Halaman

Sabtu, 31 Disember 2011

Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com

Salam 1 Malaysia,


Hari ini Dieyna nak join program ini.. Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com.. Tarikh tutup penyertaan pada 31 Disember 2011 pukul 11.59 mlm.. Kalau anda berminat nak join aka meninggikan trafik kunjungan ke blog korang, jom sertai bersama- sama. Kita tengok syaratnnya k :

Syarat-syaratnya :


  1. Terbuka kepada semua blogger.
  2. Buat entri bertajuk Pencarian Blogger Aktif Oleh Mialiana.com (dah buat dah)
  3. Sila copy coding segmen ini dan masukkan ke dalam entri tersebut (Klik pada coding di bawah dan tekan Ctrl + C untuk copy). (dah copy coding tu n jadi macam ni -->
    Pencarian Blogger Aktif
    Pencarian Blogger Aktif oleh Mialiana.com
    25/12/2011 hingga 31/12/2011

  4. War-warkan tentang penyertaan anda kepada pengunjung-pengunjung blog anda. (since dah ada kat entri, mesti my readers baca kan.. so, dah ikut syarat dah )
  5. Blog anda wajib ada shoutbox a.k.a kotak menjerit supaya senang nak tinggalkan jejak. (confirm ada)
  6. Anda mestilah seorang yang selalu update blog dan yang rajin blogwalking. (Insya Allah)
  7. Setelah siap, letakkan URL entri tadi ke dalam ruangan komen entri ini. (oke)
Harap2 entri ni dah memenuhi syarat MiaLiana ye.. Apa2 pun selamat berkenalan dan rajin2lah blogwalking di blog yang tak seberapa femes ni.. :))


Rabu, 28 Disember 2011

Wordless Wednesday #1

Orang kata hari Rabu.. Hari spesel.. Wordless Wednesday... Hanya letak gambar dan sedikit teks.. yang lain pembaca kena fikir sendiri..




ILUSTRASI JENAKA PENJAWAT AWAM PENCEN 60 TAHUN

*Gambar ihsan pakcik Google...

SBPA- Perbincangan JPA- CUEPACS berhasil

Isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam ni dah lama diperkatakan.. Ada pro dan kontranya.. Biasalah, mana ada DASAR yang benar2 sempurna melainkan DASAR yang ditetapkan ALLAH...


Ada beberapa terma dalam SSM telah ditukar apabila SBPA diperkenalkan..
Kalau dalam bidang perguruan ni, terma yang paling jelas sekali bertukar ialah nama skim, kalau dulu skim berbeza mengikut lepasan diploma or ijazah tetapi sekarang nama skim disatukan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
Gred jawatan juga berubah iaitu
DG 29 = DG2-1
DG32 = DG 2-2
DG 34 = DG 2-3
DG41 = DG 1-1
(sekadar beberapa contoh)

Walau bagaimanapun, bukannya semua pihak bersetuju dengan SBPA ini, ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi dan diperjelaskan lagi kepada umum terutamanya pihak yang akan berada dalam polisi baru ini..

Antara isunya ialah mengikut SBPA, sekiranya seorang penjawat awam mendapat markah prestasi kurang daripada 75 markah maka tiada kenaikan gaji akan berlaku. Manakala untuk pelaksanaan EXIT POLICY pula, sekiranya seseorang penjawat awam memperoleh markah prestasi kurang daripada 70 markah, maka penjawat awam tersebut boleh dimasukkan ke dalam EXIT POLICY dan seterusnya boleh ditamatkan perkhidmatannya. Isu mata gaji juga dibangkitkan dan penjelasan mengenainya dituntut.

