Halaman

Sabtu, 31 Mac 2012

Pengiraan Pemindahan Gaji SSM

Sekadar info ringkas untuk kakitangan awam yang membaca blog ini.. Sila klik laman web berikut untuk auto- calculate gaji berdasarkan kenaikan 13%.


Pekeliling mengenainya boleh dibaca di laman ini dan anda boleh memuat turun dokumen untuk simpanan sendiri.

DiGi WWWow Awards..

Macam tak percaya je.. hehe tapi percayalah.. Dieyna join ini...

Kategori ini ye
http://www.wwwow.my/images/header/logo-digi-wow.png

Sebenarnya sangat sedar diri bahawa blog ini masih tak layak.. tapi saja2 nak menyertai bagi memeriahkan suasana.. hehe boleh ke gitu.. nanti korang tolong vote ye..

Tarikh vote
23 April hingga 13 Mei 2012

Lambat lagi... tapi saja2 nak announce kat korang dulu .. boleh kan???


Al-Fatihah


Semalam balik kampung ad-hoc, ayah sahabat baik meninggal dunia. Ayah dia memang dah lama sakit, kencing manis dan mata pun dah tak nampak. Dia pun bergegas pulang dari Kuala Lumpur. Alhamdulillah, sempat dia bertemu jasad ayahnya. Dieyna sampai rumahnnya pun dah petang, jenazah dah selamat dibawa ke kuburan. Semoga roh ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Al- Fatihah untuk ayahanda Kak Cah.

Tiap kali mendapat khabar kematian. Hati selalu berdebar- debar. Pasti giliran sendiri akan tiba. Amalan yang ada ntahkan cukup ntahkan tidak untuk dibawa sebagai bekalan. Fikirkan anak lagi, adakah sama orang lain mendidiknya dengan sendiri mendidiknya... Fikirkan macam- macam perkara. Sedangkan mati itu pasti. Bila? Di mana? Bagaimana caranya? Rahsia ALLAH S.W.T. Takutnya...




Ya Allah, Kau tunjukkanlah jalan yang lurus kepada kami, Kau tingkatkan keimanan kami, Kau jauhkanlah kami daripada dosa- dosa kecil dan besar. Kau berikanlah kami kebahagian dunia dan di 

akhirat.

Jumaat, 30 Mac 2012

Kucing Oh Kucing!

Ada seekor kucing tu, selalu bertenggek kat pintu dapur rumah Dieyna. Dah halau berkali- kali tetap juga Sang kucing tu menempel. Nak- nak time kitorang makan. Lagi cepat sampai. Awal2 Dieyna buat tak peduli je, bukannya suka kucing pun. Tetapi, kucing tu tetap setia duk kat pintu tu setiap kali Dieyna buka pintu dapur. Wat muka kesian laa kononnya. Akhirnya Dieyna tumpas jugak dengan muka kesian kucing tu. Dieyna bagi makanan. Kucing tak bertuan pasti kelaparan.

Agaknya kalau wat muka kesian begini, lagi terharu huhu

Ada orang kata kat Dieyna, "Dang bagi makan sekali, kucing tu akan mari sokmo ar umah mung". Benar bagai di kata, memang kucing tu datang sokmo.. Huhu dang memberi makan kepada kucing tu sebagai satu rutin harian Dieyna.. Siap beli FRISKIES lagi , siap rebus ikan lagi untuk kucing tu makan. Skang ni, kucing tu dah bawak anak-anak dia sekali lepak kat umah Dieyna.. Comey2 gak anaknya. Nak marah lebih2 pun, bukannya haiwan tu faham. Sudahnya layan jelaa.. 

Hari ini, Dieyna rebus seekor ikan kembung untuk kucing dan anak-anaknya. Tersentuh sangat hati, bila Dieyna tengok, kucing tu biarkan anak- anak nya dahulu makan sampai abis. Kucing tu?? Cuma baring di tepi melihat anak- anaknya makan. Aduss... terharunyaaaa.... Ibu kucing pun sayangkan anak-anaknya kan>>>??? Manusia???

p/s : Manusia yang buang anak, dera anak.. Adakah mereka lebih rendah tahapnya daripada seekor kucing???? Masih terbayang lagi, situasi kucing dan anaknya tadi..


Khamis, 29 Mac 2012

Mudahnya... Ukhuwah Terjalin

Alhamdulillah, hari ini terima jiran baru, rumah yang lama terbiar kosong akhirnya bakal diduduki, Ownernya dah datang hari ini untuk kerja- kerja pembersihan. Dieyna tengah angkat kain, diorang sampai. Sempat bertegur- sapa, almaklumlah jiran kan.. tak baik buat sombong2 dengan jiran tetangga. Memulakan perkenalan dengan tautan jari- jemari, memperkenalkan diri masing-masing. "Saya Dayana, nak panggil apa ye?? " Panggil Mar je".. Maka, terjalinlah satu ukhuwah sesama Islam. Mudah kan??

Sekarang ini, persahabatan sangat mudah terjalin dengan syarat kita pandai beramah- tamah. Jangan over ramah, orang pun tak selesa jugak kan. Bersederhana dalam bertegur sapa... pasti orang pun selesa. Betul Tak???

Kalau dulu, nak cari kawan, kena tunggu pi sekolah.. jiran- jiran sebelah rumah boleh jadi kawan. Tetapi sekarang saluran untuk bersahabat sudah berkembang luas. Akhir tahun 90-an, internet mula glemer. Cyber cafe tumbuh macam cendawan. Orang dah kenal istilah CHATTING, MiRC (termasuk diri sendiri ni.) hehe. Dari situ, kita dapat sahabat maya. Tak kenal rupa, tak kenal suara (kalau nak kenal kena jumpa) .. tapi dah boleh declare sebagai sahabat. Pengalaman sendiri, dapat sahabat baik hanya dengan Chatting.. n masih berhubung dengannya. Indahkan persahabatan? Ada yang sampai ke jinjang pelamin pun, hanya dengan CHATTING.. Mudahkan, Ukhuwah terjalin.

