutnya Dieyna yang perlu bagi something untuk Kina kan?? Ermmm….

Sesiapa yang baca entri ni.. jemputlah singgah blog KINA.. Banyak entri menarik yang ada di sana.. Klik je link kat bawah ni ye, korang akan sampai ke blog KINA…

HOME | TEMPAHAN | TUTURIAL |MARI BERCERITA | SAHABAT|CONTEST

 

p/s : Seronok sangat jumpa rakan blogger yang baik hati dan tak loket ilmu.. Semoga Allah memberkati kehidupan mereka..

Ahad, 10 Jun 2012

B.U.N.T.U.

Jumpa masalah ni di Facebook tadi... Siapa boleh selesaikan??? Uji  IQ korang dan diri sendiri juga...

Mana hilang seringgit lagi ni ??? Huhu

Mood : Tengah fikir.... Jom korang fikir sama...

Sabtu, 9 Jun 2012

Demam Tonsil

 Hari ni hari last duk bersenang-lenang. Esok, agenda pekerjaan bermula… Hannah pula tak berapa sihat.. Semalam, Dieyna bawak dia pi klinik. Ada ulser dan tonsil dalam mulutnya. Mujurlah Hannah kuat, doktor kata

“Ada beberapa tompok ulser dalam mulut kat tonsil tu, mujur awak datang cepat kalau tak, sakit sangat tu nanti, tapi saya tengok anak awak ni kuat, boleh senyum lagi tu”

Doktor beri beberapa jenis ubat termasuklah ubat untuk cepat keringkan ulsernya.. Huhu ubat lagi..Risau juga hati ni nak bagi ubat, bukan apa takut ada kesan sampingan. Doktor kata

Setiap ubat memang ada kesan sampingannya, tapi bergantung kepada cara penggunaannya.. Kalau awak beri ubat tak ikut dos yang ditetapkan ataupun beri ubat secara berterusan iaitu setiap hari dalam tempoh berbulan- bulan, memang akan memberi kesan jangka panjang. Kalau sekadar bg ubat sekali- sekala, tak mendatangkan kesan lagi..”

Menurut doktor, tonsil mudah membengkak jika
  • cuaca terlalu panas, 
  • kurang minum air.
  • persekitaran yang berdebu
Jadi, kena beri pesakit tonsil minum banyak air masak dan yang penting, kena elakkan daripada terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih..

DSCN3596[1]
Ada gaya demam tak?? Hehe
 P/S : Risau je kalau anak tak sihat.. Alhamdulillah Hannah tetap aktif walaupun tak sihat…Kalau dia lemah tak bermaya, lagilah bertambah risau kan… Jagalah kesihatan diri korang jugak.

Jumaat, 8 Jun 2012

Promosi Iklan @ Fraud Klik??

 

Perasan tak kat blog Dieyna sekarang ni ada sticky entri pasal CELCOM S.O.X.. Sebenarnya entri tu ialah entri promosi untuk B.E Nuffnang yang Dieyna dapat. Alhamdulillah, adalah peningkatan dalam nuffnang. Mana tahu ada rezeki boleh “cash”kan.. Hehe

Memandangkan Dieyna biasa membuat entri promosi tambahan untuk produk terpilih yang disiarkan oleh en Nuff di blog ini. Dieyna mula terfikir, adakah perbuatan Dieyna ni boleh dianggap sebagai aktiviti Fraud Klik… Dieyna tak nak tanda soal besar berlegar- legar dalam kepala otak Dieyna  maka Dieyna mengajukan pertanyaan kepada empunya badan sendiri iaitu en Nuff. Beginilah soalan Dieyna kepada mereka ;

help

Mesti korang nak tahu apa jawapan mereka kan?? Nah, Dieyna printscreen untuk korang.. Sila baca.. Kalau tak faham, jangan segan bertanya k.. Haha

help2

Dah baca dah? Hehe maka dengan suka hatinya… Nuffnang dah menjawab persoalan yang bermain di fikiran Dieyna. Selepas ni, jika ada kempen BE yang masuk ke akaun Nuff Dieyna, maka makin bersemangatlah Dieyna nak promosi macam yang ada sekarang tu…

Rakan- rakan Dieyna sekalian, jika ada syarikat yang memilih blog kita sebagai medium pengiklanan mereka, berilah kredit kepada mereka dengan membuat promosi tambahan dalam entri korang. Insya Allah, sedikit sebanyak ianya membantu meningkatkan pendapatan korang dalam Nuffnang.

