Halaman

Rabu, 29 Februari 2012

SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012


Tiada idea nak menulis malam ni.. Jadi, dengan rela hatinya, Dieyna join Segmen En. Ben.. Dah lama tak join aktiviti macam ni ... o_o Kalau korang pun nak join, klik je gambar en encem kat bawah ni ye...
                             
BEN ASHAARI
Termenung jauh tu..:))
KENAPA PATUT PILIH BLOG SAYA??
Korang datang sini, korang boleh baca macam- macam cerita yang Dieyna kongsi dan pastinya cerita tersebut tak mendatangkan dosa kepada korang yang membacanya. Hehe tak reti nak promote blog ni lebih2... Rasanya penilaian korang lebih jitu dan padat daripada penilaian empunya blog.. Kang tak pasal masuk bakul angkat sendiri plak...

Syarat lainnya ialah kita kena wujudkan BLOGLIST APRIL 2012 dan pilih blog- blog yang dirasakan boleh menarik hati, masuklah ke blog mereka dan tinggalkanlah komen begini
ANDA BERMINAT UTK MENUKAR LINK BERSAMA SAYA ? “

Kalau diorang berminat nak tukar- tukar link, maka diorang dengan berbesar hatinya akan menjawap begini
 “ YA . SAYA BERMINAT DENGAN TAWARAN ANDA “

Apa tunggu lagi?? Kalau berminat jom join segmen ni sama2...Jangan lambat2, sebab ini segmen singkat, tarikh tutupnya 1 Mac 2012 pukul 8.00 malam... Jangan ketinggalan tawaran istimewa ini..

Wordless Wednesday # 3 : Tulisan Berangkai


Rasanya orang dulu- dulu menulis guna tulisan ini... Kalau korang tengok cerita Masam-masam Manis arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, korang mesti ingat adegan ini "Hari- hari cikgu suka main bola".. Ingat balik tulisan P Ramlee tu.. cantik kan..

Sukatan Tahun 2

Selasa, 28 Februari 2012

Apa Kelemahan Blog Ini??? Kritik Skit...

Tak tahu nak update apa
Tapi perasaan melonjak- lonjak nak update entri baru
Akhirnya,
Tajuk ini yang dipilih...

APA KELEMAHAN BLOG INI?? KRITIK SKIT

p/s : Kepada yang sangat prihatin dan sering berkunjung ke sini... komenlah skit.. Boleh perbaiki mana- mana bahagian yang rongak dan kosong tu.. hehe

Silent readers : Thanks for coming here.... hehe

Isnin, 27 Februari 2012

Urusan Kenaikan Pangkat

Suka suka suka
Hari ini dapat surat ini
Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Gred DG2-1, DG2-2, DG2-3 dan DG2-5 Yang Memperoleh Ijazah
Semasa Dalam Perkhidmatan Untuk Dinaikkan Pangkat Ke DG1-1

Patutlah baru- baru ni kecoh SPP bekukan kenaikan pangkat ke dg41 (DG1-1)
rupanya berlaku pindaan di bawah skim baru yang diperkenalkan baru- baru ini iaitu
Skim Baru Perkhidmatan Awam.
Di bawah pelaksanaan SBPA, skim PPPLD dan PPPS dipinda menjadi
skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Skim baru ini juga memperkenalkan sistem kenaikan pangkat tanpa
dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dengan syarat
penjawat awam memilih SBPA.

Lebih kurang macam ni lah suratnya..
Pinjam gambar daripada en.google

Bagus betul rasanya, selama ini temuduga SPP boleh buat kecut perut dah..
Takut tak lepas, takut ditanya soalan yang memang kita tak tahu.
Tetapi dengan sistem ini.. lepas satu bebanan.
P/s : Tengah membelek fail perkhidmatan untuk mendapatkan semua maklumat yang diperlukan untuk urusan ini. Syukur Alhamdulillah... Semoga segala urusan dipermudahkan.. amiin.

Ahad, 26 Februari 2012

Mandi Malam : Mitos dan Fakta

Serius!!
Sebelum tidur, tak kira pukul berapa pun
Dieyna akan mandi dahulu..
Badan terasa segar tidurpun lena
Orang dulu- dulu kata
Mandi malam tak elok untuk kesihatan
Boleh mendatangkan banyak penyakit
Terutamanya penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

Ada kawan Dieyna berkata,
Mandi selepas pukul 8 malam hingga 12 tengah malam
Yang boleh memudaratkan .