Kini, kita ada FACEBOOK, kita juga ada BLOGSPOT dan pelbagai lagi laman web, membuka ruang untuk kita melebarkan jaringan sahabat yang ada. Dieyna bangga dengan kepositifan dunia teknologi kini. UKHUWAH terjalin hanya di hujung jari. Malas nak bagi contoh yang jauh2, tengok kini Dieyna ada ramai kawan, Follower, Pengomen tegar, rakan- rakan pembaca senyap dan terutamanya group kesayangan Dieyna.. GROUP FOLLOWER SEGAR. Anda semua sahabat Dieyna.. Semoga persahabatan kita terjalin selamanya walaupun hanya di dunia maya. 

p/s : TAK MUSTAHIL KITA SEMUA BOLEH BERJUMPA KAN?? DUNIA NI KECIL JE.. PASTI AKAN ADA PELUANG ITU, SUATU MASA NANTI... SAYANG KORANG SEMUA. :))


I.M.P.I.A.N

Semua orang ada impian kan...? Nak kaya, nak ada kereta besar, rumah besar, gaji besar dan macam- macam besar lagi lah kan... YESS,, Dieyna pun ada satu impian.. Tak taulah impian itu bakal jadi kenyataan atau tak. Semuanya ditentukan olehNya dan kita hanya boleh berdoa dan bertawakal agar impian kita dimakbulkan.

Dalam usaha nak capai impian pasti ada dugaan yang datang. Kalau kita terima dan lalui dugaan itu dengan penuh kesabaran maka pasti sesuatu yang baik akan menunggu kita. Bak kata- kata ini

'Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari,
dan Allah datangkan hujan dan ribut petir.
Kita menangis mencari matahari,
tapi sebenarnya Allah nak hadiahkan kita 
pelangi yang indah..

Indah sungguh pelangi ini...

P/s : Banyak dugaan yang menimpa bermakna Allah menyayangi kita. Tidak mahu kita alpa daripada terus melupakannya. Betul kan???

Rabu, 28 Mac 2012

Teringin buat GA

Rasanya dalam masa terdekat ni, Dieyna akan buat GA.. Tapi nak buat perbincangan dulu dengan satu butik online yang baru launching ni dahulu.. Adakah empunya berminat? GA ni penting untuk memperkenalkan butik onlinenya ke khalayak ramai. Hehe kalau Dieyna buat GA ni rasanya2.. ramai tak berminat??? 

Butik online tu milik kakak Dieyna... Dulu dia dah pernah menjadi blogger, lepas tu tidur dari dunia blogging. Hehe skang ni dia terjaga semula n buka butik online... Sahabat2 Dieyna sekalian, jomlah memeriahkan butik ni.. Anda pasti terliur.. Pakaian kat sana cantik2 belaka. Tinggal beli je, jadi hak milik sendiri. Pasti berbaloi- baloi.

Nak tunjuk contoh kat korang ni, selebihnya korang pi sendiri kat blog Persona Butik.
Kepada peminat kain pasang... jom ke sana ye.. Butik Persona..... 

Selasa, 27 Mac 2012

L E T I H

Im So Tired Today

Tak de idea untuk entri... tetap nak update blog.. nak lepak2 macam ni jer... boleh??? hehe


p/s : Kawan2, tengah kumpul tenaga nak blogwalking , esok yer... hehe sempat jengah beberapa blog sahaja ari ni.. sebabnya letih. Sekarang nak zzzzz.
gudnite....

source : en google


Penuh

Tak tahu nak start menulis dari mana, banyak sangat aktiviti yang dibuat hari ini, baru je dapat peluang untuk taip entri baru dalam blog kesayangan ni. Letih rasanya tapi rasa tak best plak kalau blog tak berupdate. Sebenarnya tak de idea jugak nak menulis apa. Kalau boleh malas nak bercerita hal peribadi tapi memandangkan takde idea som entri peribadi jugak yang dipilih.


Kesibukan bermula seawal pagi lagi, menyediakan sarapan untuk bapa si kecil dan si kecil untuk dibawa sebagai bekal. Ibunya? Makan kat rumah sahaja sambil melayan si kecil yang banyak ragam pulak pagi ni. Time ibunya kelam- kabut time nilah dia nak merengek huhu sabor jelah . 

Usai menghantar si kecil ke rumah pengasuhnya, terus pergi ke PPD Dungun untuk menghadiri kursus Pedagogi Literasi dan Numerasi. Kalau korang nak tahu apa itu? Korang boleh baca di SINI yer. Banyak input yang diterima, dan esok kena jadi output pulak. Kena sampaikan maklumat yang diperoleh ke rakan sekerja yang berkenaan. Semoga dipermudahkan. Kursus yang dijadualkan tamat pukul 4.30 petang disingkatkan kepada pukul 2.30 petang. Terima kasih ye pihak penganjur sebab ada budi bicara ye.

Memandangkan dah sampai ke Dungun, so, curi peluang untuk membeli peralatan di Mydin dan Pustaka Seri Intan. Ambil beberapa barang yang dikehendaki, menuju pula ke Tabung Haji. Kononnya nak simpan duit tabungan si Kecik. Buka je pintu Tabung Haji, alamak.. ramai pulak orang berurusan hari ni. Jam dah 3.30 belum solat zuhur pun lagi. Maka, Dieyna ambil keputusan untuk pulang sahaja. Lenkali laa urusan Tabung Haji. Tak berapa rajin nak menunggu. hehe

Sampai Paka, terus balik rumah solat Zuhur dan Asar kemudian keluar semula untuk ambil Si Kecil. Malangnya, Hannah baru je tidur. Takkan nak kejut pulak, kesian. Jadi, minta izin pengasuhnya untuk ambil semula Hannah selepas dia bangun tidur. Lagipun Dieyna nak pergi tempah rubber stamp KSSR di Purnama Art dan juga menonton perlawanan Bola Jaring di SK Paka. 

Pukul 6 ambil Hannah, bawa dia ke Pusat Niaga. Niatnya nak cari tudung je, tapi jadi lain sebabnya kat situ ada playground. Layan pulak Hannah main buaian sambil nyanyi lagu "Buai laju-laju". hehe  nyanyian ini menyebabkan hujan turun seketika. 