Jangan sesekali meminta rakan pembaca lain mengklik iklan kita, kerana ianya dikategorikan sebagai Fraud KLik. Biarlah rakan pembaca mengklik iklan kerana berminat dengan promosi yang dibuat. Peluang kita untuk menerima iklan BE yang lain juga lebih cerah… Percayalah…

P/s : Thanks kepada Lya Alyani kerana menerangkan dengan jelas kepada Dieyna tentang Nuffnang ni. Berbaloi- baloi…

Rabu, 6 Jun 2012

Mari beramal #2: Yayan


Sebelum ni Dieyna dah pernah keluarkan entri  MARI BERAMAL yang pertama. Kalau nak tahu, boleh klik perkataan kat atas ye. Kali ni Dieyna keluarkan lagi entri Mari Beramal untuk adik

AHMAD DHANI ARYAN A.K.A YAYAN

Korang boleh klik namanya di atas untuk mengetahui kisah hidup adik Yayan ni.. Ibunya rakan blogger Dieyna.. Tak pernah kenal pun walaupun sebenarnya kami duk berjiran daerah, Dieyna di Paka, Dungun dan dia di Kerteh, Kemaman. Hakikatnya, jarak kami tu tak sampai pun 15 minit perjalanan. Kami berkenalan di dunia maya ni tetapi ianya tidak membataskan kita dalam menghulurkan pertolongan … betul tak???

Sedikit sedutan kisah Yayan, Dieyna ambil dari blog ibunya.. Baca laa….Andai kita di tempatnya.. Mampukah????

Congenital Heart Disease nih sebenarnya ialah kondisi di mana terdapat masalah pada struktur dan juga fungsi Jantung ketika bayi dilahirkan. Mungkin juga masalah pada injap atau jantung berlubang dan sebagainya.
My son, Yayan disahkan menghidap Penyakit Jantung ni sejurus selepas 2 jam dia dilahirkan. Seluruh kaki & tangan Yayan kelihatan sangat2 biru menunjukkan kekurangan oksigen dalam badan. Percentage oksigen dlm badan Yayan pada masa tuh hanya 45-55% sahaja, sedangkan bayi normal mencecah 99%.
Ikuti sambungan kisahnya di SINI

Sekarang ini YayansMum masih memerlukan bantuan untuk mengumpul dana bagi menjalankan pembedahan Yayan yang terakhir. Bukan wang ringgit yang diminta namun cukuplah kiranya korang hadir ke blognya. Ini ucapan terbaru YM memandangkan dia bimbang nuffnang anggap dia melakukan aktiviti fraud klik dan mungkin nanti lesen iklannya di tarik balik maka YM meminta korang

YM rasa, cara terbaik ialah sudilah kiranya menjadi pengunjung tetap di blog YM ini, menjadi sahabat YM yang sudi komen entry YM dan mengajak yang lain untuk menjadi followers blog YM yg tak seberapa nih dengan berkongsi cerita Yayan pada mereka. Tu je.Itu pun dah cukup besar utk YM.Besar sangat!

Faham- faham sendirilah bila dah sampai kat sana ye... 

P/s : Group Segar Follower meh kita tambah rakan lagi... hehe bersahabat sambil beramal....

Malam yang syahdu….


Dah dua hari terima berita ni, tetapi Dieyna macam tak percaya selagi tak tengok dengan mata sendiri… Imbas kembali dialog seorang teman pada hari Sabtu 2 Jun 2012..

“Assalamualaikum Na, Kak Yani ni.. Ingat tak Cikgu Shahril, kawan kak Yani kata dia dah meninggal sebab sakit"

Dieyna waktu tu tergamam, tak percaya… macam- macam tak lah .. Balik rumah, cuba hubungi beberapa orang rakan dan hampa, mereka juga tak tahu berita ni dan nakkan kepastian.. begitu juga Dieyna.