Bagi meredakan isu dan seterusnya mewujudkan win-win situation, perbincangan antara JPA dan Cuepacs telah dijalankan dan membuahkan hasil. Daripada perbincangan, kata sepakat dan keputusan semerta telah dibuat iaitu berkenaan

i. Isu prestasi :
JPA bersetuju untuk menurunkan markah penilaian prestasi bagi kenaikan gaji di bawah skim SBPA daripada 75% kepada 65%.

ii. Dasar Pemisah (Exit Policy)
Penjawat awam akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah sekiranya gagal mencapai 60 %.

iii. Isu Gaji dan Gred Jawatan
Semua perkara yang dibangkitkan oleh pihak Cuepacs yang berkaitan termasuk isu gaji tertinggi dan gred jawatan akan dikaji dalam tempoh tiga bulan.

Memetik kata- kata Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs, Secara keseluruhannya SBPA adalah baik untuk masa depan perkhidmatan awam negara, namun terdapat beberapa bahagian tertentu yang perlu dikaji semula...

P/s : Bukan senang jadi pemimpin, nak kena memuaskan hati semua pihak.. pasti akan ada juga yang tak puas hati.. :)


Selasa, 27 Disember 2011

Kebiasaan dalam Drama

Kita biasa tengok drama atau filem.. tak kiralah cerita melayu ke cerita Omputih ke, pasti ada sesetengah adegan yang biasa sangat kita lihat.. adegan tu kiranya macam adegan wajib ada, padahal kalau takde pun takpe kot...

Adegan Pertama
biasa kan tengok adegan macam ni.. adegan di meja makan...

Adegan Kedua

Adegan bilik tidur.. kalau dulu, adegan macam ni diharamkan sebab walaupun menjiwai watak hubungan antara kedua pelakon tetap bukan muhrim.. tetapi sekarang ni adegan begini berleluasa, tak kira cerita melayu ke cina ke india ke omputih ke.. mesti ada adegan mcm ni..
apa2 pun MATLAMAT TETAP TIDAK MENGHALALKAN CARA.. tak sesuai untuk tontonan umum..

Adegan Ketiga

Adegan berkemban.. kalau cerita mat salleh nak ada adegan mcm ni tak kisah sangat sebabnya dorang memang tak tahu malu n tak tahu hukum pun.. tapi yang kita patut kisah kalau adegan mcm ni dilakonkan oleh perempuan melayu yang sepastinya ISLAM.. :) sedih

Adegan Keempat

Adegan membeli- belah.. mesti ada, kalau dalam cerita itu orang kaya yang membeli- belah, mesti pergi shopping mall, bawak paper bag, keluar masuk kedai, kedai mahal2.. kalau cerita itu kisah orang miskin lak, ada gak adegan ni tapi keluar masuk gerai pakaian biasa je.. muka ala2 sedih sebab tak cukup duit nak membeli

Adegan Kelima
Adegan akhir yang saya nak kupas di sini ialah adegan dalam dapur.. dapur rumah ke dapur hotel ke mesti ada adegan ni kan..

Adegan2 yang dinyatakan di atas biasanya berlaku di dalam realiti kehidupan cuma ada yang boleh ditonjolkan dengan tidak sahaja.. setakat adegan makan, membeli dan memasak tu okelaa tapi kalau dah bab berkemban dan dalam bilik tidur tu.. takkan nak tonjolkan juga walaupun dalam realitinya ada.. fikir2 je laa...

THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY

Salam semua,, mood hari ni adalah nak join GA.. dan inilah GA pertama yang akan Dieyna sertai untuk sesi 2011 ni.. hehe

Dieyna tahu pasal GA ni pun daripada forum ratuhati.com.. syarat GA ni pun senang je, tengok kat bawah ni ye...