Malam pulak, pergi rumah ibu mertua. Dan sekarang baru berpeluang untuk menaip entry. Sekian, terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhir rncangan. hehe 

Isnin, 26 Mac 2012

Blogger tegarkah kita??

Blogger tegarkah kita?? Soalan ini sering bermain- main di minda Dieyna sekarang. Korang boleh jawab soalan- soalan ini ye. Tak banyak lima soalan je. Dan kalau banyak Ya, bermakna anda memang blogger tegar. Sila jawab dengan jujur- sejujurnya ye rakan2 ku sekalian.

S.1
Bangun je tidur, korang terus tekan button on kat PC/lappy, connecting internet, buka blog.

S.2
Tengah duk jalan- jalan tapi otak duk fikir nak tulis entri apa dalam blog.

S.3
Sikit2 refresh dashboard sebab nak tengok berapa juta komen yang masuk.

S.4
Sepanjang masa lappy on je, sebab senang nak tengok blog.

S.5
Sebelum tidur, on blog dulu, Bukan apa, korang nak cek kot ada komen melekat kat entri.

S.6
Bagi korang, blog ni mengurangkan ketensenan sebab blog jadi medan luahan perasaan.

p/s : Sila komen yer... hehe

Ahad, 25 Mac 2012

Segmen Blog Terbaik Pilihan Blogger







Harap masih belum terlambat join segmen ni... Dieyna di tag oleh Cikgu Etuza. Thanks Cikgu..
Sebelum tu Dieyna nak catatkan kriteria pemilihan blog terbaik ni berdasarkan kategori berikut, resepi, tutorial dan homeschooling.

Bagi kategori resepi, Dieyna pilih blog Umie Sofie dengan Tajuk blognya "Tempat Fiza Simpan Resepi". Banyak kali juga, Dieyna ambil resepi dari blog ini, dan Dieyna ada tulis dalam entri lepas, kalau nak tahu resepi apa, klik je sini. Umie Sofie juga ada blog personal, korang boleh pi SINI untuk membaca luahan dan perkongsiannya dalam membesarkan cahaya matanya yang istimewa.

Kategori tutorial pulak, Dieyna memilih Blog Tutorial untuk Blog. Sebab apa, sebabnya mula-mula berblog, Dieyna banyak belajar di sini. Banyak sangat. Kalau nak dihimpunkan rasa terima kasih kepada pemilik blog ini, macam gunung tingginya. So, Dieyna abadikan penghargaan untuknya di sini tanda ucapan terima kasih di sini.

Akhir sekali, blog terbaik Dieyna ialah Blog Homeschooling pemiliknya Puan Mahani. Banyak aktiviti homeschooling bersama anak- anaknya dikongsi di sini. Banyak juga yang Dieyna ambil dan praktikkan kepada anak murid dan bakal dipraktikkan untuk anak sendiri. Puan Mahani pun tak kedekut ilmunya. Semoga ilmu homeschooling yang diberikan kepada pembaca blognya menjadi pahala berterusan untuknya. Ilmu yang berguna elok disebarkan kan???

Sekian, ulasan Dieyna mengenai 3 blog terbaik pilihan Dieyna. Korang nak kenal diorang, klik jelaa pada link yang Dieyna bagi tu yer.

Dieyna nak tag < Aine Ainun & Mama Arina

☛Mangsa☟

Zaman akan datang, tudung stail ni pulak orang cari... Berminat??? Sila kunjungi Deerland yang terletak di Lanchang, Pahang. Selain daripada boleh memakai tudung stail terkini, anda juga boleh memberi makanan kepada rusa- rusa yang tak pernah kenyang. hehe

Model tudung "Original"

Adegan bersama Jonny, spesis buaya tembaga. Buaya ni mati tahun 1993 pada usia 30 tahun. Mati kerana trauma tidak dapat turun semula ke dasar kolam setelah 2 hari merangkak di atas simen dan juga kerana perubahan persekitaran. Buaya seberat 1.3 tan ini mempunyai ukur lilit badan 98 inci dan sepanjang 19.5 kaki semasa hayatnya. Tempat asalnya ialah Kampung Ara Kuda, Bukit Mertajam.
Arrrggghhh.. Tolong! Tolong! Sambil tersenyum.
(Konfius pulak, nak suka ke nak takut????
p/s : Apa kata korang tampal gak gambar aksi bersama spesis2 terpelihara kat entri korang lepas tu jangan lupa letak link kat sini.... Group Follower Segar please take note... hehe

Sabtu, 24 Mac 2012

Jangan Tengok @Kemaman Supply Base (KSB)

Menurut kakak Dieyna, kejadian ni berlaku di Kemaman Supply Base, aka KSB dalam dua tiga hari lepas.. dalam salah satu warehouse kompeni di sana. Pukul berapa ?, itu tidak pasti lah pulak.. Ambil gambar untuk suka-suka akhirnya begini jadinya

Benar atau tidak
Wallahualam
Tengok betul2. Korang pasti nampak, apa cerita sebenarnya...Kalau takut, JANGAN TENGOK.



Dari Oven Dieyna : Kek Pisang Gebu

Semalam en Somi beli pisang emas di bawa belayar hehe . Otak pun ligat fikir, apa nak buat dengan pisang tu, tak larat nak makan mentah kot lambat pulak habisnya.. Konfirm2 pisang tu dah memburuk dahulu baru habis yelah dah buruk kena buanglaaa kan. Fikir punya fikir punya fikir... ting!!!
Dapat Idea :)))
Ideanya ialah buat KEK PISANG.. Maka, Dieyna pun berhubunganlah dengan Pakcik Google dan search RESEPI KEK PISANG.. dan jumpa laman web ini Jintanmanis. Laman web ini memang femes ames sebagai laman web resepi. Pernah masuk majalah lagi. Tanpa membuang masa, Dieyna pun salinlah resepi di situ. Bahan- bahan yang dikehendaki semuanya ada dalam stok. Sengih sekejap sebab suka hati, tak yah keluar beli barang dah. hehe

Korang nak tahu bahan-bahannya. Jap Dieyna copy paste dari sana ye.. Inilah bahan- bahan dan cara membuatnya, salin cepat..


