Halaman

Jumaat, 25 Jun 2010

Solat... dari perspektif Sains


Orang Islam wajib mengerjakan solat lima kali sehari semalam disamping digalakkan melakukan solat sunat terutamanya solat tahajud pada waktu malam.

Kita hanya mengerjakan solat atas hukum wajib tetapi kita kurang ambil tahu apakah kebaikan solat dari sudut kacamata sains.

Apakah pergerakkan solat ( Qiyam - berdiri tegak , Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Duduk Tahiyat Akhir) hanya sekadar pergerakkan yang dituntut tanpa apa-apa kebaikan pada jasad manusia ?

Pernahkah kita sebagai umat Islam terfikir apakah kesannya pada diri kita dari segi fizikal dan mental apabila kita Qiyam (berdiri tegak), Rukuk, Sujud, Duduk antara Dua Sujud, Duduk Tahiyat Awal dan Dudul Tahiyat Akhir semasa bersolat ?

Kenapakah kita dituntut mengerjakan solat tahajud (dikerjakan pada waktu duapertiga malam) selain dari sujud menyembah Allah s.w.t ? Apakah kebaikan solat tahajud dari segi perspektif sains ?

Untuk mengetahui kebaikkan solat dari sudut kacamata sains, kajian saintifik seharusnya diadakan dan dikompilikasikan untuk membuktikan dan mengesahkan bahawanya solat sememangnya memberi manfaat fizikal dan mental kepada yang mengerjakannya.

ecara amnya boleh disimpulkan seperti berikut :-

a. Komposisi Badan

Kajian Pertama
* solat dapat mengurangkan lemak dalam badan
* tabiat rukuk yang sempurna dalam melambatkan proses penuaan dan melancarkan fungsi buah pinggang.
* tabiat membengkokkan jari kaki ketika sujuk, duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.

Kajian Kedua

b. Sistem Kardiovaskular (Denyutan Jantung)

Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik untuk kesihatan jantung. Sesorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.

c. Otak

Secara amnya ibadat solat dapat menghasilkan keadaan yang tenang pada otak manusia dan dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang lebih mencabar.

d. Otot

Solat ibarat senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakkan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud disamping memberi kesan kesan pada psikologi, tulang, otot dan serebral. Semasa solat kebanyakan otot dan sendi akan bergerak dan mampu memberi kekuatan kepada sistem otot dan tubuh.

e. Disfungsi Ereksi (Mati Pucuk)

Hasil kajian saintifik pergerakan solat dapat mengaktifkan otot lantai pelvik. Pengaktifan otot lantai pelvik juga dapat memperbaiki darah bagi mereka yang menghidap mati pucuk. Setelah melakukan solat sunat selama 30 minit (12 rakaat) 3 kali seminggu didapati ada perubahan pada ereksi, jangkamasa ereksi dan perubahan isipadu zakar semasa ereksi.

sumber :http://bayatech.blogspot.com/

Selasa, 22 Jun 2010

Para Suami .. Untuk Isteri


Para suami dan isteri hayatilah, pengertiannya amat bermakna..
Untuk para suami, Isteri permata hati, tempatkanlah ia di ruang yang paling bererti dalam diri kamu..Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki, Bukan dari kepalanya, untuk mengunggulinya, Tidak juga dari kakinya untuk dipijak-pijak, Namun diciptakan insan bernama wanita itu, … Dari sisinya untuk menjadi teman yang setara, Dari bawah lengannya untuk dilindungi Dan dari kedudukan yang amat hampir dengan jantungnya untuk dikasihi…

Untuk para isteri.. muliakanlah suamimu, setialah kepadanya kerna dia syurgamu, permatamu, sinarmu dan harapanmu. Jangan disakiti hatinya, dicurangi kasihnya dan diingkari katanya, kerna ukuran syurga kita terletak padanya.. marahnya maka murkalah Allah, sedihnya maka sepanjang malam kita dikutuk oleh para malaikat.. berbaktilah kepada suami nescaya hidupmu lebih bererti dan diberkati olehNya..

Artikel ini diperoleh daripada http://umiliya.blogspot.com. Sangat menarik untuk dikongsi bersama.. hayatilah

Sahabat…

* * Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...

* * Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

* * Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!

* * Seorang istri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

* * Seorang istri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.

* * Wahai suami2,jika seorang istri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuh pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ...

* * Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jng menyia nyiakannya.

* * Mgkn, krn keputusanmu, kau merosak kehidupannya.

* * Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh ke dalam matanya.

* Dptkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

* Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN

* " Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

* Lalu TUHAN menjawab

* "Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..
* Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

* * TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

* * SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

* * PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

* * Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

* * Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...

* * Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

* * Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

* * TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal...
"...Apa itu Yaa TUHAN ??

* Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"..

Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg soleha dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTRI mrk begitu berHARGA... Semoga bermanfaat.


Sabtu, 19 Jun 2010

Bahayanya panadol..


JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)

UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

Sumber :- http://www.omaQ. org

Salam kembali...

Agak lama menyepikan diri dari dunia blog.. banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan menyebabkan masa untuk berblog agak kurang.. maklumlah untuk berblog kita perlukan idea dan isu yang mantap untuk dikongsi bersama.. Terima kasih kepada pengunjung blog yang masih sudi menjenguk ke blog ini, harap ada ilmu yang boleh dikongsi .. sekian, terima kasih... pasti ku akan aktif kembali selepas ini..

Catatan Popular