Faktanya :

Mandi malam menggunakan air suam boleh membantu membuka liang- liang roma dan seterusnya boleh menghilangkan toksin dalam badan.
Sekiranya stress, mandi menggunakan air yang sejuk boleh membantu mengurangkan rasa
stress tersebut.
Mandi malam juga boleh membantu melegakan sakit otot dan juga membantu usus berfungsi dengan baik.
rujuk sumber ini yer

p/s : Kalau badan rasa tak best, macam mana nak tidur... hehe :)))

Hitam Putih Hati Kita

Hati Putih
Sering meminta kita bersabar
Juga meminta kita bermuhasabah
Memandu kita ke arah kebaikan dan kebajikan
Menyedarkan kita
Betapa besarnya nikmat Tuhan
Betapa redha itu perlu
dalam memperutuhkan kepercayaan terhadap
qada' dan qadar

Hati Hitam
Penuh dengan rasa cemburu, hasad dengki & khianat
Tidak pernah mensyukuri sebarang nikmat
Tidak pernah juga menghargai apa yang dapat
Sering bersekongkol dengan perasaan riak
Kononnya kitalah yang paling hebat

Yang mana satukah hati kita??
Hitam atau putih?
Renungkanlah kembali
Mungkin ada sedikit hitam
ataupun
sedikit putih di hati kita...
ataupun tiada putih langsung..

Kita sendiri yang akan
meletakkan di mana hati kita..


Jumaat, 24 Februari 2012

Karnival Pengantin Kemaman 2012

Jom cuci mata dengan gambar- gambar ini
Gambar sekitar Karnival Pengantin Kemaman 2012
Kalau ada pembaca yang duduk di sekitar Kemaman
Bolehlah datang berkunjung
Karnival ini akan berakhir pada
26 Februari 2012

Pengunjung tak ramai lagi.. Kami baru sampai ke booth adik
znhkadkahwin


dekorasi kek..




aneka pelamin




Jom memeriahkan suasana di
DEWAN SRI AMAR, KEMAMAN
(BERHADAPAN DENGAN MAHKAMAH DAN BALAI BOMBA LAMA )

Kalau dulu, dewan ni dipanggil
DEWAN BANDARAN



Tahniah Yusri ~ Lisa & Kampung

Dua tajuk bermakna dua cerita..
Cerita pertama
Tahniah untuk pasangan pengantin baru Yusri dan Lisa Surihani
Semoga melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kesabaran.
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. dunia dan akhirat
image
Ehsan gambar dari blog En. Ben Ashaari

Cerita Kedua
Kampung...
Sekarang Dieyna sekeluarga berada di kampung halaman..
Tiada line wifi streamyx.. cuma ada broadband kaler biru
Esok broadband ni dah dibooking untuk dibawa ke 
KARNIVAL PENGANTIN  KEMAMAN
DEWAN SERI AMAR


MAKNANYA,

Tak dapatlah Dieyna berblogwalking secara tegarnya
dan mungkin juga tidak dapat membuat entri terbaru
sebabnya TIADA LINE INTERNET
sob sob sob

P/s : Cuba curi masa sebelah malam, harap2 berkesempatanlah menjenguk para rakan..

Khamis, 23 Februari 2012

❤ Hidup Berjiran ❤


Dua versi Hidup Berjiran, 
Korang nilaikan sendiri ye

Versi 1
rindunya kat flat ini, sekarang dah cat baru.. tak seburuk ini dah
Dahulu duduk rumah pangsa, ada jiran di kiri dan di kanan rumah juga
Alkisah jiran kiri, dapur kita dengan dapur dia bertentangan..
Apa dia masak kita hidu baunya, apa yang kita masak dia hidu baunya juga
Tapi malangnya selisih sebelah pun tak bertegur sapa, hanya senyum biasa terukir di bibir
Seolah dia bukan jiran kita, dan kita pula bukan jiran dia..