2 cwn tepung gandum\
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat 
1 cawan gula

3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
esen vanila
2 biji telur

Caranya pula,

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba. 



Inilah rupa Kek Pisang Gebu versi Dieyna buat semalam

Menarik tak..
Tinggal kenangan dah pun, abiss licin
Korang cuba lah pulak.... hehe Dieyna nak buat lagi hari ini.. Meh kita buat sama-sama. Kak Ya (Deru Ombak) sila ambil pen dan kertas yer, salin resepi sekarang. Kalau tak, merajuk.. Hehe

Jumaat, 23 Mac 2012

Dari Dapur Dieyna : Ikan Siakap Kukus Ala Portugese

Masakan Dieyna buat minggu lepas, baru sempat upload gambar dari Kamera ke Lappy, jadinya kiranya kalau masakan ni wujud lagi maknanya dah basi lah hehe tapi tak sempat basi sebab dah selamat dalam perut dah.

Sekarang ni nak bagi mata korang pulak makan... hehe


SEBELUM

SELEPAS
Resepi ni resepi RAHSIA.. Kiranya esklusif Dieyna beri dalam blog ini.. Baik korang bersedia ye, sebab kali ni resepinya bergambar. Tak payah sibuk2 cari pen dan kertas ye.. diulangi tak payah... 
SEBABNYA 
INILAH RAHSIANYA
PERENCAH IKAN KUKUS PORTUGUESE
KELUARAN MAK NYONYA
Hehe korang cuma perlu pi kedai cari perencah ni sahaja.. Rasanya best.. Cara penyediaanya korang tengok sendiri kat belakang plastik ye... 

p/s : Suspen dok??? :))

Review blog : Suara dan ceritaku

Setiap kali Dieyna mengunjungi blog suara dan ceritaku pasti air mata ini mengalir. Sedih dan simpati atas dugaan yang dia hadapi. Membesarkan tiga orang putera yang istimewa dan dirinya sendiri menghidap penyakit yang berbahaya, kanser. Berat dugaan yang diterimanya namun dia laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan.

Bukan kewangan yang dipinta cuma blog itu tempat dirinya meluahkan rasa, berkongsi derita dengan insan yang sudi membacanya. Punyai anak namun tiada panggilan "ibu" untuknya dek kerana ketiga- tiga anak tak mampu berbicara. Pagi ini, Dieyna berkunjung lagi ke blognya, membaca luahannya diselitkan pula lagu kisah dongeng, air mata ini tak berhenti mengalir. Sayu sangat dalam hati. Tak mampu menolong namun kata-kata semangat sahaja yang mampu dititipkan kepadanya. 

Kagum dengan semangatnya, ketabahannya dan kesabarannya. Pasti Allah menghidangkan yang terbaik buatnya nanti. Hadiah atas keikhlasannya menerima dugaan yang berat. Lawatilah blog nya, korang pasti tahu ceritanya. 

Sokongan kita terhadap dirinya dan suami mungkin mampu menjadi ubat penenang kegalauan hati mereka.  Sokongan kita juga mungkin menceriakan hari- hari mereka. 

Ya Allah, engkau ringankanlah penderitaan keluarga ini, engkau tenangkanlah jiwa mereka, engkau berikanlah ketenangan pada jiwa mereka agar mereka tidak berputus asa atas takdir diri mereka, Engkau tingkatkanlah keimanan mereka ya Allah. Engkau murahkanlah rezeki mereka agar tiada kesempitan dalam menjaga amanah istimewa yang engkau berikan.  Amin.

p/s : Jangan pernah kita merasa hidup kita paling derita padahal ada insan lain yang lebih menderita daripada kita. 

pesanan dari penaja : Ada GA baru dieyna join, klik sini yer http://dieynajoincontest.blogspot.com/2012/03/jom-join-1st-ga-mymommashop.html

Khamis, 22 Mac 2012

Adegan tak lojik Amukan Pocong

Malam ni layan TV3 slot SERAM.. Ada cerita baru yang ganti cerita SANTAU MERASUK.. Sebenarnya bukannya berani sangat nak tengok hehe tapi dah tertengok maka kenalah buat2 berani.. Lagipun dah takde cerita yang menarik nak ditengok.. haha banyaknya perkataan tengok Dieyna guna eik..

Entri ini ditulis pun semasa cerita ini masih lagi ditayangkan di tv hehe. Tak sabar nak luah ketidaklojikan cerita ini.. hehe Awal cerita, ada dua lelaki, Ezani dengan Iqram Dinzly membunuh dan letak mayat dalam bonet kereta kemudian tolak kereta masuk paya kot. (Masa ni tak fokus sangat). Datang IBLIS puja mayat tu, bonet terbuka mayat tu hidup semula. Habis babak tu..

Babak seterusnya, Nabila Huda pandu dalam kawasan kampung, tiba- tiba kereta terlanggar sesuatu dan dia nampak POCONG nak hempap kereta dia. Dia takut sangat2 dan baringkan diri dalam kereta. Kemudian suasana senyap, dia angkat muka dan perhati keliling.. 
Adegan ini laa. Pinjam gambar kat en GOOGLE
Maka bermulalah babak tak lojik pada pandangan Dieyna laa, Nabila yang takut sangat ni boleh keluar daripada kereta dan lari dalam semak. Kalau ikut lojik akal lah kan, tobat tak keluar kereta dah, start kereta terus lari dari situ.. Ini tak, boleh pulak dia keluar kereta n lari masuk semak kemudian jatuh, muncul plak POCONG tu bunuh dia.. haha betul tak DIeyna kata tak lojik??

Selepas itu, Dieyna alih channel lain sebab en Somi nak tido dah n sudah pasti Dieyna tak berani nak tengok sorang2.. haha koranglah pulak tolong tengok untuk Dieyna yer..