Dieyna selongkar friendlist fb.. Dieyna rapat dengannya, pernah berhubung dengannya.. Tapi tak jumpa dia dalam fb.. Benarkah berita yang di dengar.. Masih tak percaya… Harap- harap bukan Shahril sahabatku yang dimaksudkan.. Salah orang…

Malam ni… proses mencari dilakukan.. sembang dengan seorang teman, katanya insan yang kucari masih ada fb nya.. sepantas kilat, Dieyna taip namanya, Shahril Samsudin.. Alhamdulillah jumpa.. Sebelum ni Dieyna taip Sharil Samsudin.. mana nak jumpa tertinggal huruf..

Dieyna baca ucapan temannya…
‎02/06/2012.. Saudara aku M Shahril b Samsudin telah pergi utk selama-lamanya.. Balik2 kerja td terus pegi airpot, tp tiket da sold out.. X dapat aku nak balik.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama golongan org2 yg beriman... Al-Fatihah..... — with Shahril Samsudin.

Terpampang depan mata.. Benar, dia telah pergi. DIA SAHABAT YANG BAIK telah tiada. Dieyna terkaku.. Kelu.. Sedih.. Patutlah lama dia diam tak berhubung, sakit rupanya.. dan Dieyna tidak tahu..

Al-Fatihah untuk arwah sahabatku Shahril Samsudin. Anaknya masih kecil untuk memahami erti kehilangan bapanya… Semoga isterinya tabah menghadapi dugaan ini. Kanser Limfoma penamat riwayatnya dalam usia yang masih muda… 1981 –2012.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

P/s : Mood : Syahdu…

Selasa, 5 Jun 2012

Siapa rajin singgah sini?

 

Kali ni Dieyna nak open bloglist ni.. Terbuka bukan untuk GSF.. Korang dah ada ruang khas dah.. Hehe Jangan marah ye..  Senyum skit…

Okey, Dieyna nak pendekkan cerita skit… Dieyna sedang mencari blogger yang rajin singgah kat blog Dieyna ni dan rajin juga meninggalkan jejak di blog Dieyna.. Dieyna nak masukkan URL BLOG diorang dalam BLOGLIST YANG RAMAH TAMAH kat sidebar tu..

Setiap kali Dieyna publish kan komen, Dieyna perasan ada pengomen bukan dalam kalangan Group Segar Follower.. Jadi, bagi menghargai kalian yang rajin singgah sini.. Dieyna nak masukkan link blog korang dalam bloglist.. Senanglah Dieyna berkunjung balas kat rumah korang pulak… Adil kan??

Dah baca habis entri ni kan.. Tugas korang senang sahaja.. Tinggalkan link blog korang dalam ruangan komen di bawah ni..

P/S : Kalau korang sudi, letaklah jugak link blog Dieyna kat blog korang ye… hehe

Harap sangat.. Deru Ombak, Kunang-Kunang, Siti BTP, YayansMum, InaZamri, SumeSakan dan beberapa nama yang biasa singgah singgah baca dan komen di entri ni ye.. Sebab Dieyna selalu ke blog diorang… :)Red rose

Penghargaan #3: Pengomen Sejati Bulan Mei

 

Entri penghargaan ni Dieyna akan keluarkan setiap bulan, dan entri ini adalah entri ketiga sejak Dieyna menggunakan widget Top Commentator. Korang pun boleh menggunakannya.. Cuma KLIK SINI untuk membaca tutorial mengenainya.

Rasanya tak perlu Dieyna mengulas panjang lebar tentang entri ini. Korang boleh tengok sendiri siapakan pengomen sejati bulan Mei blog Dieyna ini.. Siapakah yang mendahului carta dan feed URLnya akan berada di singgahsana blog ini? Jom kita tengok sama-sama..

1

2

3

jeng jeng jeng

may

Korang nampak tu?? Merekalah 10 pengomen sejati blog Dieyna bagi bulan Mei.