SYARAT2 NYA

1. Buat entry bertajuk THE LADIES PHOTOGRAPHER GIVEAWAY..
(dah buat dah)

2. letak Bannner seperti di bawah dan link kan ke blog empunya GA
(dah setel)

3. Like Fan Page TLP di facebook http://www.facebook.com/theladiesphotographer dan kepada yg tiada FB, boleh jadi follower di belog dia ini:P
(like fanpage dah, jadi follower pun dah)

4 - Like Fan Page Danita Maternity Store http://www.facebook.com/Danitamaternitystore (Ini fanpage penaja hadiah so, kena like ye... saya dah like dah)

5 - Tag 5 org kawan blogger (lebih or kurang pun boleh katanya.. hehe bahagian ni lemah skiet, nak tag sape eik) fikir punye fikir.. saya rasa saya nak tag

6 - Letak link entry anda di entry ini...Terima Kasih:).. (pahni pi letak link entri k)

Nak tahu hadiah apa kena pi bace sendiri kat blog bamyuyu k.. hehe selamat ber GA..

Isnin, 26 Disember 2011

Fiksyen 302

Siapa peminat novellis Ramlee Awang Mursyid? Sila angkat tangan... hehe
En RAM kita telah menghasilkan karya terbaru.. iaitu novel FIKSYEN 302.
Seperti biasa, karya En RAM membawa pembacanya terbang jauh daripada kisah cinta yang streotype.
Jalan cerita yang susah diduga, penuh dengan plot- plot suspen dan mendebarkan.

Sememangnya saya kagum dengan En RAM sebab pemikirannya yang begitu kritikal sehingga mampu menghasilkan novel yang begitu unik jalan ceritanya. Sekiranya, anda peminatnya pasti anda setuju dengan kenyataan saya ini kan... Tengoklah karyanya yang terdahulu Semangat Hutan, Tombirou, Bagaikan Puteri, Ungu Karmila, Rayyan Fantasi & banyak lagi, semuanya bukan kisah cinta meleret.. tapi kisah yang berbeza dengan plot yang memang kita tak boleh duga pun.

Saya baru je membeli novel Fiksyen 302 di Mesra Mall tadi.. Tak sempat lagi membacanya sebab dah ada yang sambar nak baca dulu.. Dang baca sinopsisnya je .. huhu sabor je laa

*Gambar diambil dari pakcik G

Sinopsis Fiksyen 302

LAN LANI, JIMMY YEOH, PRAKASH KUMAR dan FARID JA’AH membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam. Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa. Angka 302 dilakar di dahi mangsa. Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan. Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat. Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur. Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras. Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan.
Tahun 2032 - seorang peguam, Rita Yuzalina menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun, ia disabotaj. Pertukaran watak berlaku. Lebih menakutkan... tragedi lampau berulang lagi. Lebih dahsyat daripada apa yang dijangkakan!
Hendak tahu lebih lagi.. silalah dapatkan novel ini di kedai buku berhampiran dengan kadar harga RM21.00.
Jika anda memiliki kad keahlian kedai buku Popular, dapatlah diskaun 10 % hehe

Ahad, 25 Disember 2011

Bicara Hati VS Ombak Rindu


Dua- dua novel ada dalam simpanan.
Dua- dua novel dah banyak kali khatam..
Dua- dua novel ni buat aku menangis tersedu- sedan.. sob sob sob..
Dan sekarang,
Dua- dua novel ni dah diadaptasikan...
Satu telefilem dan satu lagi filem.. tengah meletup2 di pawagam..
Tapi yang pasti, aku tak sabar nak tunggu dua- dua cerita ni di TV..
Satu kat ASTRO PRIMA satu lagi kat ASTRO FIRST...
huhu tak sabar weh....

Nak review watak utama dalam drama Bicara Hati skit...

Sharnaaz sebagai Tengku Syahran

Tengku Syahran digambarkan seorang yang berpewatakan menarik, kadang- kadang serius, kuat cemburu, panas baran.. Kalau tengok raut wajah Sharnaaz, nampak sesuai sangat dengan watak tu.. Memang sesuai laa...

Christina Suzanne Stockstill sebagai Zahlia.

Zahlia berperawakan lemah lembut, mempunyai raut wajah yang cantik, bermata bundar dan berkaca, mempunyai anak mata berwarna hazel.. Seorang yang sangat baik hati namun tegas dan keras semangat..