Jawapan Asah Otak : Teka-teki


Ramai yang datang jenguk teka- teki ni tetapi cuma Kazman / Sue, Ms Velentine, Cik Nur dan mzhany yang cuba jawab. hehe nak tau apa jawapan mereka, meh sini Dieyna vtau ye

haaa3x... sebab dia yakin kerana dia aje yang lepaskan bebas lembu tu ragut rumput kat situ ... yang talin semua ternak lembu dalam kandang....
sebab rumput yg di mkn tertulis nama pak dollah..hehe..tryy aja
ape ye..hihihi..
sebab pak dollah yang tolak lembu tu ke daalm perigi..hihih kan..?
sbb perigi tu pakdollah punya, ahaha otomatik jd lembu dia. ape punya jawapan daaa


Sebenarnya jawapan kepada teka-teki terbabit  ada kaitan dengan rumput yang Dieyna tunjukkan tu, nampak tak macam mana jadi rupa rumput tu... nak tengok rupa rumput tu ini dia 
JAWAPANYA IALAH
RUMPUT TU DIMAKAN OLEH LEMBU YANG RONGAK.. DALAM KAMPUNG TU HANYA LEMBU PAK DOLLAH JE YANG RONGGAK.. HEHE
hai semua, sayalah lembu Pak Dollah yang jatuh dalam perigi tu..hihihi

Makan???

Kalau tak makan... LAPAR



Kalau makan ...KENYANG (ALHAMDULILLAH)




Kalau terlebih makan .... TENGOKLAH SENDIRI MACAM MANA JADINYA???

p/s : Berpada- padalah...

Hanya Untuk Contest


Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim..

Maka dengan ini Dieyna mengisytiharkan penubuhan blog baru yang diberi nama Hanya Untuk Contest. Daripada tajuk tu pun korang dah boleh agak kan untuk apa blog itu dibuat.. Jadi tak payahlah Dieyna menerangkan panjang lebar di sini ye.. hehe korang tolong klik je kat banner ni


Ada satu lagi shortcut untuk korang mengikuti contest/ga yang disertai dengan klik icon ini yang ada kat atas tu..

Selain itu, link contest terbaru juga akan dimasukkan dalam entri terkini .. Jika berminat cuma klik link tu sahaja okay... Anda boleh rujuk contohnya di link ini yer.

p/s : Sudi2kanlah jadi follower kat situ sekali eik.. hehe permintaan tanpa rasa bersalah apa- apa hehe :))


Rabu, 21 Mac 2012

Wordless Wednesday # 6 : @Restoran Roti Tempayan

Restoran Roti Tempayan

Lokasi : Kerteh (Dari Kemaman - sebelum Balai Polis Kerteh)
Keistimewaan : Roti Tempayan & Open WIFI

Cuci mata je ye
Mi Rebus..
Biasanya sedap tetapi malam ni termasin sedikit.. Tapi still boleh dimakan

Menu tarikan ROTI TEMPAYAN
Separuh lagi dah selamat masuk perut si kecik + en Somi..
Si kecik kata "erm, dapnye"

p/s : Korang datang sendiri dan nikmati sendiri.. hehe

Pesanan penaja : Berminat nak join Contest??

Saringan Linus 2012

Kali ni nak kongsi berkenaan saringan Linus 2012.. Apa tu yer?? Korang mesti nak tahu dan para ibu bapa yang ada anak darjah 1 wajib tahu benda ni. Linus ni ialah singkatan kepada literasi dan numerasi. Apa plak literasi dan numerasi tu?? Hehe banyak tanya yer... literasi tu berkaitan dengan membaca dan numerasi pulak berkaitan dengan nombor. 

Ujian saringan Linus ni diadakan 3 kali dalam setahun, maknanya murid darjah 1 akan melalui 3 proses saringan sebelum dimasukkan ke dalam arus perdana. Murid yang melepasi saringan linus akan belajar mengikut sukatan biasa manakala murid Linus pula akan belajar mengikut sukatan Linus.

Biasanya, kriteria macam mana yang menyebabkan seorang murid dikategorikan sebagai murid LINUS? Murid yang masih gagal mengenal huruf atau nombor, membatang suku kata dan tidak boleh membaca, memahami, mengenal operasi asas nombor atau menulis dianggap sebagai murid LINUS.. Sekiranya, ada dalam kalangan keluarga kita seperti adik atau anak buah ataupun sedara mara kita yang masih gagal membaca dan menulis pada usia 7 Tahun, murid tersebut dikategorikan sebagai murid LINUS. Murid ini perlu diberi perhatian sewajarnya agar tidak ketinggalan dengan rakan sebaya yang lain.
Ada dua kategori pula dalam LINUS, LINUS TEGAR iaitu murid yang langsung tak kenal huruf mahupun nombor dan LINUS BIASA iaitu murid yang dah kenal huruf cuma tidak boleh membaca dengan betul. Contohnya, eja lain bunyi lain.. SU + SU , bunyinya PASU. Jangan risau yer, mereka masih boleh dipulihkan dan disaring semula dalam SARINGAN 2 & 3. Kita cuma perlu risau sekiranya mereka masih tidak lulus dalam SARINGAN 3.. dan ini bermakna, murid ini perlu dirujuk kepada doktor. Rujukan kepada doktor ini penting untuk memastikan murid ini ada masalah pembelajaran ataupun tidak. Sekiranya ada, kena cerita lain plak.

Cara ujian dijalankan pula secara individu. Instrumen ujian pula ada dua iaitu ujian membaca dan menulis untuk Bahasa Malaysia dan Matematik. Murid perlu lulus kedua- duanya untuk masuk ke Arus Perdana, sekiranya gagal kedua-duanya atau salah satu, murid tersebut adalah murid LINUS.
Murid sedang menjalani Ujian Saringan Membaca LINUS
p/s : Sistem pendidikan sekarang dah banyak beza dari kita sekolah dulu2... Ada yang oke ada yang KO.. tapi yang utamanya, SEMUANYA UNTUK MURID BEBAS DARI BUTA HURUF.