Nampaknya takhta yang dipegang oleh cikgu Etuza selama 2 bulan , boleh rujuk ENTRI INI DAN INI.. dirampas dengan penuh sopan santunnya oleh

9NOL4

 

Oleh itu, bermula 7 Jun 2012, Feed URL blog 9NoL4 akan mengambil takhta yang disandang oleh Cikgu Etuza. Feed URL blog 9NoL4 akan berada di takhta sehingga 7 Julai 2012.

Bagi pengomen sejati yang lain pula, sepatutnya blog korang akan direview namun Memandangkan carta ini dah dua bulan dikuasai oleh blogger yang sama je. Mungkin Dieyna kena fikirkan reward lain. Dieyna cuma review blog yang belum direview sahaja. Jelas tak>>>??? So tunggu yer..

 

Sekian, terima kasih.

 

p/s : Blogger lain, korang pun berpeluang direview.. Komen entri blog ini, dan sekiranya korang tersenarai dalam carta 10 pengomen sejati, maka blog korang akan direview oleh Dieyna… Mudah sahaja…

Isnin, 4 Jun 2012

Dah lama tak guna..

 

Sebelum popularnya e-mail, facebook dan pelbagai sumber internet lain, setemlah yang paling popular. Nak- nak waktu bulan Puasa, masing- masing pakat hantar kad raya. Meriah rumah dengan kehadiran kad- kad. Sehinggakan para posmen terpaksa bekerja lebih masa sebab nak menguruskan surat- surat dan kad-kad masa tu.

Apabila email, facebook dan pelbagai kemudahan online dah muncul, setem dan surat menyurat makin dilupakan. Dieyna tak kata kat orang lain pun, kata pada diri sendiri . Dieyna dah lama tak berurusan di pejabat pos pasal setem ni, sehinggalah baru- baru ni pergi beli setem sebab nak buat penghantaran sampel cheese. Rupanya dah banyak perubahan dah.

Kalau dahulu, kita nak hantar surat, guna setem 30 sen dah lepas dah kan.. sekarang ni, kena guna setem 60 sen untuk sampul surat warna putih. Sampul surat macam ni ar

Photo0155

Jika guna sampul surat warna coklat pula, kita kena guna setem 80 sen pula. Kalau tersalah, kan tak pasal- pasal surat kena reject.. naya je.

12888174042wd45C

Dieyna kongsi kat sini sebab mungkin ada yang tak tahu macam Dieyna juga.. Kalau dah tahu, Alhamdulillah.. hehe

P/s : Itulah, mentang-mentang zaman it, dah lupa sistem tradisi.. kan dah ketinggalan.. Smile

Sabtu, 2 Jun 2012

Apam Aiskrim Kon

Hari ni 1 Jun 2012 adik ipar datang rumah. Sembang punya sembang, terbukalah topik resepi.. Biasalah perempuan kan, katanya lebih kurang macam ini.
“Kak Long, tadi ira cari resepi dalam internet, ira jumpa resepi apam bentuk aiskrim cornetto.. Comel sangat”
Dengan penuh perasaan teruja, terus cari pak cik Google dan jumpalah resepi yang dikatakannya..
“Waah, comelnya.. meh kita buat hari ni " Teruja giler nak buat Smile
Maka, misi menyalin resepi dijalankan.. Dalam pukul 3.00 petang, kami ke bandar Dungun membeli bahan- bahan yang diperlukan dan yang paling utama melawat saudara yang baru sahaja melahirkan cahaya mata.
Selepas maghrib, operasi bermula dan berakhir pukul 11.30 malam. Letih tetapi suka hati melihat hasilnya. Mesti korang nak tengok hasilnya kan?? Pejam mata dulu tau.. 1,2,3…. taraaa
DSCN3547[1]
Nak bagi korang jeles skit ni.. hehe
DSCN3555[1]Ais krim cornetto versi apam… mini je tau,
Berminat dengan resepinya??? Ini dia….
Bahan- bahan
4 biji telur + 2 cawan gula dipukul hingga kembang dan gebu. (Boleh tambahkan 1 sudu kecil ovallete untuk menjadikannya lembut).
3 cawan tepung yang diayak – gaul rata
3/4 cawan ais krim soda – gaul rata
Asingkan adunan kepada beberapa warna. Setiap adunan dimasukkan paste yang berlainan…
Masukkan dalam acuan kon kertas dan kukus guna api sederhan. Dah sejuk bolehlah dituangkan coklat cair dan taburan badam. Sejukkan dalam peti sejuk.. Siap untuk dihidang.
Korang rasa- rasa nak try tak resepi ni.. Kalau berminat nak try, TERJAHLAH LAMAN WEB INI.. RESEPI LENGKAP DIBERIKAN.