Jiran kanan pula, apabila berjumpa ramah bercerita
Malangnya nak jumpa sebulan sekali pun payah
Maklumlah kita bekerja dia pun bekerja
Sehingga satu hari, tergerak hati nak hubungi
Nak bertanya khabar kerana sudah lama tak berjumpa
jawapan yang diterima
"Akak dah sebulan dah pindah rumah"
"Ana pi keje masa akak pindah, tak sempat nak beritahu "
Dalam hati terkedu...
"Teruknya aku jiran sebelah rumah pindah pun aku tak tau"
HUHU akhirnya diri sendiri turut berpindah dari situ
Mungkin juga takde jiran yang tahu...

Versi 2
Pulang ke kampung.. Tinggal di rumah teres,
Depan belakang kanan kiri rumah ada jiran..
Dalam hati mesti rasa berbeza daripada hidup di kota
Jiran di sini pasti ramah belaka...
Malangnya juga masing- masing duduk dalam rumah
Jarang kelihatan di luar rumah
Sehinggalah berkenalan dengan seorang jiran..
Katanya 
"Ada facebook tak, kita add friend"
Apabila dah add dirinya, dia cadangkan nama jiran-jiran yang lain
siap ada kumpulan sembang jiran tetangga
Seronoknya dapat berkenalan dengan mereka
Berpakat buat jamuan makan2.. saling menghantar makanan
Berkumpul di laman sambil membawa si kecik bermain dengan rakan.
Mereka juga datang bertandang..
Barulah terasa beza dulu dan sekarang..
Symbol-smileys
Terima kasih jiran.. Korang warnai hidup ini...

~Follower dan Blogwalking~

Salam pagi Khamis 

Hasrat Dieyna
 Dieyna nak Copy LINK
FOLLOWER Dieyna yang masih aktif berblogging dan
Juga link Pengomen yang baik hati...
Kemudian, Dieyna akan letak
url korang kat sini


Mudah sikit Dieyna
Blogwalking blog korang
dan juga
sebagai tanda bahawa
Dieyna sangat- sangat 

❀ MENGHARGAI KORANG YANG SUDI
MENJADI FOLLOWER/ PENGOMEN BLOG INI 

Dan
ini untuk korang yer
 
kalau korang nak.. sila ambil di sidebar yer...

Entri Khas Untuk Deru Ombak

Entri ini khas untuk Kak Deru Ombak ye...

Dia ada tanya Dieyna pasal ni
Jadi, ini jawapannya ..
Klik kat anak panah merah tu..

Kat sini lah OLD BLOGGER INTERFACE
 Cuba yer lepas ni... 
Jangan lupa bagitahu Dieyna hehe

Rabu, 22 Februari 2012

Tutorial Show Profile Image On Comment

Dieyna nak share ilmu baru dapat..
Semalam Dieyna buat entry ini
sebab ada masalah gambar profil tak keluar pada komen.
Tetapi hampa sangat..
Takde orang nak tolong.. huhu
Sorang je yang respon.. Thanks Aine..

Memandangkan takde yang sudi menolong..
Dieyna try tanya pakcik Google..
Sehinggalah berjumpa BLOG ini..
Ikut caranya tapi tetap tak berjaya...
Kemudian jumpalah caranya di blogger.. 
(Maaf tak dapat nak share linknya, sebab hari ni dah tak leh masuk link itu)
Rezeki Dieyna semalam agaknya...

Caranya begini
Tukar dashboard ke "OLD BLOGGER INTERFACE"
Kemudian klik "SETTING"

Selepas itu, klik "COMMENT"
Keluar macam ni kan..
Scroll down sampai bawah

Sehinggalah jumpa perkataan ini
"SHOW PROFILE IMAGE ON COMMENT"
Klik "YES"


Akhir sekali, "SAVE SETTING"

Maka selesailah masalah
sudah ada gambar pengomen pada ruangan komen blog ini.
Hehe suka hati sangat hari ini..

P/S : Rujukan pada masa akan datang ni..

Selasa, 21 Februari 2012

Menulis Biar Ada Faktanya..

Sekarang ni macam- macam cerita keluar..
Sama ada benar ataupun sekadar khabar angin..
Medium penyampainya adalah majalah, surat khabar dan yang paling popular
BLOG

Cuma kadang- kadang jadi keliru
Berita yang belum tentu sahih dah dicanangkan
Terutamanya bab-bab produk makanan yang memang
dah sahih ada logo halal JAKIM dan dah sahih
barangan tersebut diperakui sah oleh JAKIM melalui laman webnya
Mangsanya.. PRODUK tersebut.