Selasa, 20 Mac 2012

Tips Tingkatkan komen Dalam Blog

Sejak kembali aktif berblogging ni, banyak perkara dah diperoleh. Terutamanya sahabat maya yang begitu baik hati seperti Mama Arina, buktinya header blog Dieyna ni hasil kreativiti beliau. Cerita utama yang Dieyna nak kongsi hari ini berkenaan trafik dan komen pengunjung. Cerita ni bukannya cerita copy n paste tetapi berdasarkan pengalaman sendiri.

Imbas balik, dulu blog ni suram. Setiap entri takde pun yang sudi komen. Terasa jugak dalam hati, tengok stat ada je pengunjung tetapi sorang pun tak komen apa2. Dieyna ada gak jenguk blog yang beri tips dalam berblog ni.. dan akhirnya Dieyna buat keputusan untuk mencubanya.

1. Tak guna widget shoutbox
Mula-mula, Dieyna tak guna widget shoutbox, dengan harapan setiap yang singgah dan yang ingin meninggalkan jejak pasti akan menulis di entri. Ternyata percubaan ini membuahkan hasilnya. Entri Dieyna dan sedikit meriah. Suka hati rasanya setiap kali buka dashboard, ada je komen baru masuk walaupun satu dua je.. Sangat berharga k.

2. Join segmen blogger popular
Hehe langkah pertama, Dieyna join segmen Pencarian Blogger Aktif MiaLiana.com dan juga segmen2 yang dianjurkan oleh en. Ben Ashaari. Alhamdulillah, percubaan ini menyebabkan follower Dieyna meningkat. Pastinya juga blog semakin meriah. Kadang-kadang sampai berbelas komen masuk. Suka sangat2.

3. Meninggalkan jejak
Jangan hanya tinggalkan jejak di shoutbox blogger lain, tinggalkanlah jejak di entri diorang. Pasti diorang akan membalasnya semula di entri kita. Itulah yang Dieyna praktikan. Juga berjaya.

Sebenarnya, Dieyna ni pun tak layak nak bagi tips cuma kongsi pengalaman sendiri dalam berblogging. 

P/s : Sejuta penghargaan kepada pengomen setia blog Dieyna (boleh tengok kat bawah ni yer) dan juga rakan Follower Segar (rujuk bloglist Follower Segar pun boleh). Jasa korang menceriakan lagi blog ini.. Terima kasih banyak2. 

JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !


Nak join segmen pulak ni.. macam biasa segmen en Ben Ashaari.. Harap2 belum terlambat lagi eik. Ini syaratnya.
  • Buat satu entri khas. Letak header BENASHAARI.COM

BEN ASHAARI
http://www.benashaari.com/2012/03/segmen-nak-join-bloglist-ben-ashaari.html 
     
  • Tajuk , JOM JOIN BLOGLIST BEN ASHAARI .. CEPAT !  dan linkkan ke entri ini .

  • Ceritakan serba ringkas mengenai blog anda dan kenapa anda berblog .. Secara jujurnya.
Blog ini blog perkongsian. Apa sahaja Dieyna akan berkongsi di sini terutamanya ilmu yang berguna dan yang boleh dimanfaatkan bersama. Asal- usul Dieyna berblogging sekadar untuk suka-suka tak sangka terus jadi minat.

  • oke, dah siap, Sekarang kena tinggalkan link di sini.

Asah Otak Skit : Teka- teki

Jom jawab teka- teki ni ye kalau korang terer lah... Asah otak skit biar berfikir yer.. Ini teka- tekinya..

Alkisah dalam sebuah kampung, ada satu perigi yang sangat dalam, ibarat kata kalau kita jenguk ke dalam memang tak nampak apa-apa. Gelap gulita. Suatu hari, seorang budak muda ternampak seekor lembu sedang meragut rumput kat sebelah perigi tu, tiba- tiba lembu tu tersalah langkah lalu terjerumus ke dalam perigi yang gelap gulita tersebut. Anak muda tersebut berlari menuju ke rumah Tok Ketua dan melaporkan apa yang dilihatnya tadi. Maka, berduyun- duyunlah orang kampung pergi ke perigi berkenaan untuk membantu lembu yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Untuk pengetahuan, dalam kampung tersebut ramai sangat yang menternak lembu jadi berlakulah kekonfiusan tentang MILIK SIAPAKAH LEMBU ITU .. Salah seorang daripada orang kampung tersebut, Pak Dollah sibuk memerhatikan keadaan di sekeliling perigi tersebut. Kawasan rumput tersebut kelihatan agak pelik, yang mana ianya membentuk satu laluan- ada rumput di tengah tetapi di kiri kanannya botak. Setelah puas memerhati, Pak Dollah dengan yakinnya berkata " LEMBU DALAM PERIGI NI LEMBU AKU". Soalannya :-

SEBAB APA PAK DOLLAH BEGITU YAKIN KATA LEMBU DALAM PERIGI TU MILIKNYA, SEDANGKAN PERIGI TU GELAP- GELITA, TAK LEH NAMPAK PUN LEMBU YANG JATUH TU.. 
Lebih kurang beginilah keadaan rumput di sekeliling kawasan perigi tu..
Nampak tak kiri kanan macam ada laluan.


P/s : Jawapan dah ada ni, cuma nak uji ketereran korang menjawab soalan teka- teki yang panjang berjela- jela ni je.. haha cepat buktikan ketereran korang ye... Sapa2 yang menjawab dengan tepat dan padat, Dieyna akan REVIEW BLOG dia.. hehe oke tak hadiah tu???


Isnin, 19 Mac 2012

Group Segar Follower

Ketinggalan plak malam ni, rupanya dah ada update tentang Group Follower Segar yang dianjurkan oleh Bunga Hati Mama.. Takde idea nak menulis panjang lebar sebab baru je bangun tido hehe buntu weh,, Maka korang- korang yang hadir ke blog Dieyna ni jemputlah juga singgah ke blog mereka ini.. Pasti akan ada banyak info yang menarik untuk dibaca. Dieyna pun nak menjelajah blog mereka juga ni...
Selamat berkenalan para sahabat maya sekalian. Marilah kita saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain.