p/s:  Chic Na.. akak tertidur malam semalam. Hehe sorry eik kalu menunggu “sesuatu”.. Inilah dia “sesuatu” tu..

Jumaat, 1 Jun 2012

Wow... Sudah ada Akta sekarang...

Berhati- hatilah mengeluarkan entri ye rakan- rakan blogger ku sekalian.. Sudah ada akta yang diwujudkan untuk memastikan para blogger mahupun pengguna laman sesawang sosial yang lain bertanggungjawab atas apa yang diterbitkan.. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal akta ni, korang terjah SINI  dan juga DI SINI ye... Kalau rasa nak study pasal akta ni, korang boleh MEMUATTURUN di sini ye.

Pendapat Dieyna pula
Semua orang boleh jadi blogger atau penyebar berita. Tidak perlu ada blog, berita boleh juga disampaikan menggunakan rangkaian sosial. Yang menjadi masalah utama, apabila berita yang disampaikan itu mengandungi unsur perkauman, provokasi, dan yang teruknya fitnah. Sekiranya pembaca berfikiran rasional, mungkin tiada masalah tetapi jarang yang rasional apabila melibatkan ketiga- tiga perkara di atas. Mana yang dah panas, lagi disiram minyak.. Fikirkanlah apa yang terjadi??

Kadang- kadang, apabila mendapat satu- satu cerita, kita mudah percaya.. contohnya isu produk makanan yang disahkan halal oleh JAKIM tetapi ada pula yang provok kata makanan tu tak halal.. Ada pula yang percaya dan menyebarkannya.. Kalau betul, Alhamdulillah, kalau salah macamana? Takkanla pihak JAKIM tak telus dalam menilai halal haram. Sanggup ke pihak diorang nak tanggung dosa orang islam yang dah makan produk yang dikatakan haram tu.  Jadilah insan yang rasional, jangan menerima bulat- bulat cerita yang tidak tahu hujung pangkalnya.

Hal politik.. isu paling besar.. A tuduh B, B tuduh A. ABC tuduh D.. Pendek kata, yang dituduh dan yang menuduh sama- sama melakukan kesilapan.. Dan kita sebagai penulis, menyebarkan pula pada yang lain.. akibatnya.. berlaku perpecahan dan pergaduhan.. Hanya kerana fahaman berbeza. 

Kalau dahulu lidah yang boleh dikatakan sebagai medan penyampai namun sekarang mata pena dan keyboard lagi berbisa.. Menulis biarlah dengan akal fikiran yang waras bukannya mengikut hati dan perasaan...
Mana satu tempat berpaut
Berhati- hatilah kita semua ye.. Menulis biarlah ada asas dan pasak yang kuat untuk kita berpaut, bukannya sekadar menumpang di dahan yang rapuh.... Sekian, terima kasih.

Teringat pensyarah BM di maktab dahulu.. ajar tentang penggunaan nada dan bahasa menggunakan ayat ini... korang baca ayat ni betul-betul ikut tomakninah nya tau.. dan fahamkan

SAYA HENDAK PERGI KE ZOO BINATANG. (Ayat 1)

SAYA HENDAK PERGI KE ZOO, BINATANG. (Ayat 2)

Nada bahasa memberikan fahaman berbeza........ lesson korang baca entri ni dan harap korang faham apa yang Dieyna cuba sampaikan melalui kedua- dua ayat di atas jika dituturkan menggunakan nada dan intonasi yang betul.
(Ingat, ayat yang ada tanda koma (,) bermakna anda kena berhenti sekejap.)

Catatan Popular