Gosip artis juga bertebaran..
Dari satu blog ke satu blog..
Sudahnya ..cerita itu fitnah semata..
Ada yang dapat pahala.. 
Kita??? Dapat apa??
Dosa.. Kena saman..
Fikirlah sendiri..

MENULIS BIAR ADA FAKTANYA
Ada ilmu yang boleh dikongsi
Lebih berfaedah rasanya
daripada menulis tanpa isi..

Sekadar pandangan peribadi... 
Korang berhak membuat pandangan sendiri..
Mungkin ada alasan tersendiri
Mana tahu kan??

Zaman sekarang : Mengumpat bukan lagi daripada mulut ke mulut..

Percubaan Update Entri Guna Handphone

Dieyna follow tutorial daripada blog ini
http://maz-naz.blogspot.com/2011/07/tutorial-update-blog-guna-handpone.html
Akhirnya
Berjaya.....

Bila Kita Nak Memang Tak Jumpa

Dari tadi duk selongkar meja

Nak cari jadual waktu kelas yang baru
Tapi tak jumpa- jumpa
Baru je semalam tengok jadual tu ada
Hari ini dah tak jumpa
Aduss.. mana plak Dieyna simpan...
Ini jadual kelas lama
Selalu jadi macam ni
Bila kita nak guna memang tak jumpa dah..
huhu 


❥ Tolong! Tolong! Tolong! ❥

Dieyna nak minta tolong korang skit..
Kenapa ye ruangan komen Dieyna tak keluar gambar,,
Light Image dah klik YES dah
Tapi tetap macam ni

Tengok anak panah merah tu...
Dieyna nak minta tolong sangat korang ni...
Tolong ye bagitahu macam mana nak bagi keluar gambar kat situ
Macam tak best je tengok ruangan komen tu..
Nampak lembaga hitam je...
:((((


✿ Kebun

Dahulu

Dieyna aktif berkebun..
Tanam macam- macam...
Tak sabar tunggu buah- buahan dan sayur- sayuran masak.
Ternak ayam, lembu, kambing dan macam2 lah..

Tapi kini..
Kebun Dieyna dah kontang..
Semangat nak berkebun dah hilang..
Sebabnya terlalu banyak kebun untuk dijaga
Bukan satu bukan dua tetapi empat ..
Letih...

Mungkin nanti..
Semangat berkebun datang balik..
Kesian plak kat jiran tetangga yang mengharapkan bantuan
Erm.. entah bila,,.


Hehehe inilah kebunnya...
FARMVILLE


.

Isnin, 20 Februari 2012

Hasil Kerja ....

Hari ini ajar seni...
Topik garisan...
Inilah hasilnya....

Cantikkan...
Hasil kerja terbaik
daripada murid Tahun 1

Ahad, 19 Februari 2012

~Jujur Aku Dayus~

Semalam tak sempat tengok cerita ini..

Mujur hari ini Perekacerita.com dah
share download link
Lakonan mantap Nora Danish dan Beto Khusairy..
dan jalan cerita yang menarik...

Seksanya jiwa apabila sang suami diam seribu bahasa
Tidak tahu di mana salahnya..
Tidak tahu apa puncanya..
Hanya teka- teki menyelubungi..
Mulalah datang syak wasangka
Curiga mencurigai..
Sedangkan semua masalah ada penyelesaiannya..

Apa2 pun.. cerita ini mmg best..
Sesuai untuk tontonan para suami dan isteri
Ada mesej yang disampaikan
Para isteri..
JANGAN SESEKALI MELAKUKAN TINDAKAN TANPA IZIN SUAMI

para suami pula
JANGAN TERLALU MENGHUKUM TANPA MEMOHON PENJELASAN TERLEBIH DAHULU,
KADANG2 YANG TERSURAT ADA YANG TERSIRAT
KADANG2 YANG TERLIHAT ADA YANG TERLINDUNG..

Bertindaklah dengan akal yang waras..

Fikir- fikirkanlah...



Ben Ashaari Jadi Follower..