Kenangan itu,,, :))

Cerita ni dah lama dah.. tiba je rasa nak tulis di sini.. kenangan manis + lawak pun ada gak.. hehe terfikir nak tulis entri ni pun sebab ada baca satu cerita kat blog Yatie (Segalanya Di Sini),, Korang boleh klik lama blog dia ye kalau nak baca apa ceritanya..

Pengalaman menjadi seorang guru, jumpa pelbagai kerenah murid, maklumlah mengajar murid darjah 1 sejak Tahun 2002.. Skang dah 2012 kan? Bermakna dah 10 tahun bergelumang ngan budak kecik ni.

Selalunya awal tahun masa paling kronik nak layan budak tahun 1 nie.. Ini yang nak dikongsi ni.. 

Situasi 1
Hari pertama sekolah, adalah seorang budak namanya Fikri, menangis-nangis tak nak masuk kelas, dia nak ibunya duk sekali dalam kelas tu,, tunggu sampai balik.. Last- last ibunya balik juga. Budak ni apa lagi, meraung- raung, meronta-ronta nak lari keluar.. Dalam duk jaga-jaga tu, Fikri terlepas juga keluar kelas, dieyna kejar sambil jerit pada Pak Guard, minta tutup pintu pagar utama,, Dah dapat tangkap tu, Dieyna terpaksa dukung Fikri masuk kelas.. Mujur gak dia kecik,, hehe tu yang boleh dukung tu.. Dah wat masuk semula dia dalam kelas, Dieyna bagi kunci kelas pada  Guard, sambil kata " Mat, tolong kunci kelas ni, waktu rehat karang baru buka semula" Haha sudahnya kitorang duk dalam kelas yang dikunci dari luar.. hehe penangan si Fikri..

Situasi 2
Tengah duk mengajar dalam kelas, tiba- tiba datang seorang murid kelas lain bagitahu, dialognya lebih kurang beginilah
Anak murid : Cikgu, anak murid cikgu buang air besar kat tandas.
Cikgu : Takpelah, dia buang air besar kat tandas pun, xde masalah pun.
Anak Murid : Dia tak buang dalam tandas cikgu, dia duk kat luar tandas, dia b...k dalam seluar.
Cikgu : oke, oke cikgu pegi tengok...

Maka, Dieyna pun pegilah ke tandas, rupa-rupanya Hisham tak sempat bukak seluar sebab tak pandai bukak tali pinggang, dah tak tahan dia pun membuanglah... huhu . Hisham ni chubby orangnya,montel gitu... susahlah agaknya dia nak bukak tali pinggangnya.. Dieyna pun, tolonglah bukakan tali pinggang dan bajunya, n suruh dia masuk dalam tandas, mandi .. Lama Dieyna tunggu luar pintu tandas, tapi Hisham tak keluar-keluar. Akhirnya, Dieyna panggil dari luar. Dia pun jawab

Hisham : Cikgu, Icam tak pandai basuh... 
Cikgu : Takkan cikgu nak basuh Icam punya plak.
Hisham :  Tolonglah Icam cikgu.. Tak sampai ni 

Dengan muka toyenya, Dieyna pun masuk, tolong basuhkan.. Kalau tak basuh, alamak tak baliklah gayanya.. Huhu terkena lagi... Moral of the story, pastikan anak kita dah pandai basuh tut sendiri sebelum masuk ke sekolah, kalau tak, nayalah cikgunya nanti ...:))

Cukuplah dulu, dua situasi ini... lenkali cerita lagi..hehe kenangan sungguh,,, tapi budak skang dah lebih matang, susah dah nak jumpa situasi gini.. harap2lah...

Ahad, 18 Mac 2012

Dari Dapur Dieyna : Kek Coklat Senang

Bijak tak nama resepi ni.. hehe Dieyna dapat resepi kek coklat ni daripada seorang rakan sejawatan iaitu Kak Rohimah Mohamad. Dia kata dia selalu buat kek coklat ini, sekejap je dah siap.. hehe korang nak resepinya tak? Kalau nak angkat tangan skang? Haha sebelum bagi resepi, korang tengok gambar dulu yer.. Bagi mata dulu yang santap, nak perut santap? Korang kena follow resepi lah :))
Abaikan objek2 yang berada di sekitarnya..
Sila fokus objek utama yang terletak di atas pinggan putih tu oke

Bahan- bahan untuk kek coklat senang ini ialah
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan susu pekat (Dieyna kurangkan kepada 1/2 cawan je, xelok manis-manis)
  • 3 biji telur
  • 1 cawan minyak masak (minyak jagung/ sayuran)
  • 1 sudu soda bikarbonat
  • 1 cawan air panas
Cara membuatnya pula ialah

  • Panaskan kukusan. Tunggu sehingga air mendidih.
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Tuang adunan dalam loyang.
  • Kukus dalam kukusan. Lebih kurang 45 minit. 
  • Siap untuk dihidang.
Senang kan.. Budak sekolah pun boleh buat. Korang cubalah pulak yer.
Selamat mencuba...



Hari Pertama : Malas

Hari ini hari Ahad. hehe apa maknanya?? Maknanya , kena pi sekolah lah.. Dari umur 7 tahun pi sekolah sehinggalah sekarang dah tua ops dewasa ni (taknak ngaku tua tu), tetap kena pi sekolah jugak. huhu 

Seminggu cuti menyebabkan mood cuti tu masih tak hilang lagi... Perasaan nak mulakan kerja "Down".. Tengah dok topup semangat nak mulakan kerja walaupun dalam otak duk fikir "lambatnya ari khamis" haha.. Boleh pulak macam tu yer? haha

HM Tuah Iskandar pernah berkata " Jangan mulakan hari anda dengan perasaan malas kerana ianya akan merosakkan keseluruhan hari anda " .. Masalahnya dah memang buka je mata, terus datang rasa tu, rasa malas buka mata, malas bangun, malas mandi, malas nak bersiap pi keje,. pendek kata perkataan tu bermaharajalela pada hari tersebut.. haha situasi ini berlaku pada diri ini pada hari ini...

