Halaman

Jumaat, 11 November 2011

Dari Oven Dieyna: Tart Telur

 


Cuti hujung minggu adalah masa yang sangat- sangat sesuai untuk mencuba resepi kuih- muih.. so, balik kampung minggu lepas yakni bersamaan dengan Hari Raya Aidiladha.. Saya merajinkan diri mencuba resepi .. Resepi lama tetapi pertama kali buat atas permintaan anak buah yang nak makan kuih ni sangat2... Alhamdulillah, menjadi .. hehe

So, ini resepinya... Anda boleh mencubanya di rumah yer

Tart Telur

Bahan Crust
Saya guna bahan yang sama untuk buat Blueberry Cheese Tart, boleh rujuk kat sini yer---->

Bahan filling
1 Cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula halus (sy kurangkan skit, sbb kurang suka manis2 ni)
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya..
1. Buat bahan crust, kemudian simpan dalam peti sejuk ( rujuk sini jugak yer)
2. Masukkan semua bahan filling dalam bekas.. kacau hingga sebati.
3. Bentukkan doh dalam bekas tart.. bakar dulu lebih kurang 5 minit dengan suhu 180"C.
4. Masukkan filling dan bakar semula lebih kurang 15 hingga 20 minit lagi..
5. Selamat dihidang...


Posted by Picasa

Sabtu, 5 November 2011

Anugerah Skrin 2010

Malam ni layan Anugerah Skrin 2011, tak tau nak tengok cite apa.. Sebenarnya dari dulu lagi suka tengok program2 Anugerah mcm ni.. tapi ASK malam ni sangat spoil.. banyak sangat perkara yang dirasakan tidak kena, tidak best dan tidak setanding ASK dulu.. Fikir punye fikir, dapatlah jawapan ni
1. Pengacara
Biasanya kalau acara berprestij mcm ni, pengacara yang dipilih mestilah dalam kalangan orang yang hebat mengacara.. skurang- kurangnya ada sense of homour, tapi pengacara ask malam ni. aduh.. aduh .. sangatlah bosan.. aku tak salah Ally Iskandar tapi pasanganya.. korang yang menontonnya, boleh komen sendiri mcm mana?
2. Pakaian artis
ada satu persembahan artis yang menyebabkan aku rasa pelik, hairan dan sangat memalukan bagi orang yang beragama islam.. Jaclyn victor pakai skirt tapi kakinya dilitupi dengan sluar tight warna hitam tetapi dua penyanyi mlayu yang pastinya Islam pakai skirt dan hanya kulit kaki di kakinya (faham2lah yer).. yang sorang lagi tu lagi best, tutup kat kepala, kat bawah ternganga.. huhu nape laa jadi macam tu..

Kesimpulannya.. banyak yang melalaikan daripada yang mendatangkan kebaikan.. nak jadi idola kena pastikan diri kita tunjuk contoh yang terbaik.. tapi kalau diri sendiri tunggang langgang.. fikir jelah sendiri apa akibatnya...

p/s : sekadar coretan rasa..

Jumaat, 4 November 2011

Tanggungjawab Isteri


Catatan ini diambil dari forum ratuhati.com, dipostkan di sini semula untuk panduan diri sendiri yang dirasakan kadang- kadang tersasar dari landasan yang sebenar..
Tanggungjawab seorang isteri bukan mudah, tersalah langkah pastinya membawa kemudaratan di kemudian hari. Adakah kita sudah sempurna dalam menjalankan tanggungjawab kita terhadap suami? Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya. Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.
catatan saya: selalunya mmg sediakan air untuk suami cuma kadang2 tindakan suami lebih cepat.. dia yang sediakan air dulu untuk kitoran terutamanya untuk persediaan makan.. lepas ni kena nekad, walau seletih mana pun.. sediakan air untuknya.. Insya Allah

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
catatan saya: Selalu buat makanan untuk suami tapi kalau kehabisan bahan mentah, suami prefer beli makanan luar.. sy suka masak untuk suami sebab suami suka makan.. satu kenikmatan kalau suami makan menambah.. kalau suami makan sikit, mula lah rasa bersalah.. huhu

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
catatan saya: oooooooooooo

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
catatan saya: Ade rezeki terima.. Amin

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
catatan saya: Kena pandang lagi kerap lah lepas ni.. pandang dengan hati yang ikhlas mencintainya.. chewaaah

f) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
catatan saya: Insya Allah.. Cuba menggembirakannya tapi kadang2 mulut tak berinsuran... huhu selalu diingatkan tapi buat jugak...

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
catatan saya : Amin..

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
catatan saya: Insya Allah... Amin

(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)

Artikel dipetik dari http://hikmatun.wordpress.com/2008/07/27/tanggungjawab-suami-isteri/

Catatan Popular