Entri ni ringkas je...

Nak ucap terima kasih kat En. Ben.. 
sebabnya
sudi jadi FOLLOWER  blog Dieyna..
BLOGGER terkenal tu.. mau tak  bangga 
ye dok...???


Sabtu, 18 Februari 2012

Pendidikan ~~ Aplikasi Online

Zaman sekarang ini zaman moden..

Semuanya di hujung jari..
Yang cipta aplikasi ini patut berasa bangga
Sebab dah berjaya membuatkan para guru
menambah satu lagi tugas... 
Tugas yang semestinya perlu dibuat di luar waktu persekolahan..

Ibu bapa perlu lebih celik IT
sebabnya, hanya dengan satu klik..
Markah anakanda kesayangan akan terpapar di skrin...
Boleh print untuk tampal di dinding sekiranya resultnya
mengembangkan hati...

Anak- anak pula tak dapat lagi sorok
kad kemajuan if resultnya teruk bangat.. hehe

Dah banyak melalut kat atas ni kan..
sekarang Dieyna nak share apa aplikasinnya..
Pasti ada para ibubapa dalam kalangan pembaca blog ini kan..

Aplikasi 1 - SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)

Ibu bapa boleh menyemak markah peperiksaan anak- anak di sini..
Semakan markah hanya untuk murid Tahun 3 dan ke atas sahaja.

Aplikasi 2 - SPPBS (Sistem Pengurusan Pentadbiran Berasaskan Sekolah)

Sistem ini berdasarkan penilaian mengikut Band untuk Tahun 1 dan 2. 
Sistem yang berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Aplikasi 3- Maklumat Diri Murid Sekolah Malaysia

Ibu bapa boleh menyemak data peribadi anak- anak menggunakan aplikasi ini.

Ada lagi beberapa aplikasi lain untuk kegunaan
pendidikan zaman sekarang ini.

Yang pastinya, semua aplikasi
di atas perlu diisi oleh GURU...

Siapa kata jadi CIKGU ni mudah kan.... 

p/s: Sengaja buat entri ni sebab nak simpan link ini untuk memudahkan kerja pengisian maklumat nanti...






Lojik Ke???

Idea utama entri hari ini
pasal watak dalam drama.. 
boleh ke???
Boleh ke tak boleh ke tetap nak ulas jugak.. hehe

Apa kaitan tajuk tu eik... 
Meh nak cite- cite skit..

Pertama
Lojik ke??? 
... Watak seorang perempuan kampung.. yang miskin.. duduk kampung..rumahpun ala- ala bangsal je..
tetapi bulu keningnya.. teratur rapi je.. ala- ala kena pisau cukur gitu...
Persoalannya, orang kampung yang dah veteren cukur kening ke???

sekadar gambar hiasan credit untuk en Google ye.

Kedua..
Lojik ke???
 Watak seorang perempuan yang tengah solat.. tetapi 
bibir munggilnya masih ada lipstik.. eye shadow pun ada lagi..
agaknya, dia pakai lipstik n eye shadow yang boleh bawak solat kot..
sekadar gambar hiasan credit untuk en Google ye. 
Ketiga..
Lojik ke???
Watak tengah tido..tetapi muka maintain cun..
bermake up lagi.. agaknya tak sempat cuci make up
terus tido kan...

Keempat..
Lojik ke???
Watak perempuan kampung..
Ada penyakit.. hidup memang susah melaratlah tetapi
pakai bulu mata palsu..nampak sangat ketidak originalan matanya
sekadar gambar hiasan credit untuk en Google ye. 
Kelima..
Lojik ke???
Wataknya duk rumah sewa bujang.. keje kilang tetapi
rumah sewanya ala- ala apartment.. siap ada set meja makan, set ruang tamu bagai
ibarat kata, rumah tu tak macam rumah orang bujang yang keje kilang secara realitinya..

Cukup sini sajalah... malas dah nak fikir benda yang tak lojik dalam drama or filem kita lagi
Buat tambah pening je hehe..
Walaupun sebenarnya memang banyak yang nampak tak lojik..
Kalau korang perasan,, korang tambah lagi eik. 
APA YANG TAK LOJIK DALAM DRAMA/FILEM KITA...??