Sumber gambar : rezamohyin.com   
p/s : Ada ke yang sama feelingnya macam Dieyna hari ni, sila angkat jari dan tekan keyboard.. haha  atau malas jugak ?

Sabtu, 17 Mac 2012

Mulut Oh Mulut !

Banyak peribahasa ataupun kata- kata bidalan berkenaan mulut ni.. Kerana mulut badan binasa.. Sebab apa kata macam tu, kerana kata- kata kita, mungkin ada orang yang terkecil hati, terguris rasa, tersinggung jiwanya.. Semuanya kerana mulutkan?? Mengumpat pun guna mulut jugak kan?? Hehe

Tiba- tiba je buat entri pasal mulut ni yer.. sebabnya ada satu benda yang terlintas dalam fikiran, rasa nak share sangat benda ni.. Rasanya korang pun pernah kena kan??

Sumber gambar : freedfreedom-love-u.blogspot.com
Masa hidup membujang, orang akan tanya begini
"Bila engkau ni nak kahwin, umur dah tua, kerja dah ada, memilih sangat ni, tu yang payah dapat jodoh"
Dalam hati, senangnya mulut berbicara, ingat pilih jodoh tu macam pilih ikan kat pasar agaknya, takkan nak jadi perigi cari timba plak... mulut oh mulut!

Sumber gambar : hakaluka.blogspot.com   
Bila dah kahwin, mulut orang tak berhenti lagi.. sebut mulut orang kan??? Nak2 kalau dah lama kahwin tapi masih belum ada anak lagi.
"Korang ni dah lama kahwin, cepat-cepatlah ada anak plak, takkan nak berdua je sampai bila-bila, korang tak usaha ke nak anak.. korang tak nak anak ke??"
Lagi melampau kan mulut orang ni .. Kalau dah takde rezeki lagi, nak buat macam mana.. ada orang cepat rezeki tang anak, ada yang payah pulak dapat anak, Kita dah usaha tapi kalau anak tu bukan rezeki kita lagi, sabarlah.. apa daya kita kan.. Adus2, mulut oh mulut!
Sumber gambar : wmazmi.wordpress.com 
Bila dah dapat anak, ada lagi soalannya.. hehe ingatkan dah berenti mulut bertanya kan.. tapi jangan risau ye, soalan cepu emas masih ada, tapi versi berlainan pulak.
"Si gegurl/boboy ni dah besar ni.. bila nak bagi adik kat dia plak? Bagilah kawan kat dia pulak, Tak payah nak merancanglah, ada rezeki untuk anak tu nanti.."
Malas nak komen dah.. fikir sendirilah jawapannya... Mulut oh Mulut!

Mulut manusia bukannya mulut tempayan, boleh ditutup2.. Biar je diorang bertanya, lama- lama nanti bosanlah diorang bertanya.. itupun kalau diorang bosanlah kan... hehe

p/s  Realiti kehidupan, betul tak???

Mengapa begitu jadinya????

Pagi- pagi baca surat khabar harian Metro. Tersentak rasanya . Mengapa begitu jadinya?? Isteri hamil dua bulan ditikam bertubi- tubi. Amarah jenis apakah itu?? Tiada jalan penyelesaian ke sehingga membunuhnya. Kesalahan besar apakah yang si isteri lakukan sehingga mati adalah penyudahnya.. 

Menyesal dan menangis air mata darah sekalipun si isteri tak akan bernyawa kembali. Tunggu jelah prosiding mahkamah nanti, pasti terbongkar sebab musabab kejadian. Kita?? Tunggu dan lihat.. Jangan terus menghukum yer.. Pasti ada sebabnya... Cuma ianya tak sepatutnya berlaku.. 

p/s : Sabar itu separuh daripada iman. ALFATIHAH UNTUK SUZILA SABTU.

Shiro menang Raja Lawak 6

Kumpulan ni memang menghiburkan hati, memang dah dijangka dari awal kumpulan ini mampu menang kerana kreativiti dan idea- idea lawak yang dipersembahkan out of box.. Tak pernah orang buat.. hehe 
Jom review skit, apa yang diorang buat malam tadi
Persembahan pertama mereka berkenaan anak murid dan Tok guru.. Dah kelakar sangat dah Dieyna rasa.. Gelak besar, nak2 tang parut  di muka, ingatkan kena parang tapi kena ampaian kain.. haha cara diorang bercerita tu yang jadikannya lawak.

Persembahan kedua pula kesinambungan lawak mereka dalam minggu ke berapa ntah, pasal orang gila yang dilayan baik punya oleh si pengemis.. Memang lawak habis laa... Kesimpulannya, mereka sangat2 layak memenangi piala tu, Selamat menyusuli jejak langkah senior mereka.. Ini adalah profil ahli kumpulan Shiro yang Dieyna ambil dari laman web budakbotak.com.

Peserta pertama: SHAHROL
Nama Sebenar : Shahrol Azizie Bin Azmi
Asal :Johor
Umur :27 tahun
Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
Kerjaya :Bekerja sendiri
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6

Peserta kedua: AJAK
Nama Sebenar : Mohd Hanaffi Bin Razak
Asal :Johor
Umur :25 tahun
Bakat selain melawak : Berlakon, menyanyi, bermain alat muzik
Kerjaya :Emcee
Harapan untuk Raja Lawak 6: Untuk menjadi Juara Raja Lawak 6

Sumber:http://www.budakbotak.com/2012/01/biodata-kumpulan-shiro-raja-lawak-musim.html#ixzz1pKGuEKRJ
 



P/s : Dieyna biasa tengok si budak Shahrol tu berlakon drama tv, kalau tak silap cerita Hantu Gigi.. No wonderlah dia ni bersahaja di atas pentas. Apa-apa pun

TAHNIAH KUMPULAN SHIRO.. DAN  JUGA TAHNIAH KUMPULAN ZERO, CUIT DAN 2YOL JUGA... 
KORANG DAH CERIAKAN SEMALAM KU.. HAHA


Catatan Popular