Pemilihan pelakon- pelakon pembantu juga bersesuaian dengan karakter di dalam novel.
Linda - Marsha Milan Londoh
Raja Khalida - Zarina Zainuddin
Tengku Badariah - Azizah Mahzan

Lagi tambah bersemangat nak tonton ni.. Pendek kata semuanya sesuai laa....

Apa yang pasti aku akan terpacak depan tv pada
3 Jan 2012 pukul 9.00 mlm di ASTRO PRIMA...

Harap2 drama sebest novelnya....

Mitos atau fakta COKLAT

Khabar gembira untuk penggemar COKLAT..
Satu artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Satu penyelidikan telah dijalankan dan yang pastinya hasil kajian tersebut memberikan khabar gembira kepada penggemar COKLAT.. Selepas ini boleh makan coklat banyak2... Jom baca apa yang menarik mengenai coklat...

Mitos
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.

Fakta
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut ;
Protein - 6%
Zat Besi - 3%
Vitamin A - 2.4%
Thiamine - 2%
Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan, maka coklat akan menjadi lebih bertambah khasiatnya.

Mitos
Coklat adalah sumber utama "dietary sugar' untuk kanak- kanak

Fakta
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang daripada 3% daripada jumlah pengambilan gula kanak- kanak diperoleh daripada coklat dan lain- lain konfeksyen.

Mitos
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.

Fakta
Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu -40 mg. Cuba bandingkan dengan 1 cawan susu - 122 mg, 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440 mg sodium.

Mitos
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.

Fakta
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu, coklat bukanlah penyebab kerosakan gigi. Selain itu, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.

Mitos
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak- kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.

Fakta
Satu auns coklat adalah 5 miligram. satu cawan kopi mengandungi antaran93 dan 153 miligrams bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 miligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandugi antara 32-65 mg bagi satu tin seberat 12 auns. Anda perlu memakan banyak bar coklat ( lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.

Mitos
Memakan coklat dan lain- lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak- kanak.

Fakta
Kajian menunjukkan kanak- kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.

Para penggemar coklat pasti sangat gembira kan.. makanlah coklat anda tidak akan gemuk kerananya.. I like it...

Sumber cerita : Harian Metro 24 Dis 2011...

Khamis, 22 Disember 2011

Masa Tidur Si Manja Anda


Hari ini nak kongsi satu ilmu baru yang Dieyna peroleh dari laman sesawang khusus untuk perkembangan anak- anak yakni baby center iaitu berkenaan jumlah masa tidur anak- anak mengikut usianya. Info yang menarik sewajarnya dikongsikan di sini..

Jadual waktu tidur anak- anak kita sepatutnya.. so, boleh bandingkan jadual ini dengan situasi sebenar ye

Umur

Tidur pada waktu malam

Tidur Siang

Jumlah Tidur

1 bulan

8 1/2

7 (3)

15 1/2

3 bulan

10

5 (3)

11

6 bulan

11

3 1/4 (2)

14 1/4

9 bulan

11

3 (2)

14

12 bulan

11 1/4

2 1/2 (2)

13 3/4

18 bulan

11 1/4

2 1/4 (1)

13 1 2

2 tahun

11

2 (1)

13

3 tahun

10 1/2

1 1/2 (1)

12


Sekiranya, kita mendapati corak tidur anak kita tidak elok untuk perkembangannya maka sewajarnya kita membantu anak kita mendapatkan corak tidur yang baik.

Rabu, 14 Disember 2011

Dari Oven Dieyna: Kek Pandan Karamel … Akhirnya…

Salam semua… hari ni Dieyna nak berkongsi cerita dan resepi Kek Pandan Karamel.
inilah rupa keknya....
dengan sedikit penambahbaikkan terhadap resepi kek ini.. hehe pandai2 je nak lawan tok guru kan...

Ada sejarah di sebalik kek ini sebenarnya...