Adioosssss

Sarapan Pagi ~~ Cekodok Manis

Hari ini fikiran buntu.. tak tahu nak buat apa untuk sarapan pagi

Fikir punya fikir, terpandang tepung gandum..
Hehehe apa lagi, terus ambil mangkuk, tuang tepung, masukkan garam, gula, telur n air
Kacau- kacau sehingga semua bahan sebati..

Panaskan kuali, tuang minyak.. dan mula menggoreng
Maka, inilah hasilnya


Enak dimakan suam2...


Khamis, 16 Februari 2012

Dari Oven Dieyna: Kek Gulung 3 Rasa

Salam semua.. dah lama rasanya tak buat entri pasal makanan kan..hehe
Semalam sekolah Dieyna adakan mesyuarat agung PIBG..
Dieyna pulak dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bahagian jamuan VIP 
Bukan Dieyna sorang tetapi dengan beberapa orang rakan lain termasuklah pemilik blog Fatmasha.
Bincang punya bincang, kitorang pun buat keputusan untuk buat kuih homemade...
jadi Dieyna offer diri untuk buat Kek Gulung untuk para VIP dan cikgu- cikgi nanti...

Inilah rupa kek gulung yang dibuat sendiri....

Baru keluar oven ni.. masih panas lagi

Kek digulung dan dibalut plastik

Selepas dipotong dan dihidangkan kepada hadirin

Sangat puas hati apabila kek ini sold out.. 
hehe sungguh2 puas hati..

Kalau korang nak try buat sendiri pun boleh..
Ambil resepinya di sini.. Dapurku Sayang
Dieyna pun guna resepi ni cuma ada pengubahsuaian je sikit.. hehe

Isnin, 13 Februari 2012

Beribu sesalan

Salam petang semua.. Saja nak kongsi lagu yang Dieyna suka layan.. 

Dengar lagu ni rasa touching sangat.. hehe 
Gabungan tiga suara yang memukau.. dengan alunan muzik yang syahdu..
Memang bestlaa... Tak jemu lagi setakat ni mendengarnya..

Jom kita tonton sama2..

Surat Cuti

Hari ni Dieyna duk kemas- kemas meja kelas.. 
Terjumpalah satu surat..
Sebenarnya Dieyna pun pelik kenapalah budak ni dah dua hari tak datang.
Rupa- rupanya budak ni dah bagi surat beritahu ketidakhadirannya,,
Mungkin kawan- kawannya main letak je atas meja tetapi tak beritahu..

Inilah suratnya.. Surat cuti sekolah zaman sekarang.. Ikut suka dia je

Kalau ada sesiapa yang berminat nak tiru surat cuti pesen baru ni.. silakan laa... :)))

Ahad, 12 Februari 2012

Hafalan Shalat Delisa

Cerita ni dah lama berada di panggung wayang
ASTRO FIRST dah siap beli dah pun..
Hari ini tergerak hati nak tonton cerita ini sebab nampak sangat BEST..
Jadi, Dieyna ambil jalan mudah.. cuba cari cerita ni kat YOUTUBE.COM
dan hasilnya korang boleh tengok di sini


Ringkasan cerita daripada pandangan Dieyna

Delisa merupakan seorang anak kecil yang sangat pintar dan aktif. Dididik dengan baik oleh kedua ibu bapanya iaitu, Abi Osman dan Ummi Salamah serta dikelilingi oleh kakak- kakak, Fatimah, Aisyah dan Zahra yang sangat menyayanginya. Delisa diminta menghafal bacaan dalam solat dan dijanjikan dengan hadiah yang berharga oleh kedua ibu bapanya. Namun, tatkala amali solat sedang diadakan, bencana melanda.. Ombak tsunami menyelimuti perkampungannya dan turut membawa pergi orang- orang yang disayangi...Kerana kusyuk solatnya, Delisa dilindungi dan kerana tulus hatinya, Delisa redha dengan tragedi menimpa... 

Untuk tahu cerita ini dengan lebih lanjut.. korang tontonlah sendiri ye..
Sangat meruntun jiwa... huhuhu

Kepada para ibu bapa.. tontonlah cerita ini kerana ada ilmu mendidik anak diselitkan..

Credit to : YOUTUBE.COM

Catatan Popular