Pertama kali tengok kek ni kat blog rakan sekerja, Nampak gebu, menarik dan hati ini membuak2 ingin mencubanya.. Tengok resepi yang diberi, dalam hati berkata, senangnya nak buat kek ini. Lantas bahan2 untuk membuat kek pun dibeli di samping melontarkan beberapa pertanyaan kepada empunya blog.. Mencuba kerana tertarik.. dan hasilnya.. sangat2 mendukacitakan… macam runtuhan simen.. huhu sedih.. inilah rupanya.. kek pandan karamel saya yang pertama

huhuhu hodoh sungguh rupanya.. sehodoh rasanya...

Rasa nak gelak pun ada gak.. macam berlagak pun ye jugak.. yelah, tak pernah buat kek tapi terus nak buat kek yang susah.. (kata empunya resepi) haha manalah tau susah, sebab resepi yang diberi macam mudah.. Apabila dah buat sendiri, haha baru tau...

Saya cuba lagi membuatnya.. saya nak kek sama macam kek yang dibuat oleh kawan saya tu.. Lagipun suami saya mmg suka makan kek ni.. even yang runtuh n tak jadi pun, dia makan jugak... dia pun galakkan saya buat lagi.. maka, dengan berhempas pulasnya.. saya mencuba kek ini buat kali yang kedua.. hancur harapan... kek saya tertanggal di tengah2nya.. gambar pun tak ambil sebab frus tengok rupa paras ... kek dah lembut.. rasa dah ada.. tapi rupa out... huhu

Percubaan ketiga..
masih gagal dari segi paras rupanya.. tengoklah ada kesan lelehan gula, sedikit hakisan dan retakan di permukaannya.. rasanya? Sedaplah daripada yang sebelumnya.. keciwa lagi dalam menghasilkan kek yang cantik...

Berputus asa? hehe tidak sekali, saya nekad.. saya akan buat kek ni seperti yang saya mahu.. saya akan cuba jugak, walaupun berat badan bertambah.. haha yela duk makan kek tak jadi je... mujur sedap kalau tak sedap alamatnya kena buang .. tak ke membazir namanya tu.. jadi misi kek Pandan Karamel yang ke4 bermula.. cuba ikut sukatan dan cara yang betul.. tanya rakan tu betul2 macam mana dia buat.. dan hasilnya.. jeng jeng jeng
Alhamdulillah.. berjaya.. saya suka sangat2.. Suami pun suka... hehe

Memandangkan percubaan ke4 saya telah berjaya, saya nak mencuba ketereran dengan membuat kek ini kembali.. Ambil masa gak sebab duk sibuk buat kek n kuih muih lain.. Kali ni saya rasa saya nak tambah dengan buah- buahan campuran dalam lapisannya.. hasilnya.. hehe saya berjaya lagi.. suka suka suka.. ini lah rupa kek saya yang ke5...
Buah- buahan campuran yang saya taburkan pada lapisan kedua.. nampak di permukaan, kek tidak runtuh lagi dan SAYA SANGAT SUKA HATI... hoorey

Kalau korang nak buat kek ini.. boleh salin resepi ni , saya copy paste terus dari blog yang saya ambil...
BAHAN A ( GULA HANGUS )
  • 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
  • tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
BAHAN B ( KAREMEL )
  • 1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
  • 70gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu KFC paste pandan & perwarna hijau
  • 3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur )
BAHAN C ( KEK )
  • 140gm tepung gandum
  • 70gm gula kastor
  • 3 bj kuning telur
  • 135ml air biasa
  • 1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
  • 45ml minyak msk
BAHAGIAN D ( MERIGUE )
  • 6 bj putih telur
  • 70gm gula kastor
  • 1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)
Cara membuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td.puding karemal td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...
..

Terima kasih kepada Kak Fatmawati ye.. Tunjuk ajar yang berguna n jadi mentor dalam pembuatan kek ini.. Tiada mustahil kalau anda berusaha

Catatan Popular